Saturday, December 31, 2011

2012 is coming in seconds


Afifah Rosli and me. Directly after SPM Biology Paper 3.
  Well, a very goodbye to SPM year. What a tough year, isn't it? Dalam tahun nie, aku rasa aku tak pernah sesibuk, seserabut macam tahun-tahun dulu.

By the way, goodbye sweet 17. Zaman sekolah dah berakhir. Tak perlu lagi pakai uniform putih(aku bukan pengawas), angkut beg berat-berat. Haha.. But, I will miss them one day. No doubt. With a heavy heart, I have to say Hello to 2012, I become 18 this year. I'm getting older. Life is getting tougher. There is no time to be wasted. Inilah tahun untuk melakar masa depan, mengejar cita-cita, memenuhi matlamat diri.

I was terribly blank right now, see u later.

*Reading Contengan Jalanan by Hlovate

Monday, December 26, 2011

Aku seru ALINA!!

Alina adalah insan yang bukaan mulut paling besar dalam gambar di atas
 I miss you ALINA....!

You reminded me of The Bugler, the library and of course the STAR newspaper....! Haha...! Bila lagi boleh buat macam tuh  ha...?! Haha..

Friday, December 16, 2011

Important info.

Kepada semua lepasan SPM 2011 atau sesiapapun yang berminat dan bercita-cita nak jadi pilot, aku nak kongsikan satu link ni untuk korang. Aku jumpa laman web ni dekat satu artikel dalam Surat Khabar STAR.








Saya ada sertakan gambar sikit. Semoga Berjaya..!

p/s : Kalau ada info lain, bagi tahu saya ye..! :]

Wednesday, December 14, 2011

Adam dan Hawanya

Di sini aku mahu kongsikan sesuatu. Sesuatu yang cukup menyedarkan aku akan kekuasaan Tuhan Yang Esa. Aku dapat ni dari kawan aku yang dia dapat dari kawannya yang turut juga kawan aku(jangan kasi pening). :] Hayatilah.

Kenapa Hawa diciptakan semasa moyang kita, Adam, tidur? Supaya Adam tidak merasa sakit apabila tulang rusuk diambil kerana sifat Adam adalah membenci sesuatu yang menyakitinya. Andai Hawa dicipta dengan menimbulkan kesakitan kepada Adam, maka Hawa akan dibenci. Adam melahirkan Hawa ketika tidur. Namun Hawa diberi tugas untuk melahirkan ketika dalam keadaan terjaga supaya dia sakit. Hawa akan menyayangi sesuatu yang didapati melalui kesakitan. Jelaslah Adam dan Hawa saling berlawanan kerana setiap yang berlawanan akan saling menarik. Indahnya hukum Yang Maha Bijaksana.

Credit to Rot dan Rufam.

Tuesday, December 6, 2011

Kasi tembak ini budak...!


Tengah syok-syok online, layan group SBP'94 tuh.. Tiba-tiba ada budak post satu link. A blog. Aku pun bukak ar dah memang tabiat aku suka baca blog orang.. Aku syok baca-baca. Pastu..

"Fish ar budak nie..! Sukati dia je..! Melampau!!" aku membentak dalam hati.

Kepada semua pembaca, terutama pelajar SBP tak kira ar tahun bila, budak Henry Gurney ke, you should read this, then you'll know it...! Klik sini untuk baca blog budak tuh..

Haish, tak pasal-pasal lu buat gua mencarut. Gua sayang SBP. Lu apa tau!!

p/s : Aku nak tangkap budak tuh, bawak masuk SBP. Pulun dia habis-habisan. Aku benci! Budak tuh memang fish!

Thursday, December 1, 2011

Silently crying..




Sumpah, cerita ni buat air mata aku meleleh... Kenapa aku tak pernah sedar kewujudan cerita ni sebelum nie??

Monday, November 7, 2011

Calon SPM 2011

CALON SPM 2011

Dengan ini, saya, NAURAH BINTI JAMIL, pelajar SAMURA B28, ingin memohon maaf atas apa sahaja yang telah saya lakukan, halalkan makan, minum dan barang-barang yang saya ambil secara sengaja atau tidak sengaja.. Doakan kejayaan saya dalam SPM saya yang semakin hampir ini. Doakan kemudahan saya untuk mencapai cita-cita saya. Doakan kejayaan saya di dunia dan diakhirat..AMIN.

"NAURAH JAMIL, SPM 2011, B28 of SAMURA, 9A+"

-AMIN-
p/s : Skop SPM berleluasa.. :D

JOM PERANG!!!!


Kepada semua pejuang-pejuang SPM pada tahun 2011, lagu ini saya tujukan kepada anda semua.. Berjuanglah hingga ke titisan dakwat pen yang terakhir...!

You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look far away
And believe in yourself
Your name's on a shelf
A legend

You are a soldier
The chosen one
Bring back the heyday
Look far away
With respect and decay
Forever we'll stay
Together

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (3x)
You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We'll stand and fight
At the end of the day
Forever we pray
For the legend (the legend)

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (3x)

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (Its in your heart)

*SOLDIER-BUNKFACE
*Mungkin lagu ini sudah biasa bagi pelajar MTD aka RMC.. Tapi aku tak kesah, lagu ini aku tujukan kepada semua, tanpa mengira kaum dan agama.

Selamat Berjuang Teman-teman..!!


Hari ni 7 november 2011. SPM lagi 7 hari. C.U.A.K weh..  Post kali ni aku dedicate kepada kawan-kawan aku yang sama-sama akan berjuang untuk SPM tahun.

First of all, SITI NURAISYAH NAJWA
Minah gediks.. :P


Minah ni aku kenal dan berkawan sejak umur aku 6 tahun sampai la sekarang. Err.. Kira-kira dekat 11 tahun la kitaorg kawan. Best Friend ever la kira. Membesar sama-sama, pukul sama-sama. Dan benda yang paling aku ingat, masa sekolah rendah, tak sabar sangat nak jamuan, aku hampir tergunting tangan dia.. Haha.. Jahat kan?? She is currently studying in SESERI, tercampak jauh ke KL berbanding aku yang kat Muar je nie.. Haha.. Anyway, good luck and all the best, Syah!!


Next will be AFI ZAKWAN

He never being taller.. :P

Mamat nie, aku kenal dia dari Tadika. Balik tadika sama-sama. Babysitter aku jemput aku, nenek dia dia jemput dia. Plus, rumah babysitter aku dekat giler dengan rumah nenek dia. Haha.. Masa tuh tak rapat sangat. Just kenal macam tuh je.. After tadika, darjah empat baru jumpa balik lepas aku tukar skolah. Memang haru la hidup aku ada mamat ni sekelas. Asik berkejar je. Suka sangat cari pasal dengan orang.  Masa tuh dia pendek, aku dah tinggi. Sekarang tak tahu lah, macam takde perubahan je.. Hahaha.. Jangan marah, Afi.. Disebabkan dia ni genius tahap tak ingat dunia, mamat ni masuk SAS sejak form 1 sampai la sekarang.. Bila dah form 4, baru jumpa balik kat FB.. Haha.. Kelakar la weh.. Apa-ape pun Afi, selamat berjuang la kawan lama..! Hahaha.. :)


Dan yang paling aku tak boleh lupa, CEKALUNATICS


Kami TERBAIK!!
Kami hidup bersama, susah senang sama sepanjang 2 tahun di SAMURA. Terdiri daripada 27 orang ahli, 17 gadis dan 10 teruna.  27 otak, 27 perangai, 27 mulut yang tak pernah penat. Kami belajar sama-sama, tak pernah selfish. Masing-masing menggalas tanggungjawab yang sama, membawa harapan ibu bapa. Menuju matlamat yang satu. Kami berharap agar kami semua mendapat straight A+..! AMIN

 And the most important of all, My BUDI 4's


Gambar ni tema Arabic.. Weee~~ :D
My dormies, haha.. Terdiri daripada 9 orang seniors, dan 5 juniors, plus 2 katil kosong.. Haha.. Menangis, ketawa, belajar, tidur sama-sama. . Apa lagi, semua la... Haha.. Sumpah aku sayang mereka dan saya harap mereka juga begitu.. Life aku semakin baik dengan adanya mereka dalam hidup aku.. Kami saling memahami, walaupum ada sengketa, itulah yang menguatkan persahabat kami. Kami ada yang paling matang, ada yang paling budak-budak, tapi itulah kami. Macam adik-beradik.. Dah cukup kenal perangai masing-masing. Haha.. Big times...!! All the best in SPM 2011!! Straight A+, ok?? :D

Seterusnya, kepada kawan-kawan satu batch, Batch 28 yang terdiri daripada 343 orang ahli, sama-sama naikkan nama sekolah, ok?? Jadikan result kita sebagai hadiah kepada pengetua. Kita batch terakhir di bawah pimpinan dia kan?? Jangan kecewakan dia.. All the best SAMURIANS!!

Next will be, kawan-kawan sesama SBP, Amirul Rasyid, Muhd Fikri from SASER yang rajin hantar flyers, Rubilla roslan from TKC, merangkap kawan lama, Syafiq Hafidz, dari MRSM Terndak, kawan sekelas lama, Ruzatul, kawan lama, pesaing lama yang kini di SMSJ dan yang lain-lain la yang mengenali diri ini.. Selamat Berjuang, Teman semua..!

Dan yang terakhir sekali, kepada kawan-kawan di sekolah lama yang semakin bertebaran, di sekolah teknik, MRSM dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.

"KEPADA SEMUA CALON SPM TAHUN 2011, SELAMAT BERJUANG DAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM PADA TAHUN INI. MUDAH-MUDAHAN SEMUA MENDAPAT MEPUTUSAN YANG CEMERLANG IAITU STRAIGHT A+....! AMIN.. "

With love,
NAURAH JAMIL 

Sunday, October 23, 2011

G.I.L.A.A.

Kami gila. Alina leader. :P
Life is getting busier and crazier..

Remind me, SPM will be held in 21 days. If I'm not mistaken..:D

p/s : Asal aku macam gedik giler dalam gambar tuh??

Sunday, September 11, 2011

Pujangga 'dia'

Kata-kata dia,
"Life's not about what you have done, life's about what you have not done."
telah mendorong aku untuk terus berusaha dan belajar daripada kesilapan dan membuktikan kobolehan dan kemampuan diri aku kepada orang lain yang meraguinya.

p/s : Online di CC depan sekolah, sumpah tak tahan bau rokok...!

Monday, September 5, 2011

F.U.C.K.

Isnin, 5 September 2011
Lagi 2 bulan nak SPM

Cintailah ilmu dan rajinlah membaca.

Dalam beberapa jam lagi, aku akan kembali ke SAMURA yang 'terchenta' untuk aku teruskan perjuangan aku sebagai fivers.

No more facebook, less blogging. Sudah tiba masa untuk tinggalkan segala perkara yang melekakan itu buat sementara. SPM bakal tiba dalam masa beberapa minggu.

Naik cuti ni gerenti dapat full results TRIAL SBP hari tuh. Aku rasa memang hancur tahap tak ingat. Tak apa la. Benda dah lepas. Jangan buang masa toleh ke belakang. Belajar dari kesilapan. Naik cuti ni, akan ada TRIAL Negeri. Kali ni aku rasa skop yang dapat mesti tak sehebat skop masa Trial SBP. Sebab cikgu campur-campur trial negeri lain-lain. Habislah.. "Naurah, sampai bila nak bergantung dekat skop, SPM nanti takde skop la!"

Haha.. >_<

Naurah, tahun ni kau pulun la sehabis mungkin. Biarlah kau tido dengan buku sampai buku tuh renyuk habis, makan la dengan buku sampai buku tu kotor, bawak la buku tuh gi mana-mana sampai buku tuh dah tak cantik. Biarlah mulut-mulut orang yang kata kau nerd ke, poyo ke, bajet rajin ke, yang penting usaha kau ikhlas. Keputusan SPM dengan hala tuju masa depan kau buka dekat tangan diaorang. Kat tangan kau sendiri. You set your future. Insya-ALLAH.  Doakan kejayaan aku. I'll try my best.

p/s : Fokus Untuk Capai Kejayaan.(FUCK), aku mencarut benda baik.. Hee~

Sejenak

Sejenak perkara ini timbul di fikiran si gadis 17 tahun.

Sungguh. Masa tu boleh membawa seribu satu perubahan bermacam gaya..

Sebab kehidupan ni tak adanya pernah sunyi dari segala macam benda susah senang, serba-serbi cukup nak bagi hidup ni penuh warna-warni.

Dan tak ada yang predictable dalam hidup ni.

Hari-hari riang-ria zaman sekolah makin berkurang kini bilah bilangannya. Jangan difikirkan sekarang benda berat yang bakal bertandang. Hard times come easy.

Dipetik dari Tunas-Hlovate



Nota : Sungguh, Hlovate, walau siapa pun dia, berjaya merubah prinsip hidup aku, terus aku lebih mengenali diri aku, wawasan aku dan tujuan aku hidup di muka bumi ini sebagai khalifah Allah. Kini, aku lebih menghargai zaman sekolah aku yang bakal berakhir tak lama lagi.


Mood : Hlovate-holic.  >_<


p/s : Aisyah cakap aku corny sekarang. Betul ke??

Salahkah sebuah penghijrahan??



Aku ada seorang kawan. Tak perlu la aku nyatakan siapa orangnya. Seorang kawan, sudah cukup. Sejak dia masuk samura, aku nampak perubahan dia. Daripada yang baik kepada sesuatu yang lebih baik. Kami pernah duduk bersama, bersembang. Dia pernah nyatakan pada aku, bila dia dengan abang ipar dia, dia tak pakai tudung. Tapi sejak masuk samura, dia mula sedar betul-betul arif akan hukum aurat itu, dia mula segan dengan abang ipar dia, dan dia mula bertudung. Alhamdulillah. Dia cakap kat aku,  sejak tuh dia disindir dengan ahli keluarga dia.. Sampai pernah dia menangis sebab tuh. Dia tanya aku, "Salah ke aku berubah?" Melalui pemerhatian aku, dia memang banyak berubah. Aku bangga dengan perubahan dia. Dia lebih menjaga diri dia kini. Dia pernah menangis sebab dia rasa dia jahil agama sebelum ni.

Tetapi, perlukah dia disindir?? Salahkah penghijrahan dia?? Lebih baik berubah walaupun sedikit daripada tak berubah langsung. Itu lebih baik. Bukan kah keluarga dia harus menyokong tindakan dia??

Kepada kawan aku itu, 

"Though it will cost you blood and tears for a start, I'm glad on your behalf." -Versus-Hlovate-

Bersyukur dengan what you are now, and nonetheless before. -Versus-Hlovate-

Wahai teman, abaikan kata-kata mereka yang tak mengerti penghijrahan itu. Move on dan jangan toleh ke belakang lagi. We're always two steps behind you.

p/s : Tercari-cari Contengan Jalanan karya Hlovate

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya!!

1.00 pagi, 1 Syawal


Di kesempatan ini, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai kuku kaki atas segala kesilapan aku kepada semua warga pembaca, ahli keluarga aku, serta rakan-rakan yang mengenali diri ini. Halalkan segala makan minum, ilmu pengetahuan, hutang, harta benda yang korang bagi pada aku ataupun aku ambil secara tidak sengaja. 0-0 ok??  :) Doakan aku dapat banyak duit raya.. Haha.. Dah besar panjang, duit raya makin kurang.. Ciss.. ~ By the way, masih sempat lagi kan untuk aku ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!!

p/s : Malam raya di hotel, sangatlah tak best. Tiba-tiba rindu Samura, malam-malam selalu dengar bunyi meriam buluh.. :)

p/s/s : Encik Sudin dan Encik Fikri, thanks for the flyers...! :D

Lone ranger

Semalam, waktu berbuka puasa kali terakhir di rumah, mak aku sibuk cerita pasal zaman childhood dia. Daripada cerita dia, macam best giler. Panjat pokok, lari dari kelas mengaji, tertukar kasut, tinggal beg kat sekolah, main pondok-pondok, main masak-masak, buat pondok atas pokok, tolong mak buat kuih, kejar ayam dan macam-macam lagi. Ayah aku pulak cerita pasal main meriam buluh, mandi sungai. Sampai pada satu tahap, aku terfikir, aku takde tuh semua. Mungkin betul orang kata, "Zaman dah Berubah". Tapi, entah kenapa aku cemburu. Aku nak rasa semua tuh, cuma tak berpeluang.

My parents got amazing childhood stories to tell their children. What about me??

Aku tak tipu. Ramai orang kata zaman kanak-kanak itu indah. Tapi aku tak terasa keindahannya. Terus terang aku cakap, aku seorang yang lone ranger. Aku susah nak mesra dengan orang. Aku tak peramah. Aku lebih suka duduk memerhati dan berfikir tentang perkara yang berlaku di sekeliling aku. Aku kurang suka bercakap. Mungkin dari genetik ayah aku. Ayah aku pendiam orangnya. Dalam family aku, aku yang paling senyap. Kalau tengah kecoh satu family borak sakan, aku lebih gemar senyap dan dengar. Seriously, "lone ranger" adalah perkataan paling tepat bagi aku. Mungkin sebab tuh la aku kurang kenangan masa kanak-kanak dan remaja. Mungkin ada hikmahnya.

Naurah, bersyukurlah.

Saturday, August 27, 2011

Hari ini

Hari pertama nak buat homework. Bersemangat.

Jam menunjukkan jam 10.30 pagi. Beg sekolah dicapai. Handphone dan headphone dicapai. Laptop dialih ke tepi tanpa rela. Beg sekolah diselongkar, homework sejarah dan buku teks dicapai dan diletakkan di atas meja belajar. Doa dibaca mohon berkat. Handphone dicapai. Gambar 'dia' ditatap sebagai pembakar semangat. Headphone dicapai dan disangkut di kepala. Butang 'PLAY' ditekan. Lagu Istimewa-Indigo memecah gegendang telinga. Diri khusyuk membuat homework sejarah tanpa menoleh ke tempat lain. 30 minit masa berlalu tanpa disedari. Tiba-tiba nama dilaung. Headphone diletakkan dan butang 'PAUSE' ditekan. And yeah.. Mak suruh polish kayu tangga..

Sampai situ sahaja kerja sekolah aku. -THE END-

Friday, August 26, 2011

Saudara Baru :D

This guy is my senior, super duper brilliant, and he suddenly revert to Islam couple of weeks ago.. Congratulations to him and WELCOME TO ISLAM!!

Chau William


HEAVEN..!!


Tok tok tok!! Hello semua..!! Lama tak tulis.. Hahah.. Rasa pelik pulak.. Hee~~

Well.. Aku dah balik dari hari Rabu lagi.. Pengetua aku yang terchenta bagi balik awal.. Haha.. Pengetua pun nak raya cepat.. Hihi.. Ape-ape lah.. So, sambut puasa untuk kat SAMURA dah berakhir.. Hari terakhir buka kat samura syahdu seh.. Bila lagi nak buka kat samura.. Sahur kat samura.. School life almost come to an end.. Sedih giler.. Haha.. Asal kau sappy ni Naurah?? Chill la.. Umur panjang, aku datang samura balik.. Ok?? Haha..

Trial SBP yang membunuh tuh dah pun selesai.. Setelah selama 3 minggu hidup dengan buku, makan dengan buku, tidur dengan buku, tunggu mesin pun bawak buku, pergi tandas pun kalau boleh nak bawak buku, tapi tak nak lah! Haha.. Sampai bedmate aku cakap aku ngigau logic gate.. Hahah.. Tak boleh blah.. Ape-ape pun,  Alhamdulillah.. Semuanye ok sebab hentam tahap tak ingat.. Haha.. Paper Physics dengan Biology, memang nak penggal kepala aku.. Nak bunuh aku pun agak-agak ar.. Result, belum fully dapat.. Ada naik, ada turun.. Aku terima.. Sebab aku tahu aku usaha sikit je.. Aku memng tak ready.. Main aci redah je.. Sumpah beb..! Aku tak belajar. Aku main-main je banyak.. Haha..

Semalam borak dengan mak aku, mak aku suruh ubah cara belajar.. Mak aku dah tak bagi aku stay-up.. At first aku membantah sebab suasana malam yang sunyi dan berangin kat samura sangat la kondusif untuk aku belajar.. Last-last dengan hujah mak aku yang memang power nak mati, aku berjaya dipengaruhi.. Akhirnya aku akur.. Ye lah mak, lepas Naurah dah tak stay-up.. Mak kata, "Yang paling penting kualiti ilmu yang masuk dalam kepala, bukan kuantiti jam awak belajar". :D Aiman Rosli pun tak stay-up aper.. Hehehe..

Aiman Rosli kata :
  • 100% attention in class
  • Respect teachers and others
  • Teach people
So, mulai sekarang, aku takkan stay-up dan aku akan ikut apa Aiman Rosli cakap.. Hihihi..~

SPM lagi 2 bulan.. Kembang-kempis hidung aku nak bernafas.. Sesak dada ni rasa.. Fuhhhh... Tipula kalau cakap aku tak seram.. Seram beb! SPM adalah something yang no matter what yang kau kena berjaya hadapinya.. It was something like a ticket for a better future. Bila aku tengok mak ayah aku, aku tahu diaorang nak aku tentukan hala tuju hidup aku sendiri. Diaorang cuma jadi pembantu tunjuk jalan je.. Aku tahu parents aku nak yang terbaik untuk aku dan aku akan buat yang terbaik untuk diaorang. Diaorang nak aku jadi orang yang dia boleh banggakan suatu hari nanti.. Mom, Dad, I'll make you proud. I promise!

Belajar memang penat. Especially kat sekolah asrama.. Orang kata, "LIFELESS". Tapi bagi aku, lantak lah diaorang nak kata lifeless ke, nerd ke, asalkan aku bahagia. Isu couple, memang aku dah serik dan aku malas nak fikir pasal benda remeh macam tuh untuk masa sekarang.. Buat semak kepala je. Banyak lagi benda nak difikirkan.. 

Bila Alumni SAMURA datang, aku rasa bersemangat la jugak.. Bila aku tengok diaorang berjaya, aku nak jugak jadi macam diaorang. Berjaya.. One word that tells everything. Zaman SPM diaorang dah berlalu. Tipulah kalau diaorang tak pulun masa nak SPM.. Usaha dan Tawakal.. Insya-Allah, Allah makbulkan permintaan kita.

Playing Satu Tekad-UNIC

Sunday, August 14, 2011

Kacau Bilau

Add maths : Stupid Mistake
Physics : I lost and doing stupid mistakes

Chemistry and Biology to go.. No more stupid mistake.. AMIN

STRAIGT A's FOR TRIAL...! AMIN

Aku dah penat nak tidur dengan buku.. Cepat lah habis..
Raya ni aku balik lebih awal.. Keistimewaan sekolah.. HAHA.. Tunggu, ok??

p/s : Aku nak gi bazar ni.. Choww!

With smiles,
SYIMO

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan!!

Jam 3.20 pagi, 1 Ogos 2011

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 


By,
Naurah binti Jamil

One word, 'SERABUT'

Dah dekat sejam aku hadap laptop nie, satu perkataan pun tak keluar... 2 bulan tanpa blog, aku hilang punca.. Haha.. Aku sedar, blog semakkin sunyi dan berhabuk.. Fuhhhh!!

Sepanjang 2 bulan di SAMURA, banyak benda yang berlaku. Aku jatuh longkang, makan banyak-banyak, masuk acara 4x400m, dan macam-macam lagi la.. Haha.. Hidup kat asrama sangat best. Aku tak tipu beb..

Sejak kebelakangan nie, hidup aku sangat sibuk. Trial dah dekat. Kelas dari pagi sampai malam.. Nak tengok tv pun tak sempat.. Serabut. Nak bernafas pun tercungap-cungap. Homework, bertimbun mengalahkan KLCC. Atas meja bersepah dengan buku. Masa ni la bila buat presentation, dari sepatutnya spatula jadi scapula. Fakta kimia, bio, fizik dah macam bercampur aduk. Ni dapat peluang balik rumah, bersyukur beb. Ada student sampai menagis kat kelas sebab tension and pressure sangat..
Suasana yang baru buat aku.. Form 4 takde la sampai menangis.

Pernah sekali tuh, mak aku datang melawat, aku menegis dekat mak aku. Aku pressure. Aku tension sangat. Mak aku cakap, jadikan pressure dan tension tuh sebagai semangat untuk buat forward thrust dalam akademik. Memang betul. Bukan aku sorang je tension. Aku rasa semua Form 5 student batch aku tension giler. Masa baca buku bio, ingat sejarah. Nak buat add math, teringat dekat fizik.. Haish..! Fikiran aku semak! Jeles jugak tengok form 4, chill and relax je hidup. Tak serabut macam kitaorng.. Haha.. Itulah kitaorang tahun lepas. Enjoy habis..

Trial mingggu depan.. Doakan yang terbaik untuk aku.. Insya-Allah, everything will be just fine..

Sunday, July 3, 2011

daaaaa

Gua online dekat cc. Budak-budak keliling aku dah mengeluarkan kata-kata kesat sambil main game. Gua tak suka suasana nie.  Lagipun gua dah lama kat sini. dekat 2 jam.
Aku rasa abang yang jaga cc ni pun dah bosan,


"Bila budak ni nak balik?"

Haha.. Alu nak balik la nie. Mata alu pun dah sakit tengok keyboard nie. Satu huruf pun aku tak nampak. Sakit mata doh! Silap-silap boleh buta. Heee~

Gua balik dulu la wei.. Aku outing individu. Kang dekat pondok jaga ada Abang Man tengah cekak pinggang pandang gua. Tak pasal-pasal kad outing kena tarik.. Mintak simpang!

Gua balik dulu.. Mahu teruskan perjuangan untuk SPM..

Daaa...

p/s: Readers, sentiasa ingatkan aku supaya jangan give up, ok??

Huarghh!

Hidup di SAMURA semakon sibuk.
Sampai kadang -kadang rasa nak bernafas pun tercungap-cungap.

Minggu depan ada event antarabangsa..

SBP yang bakal datang SELAMAT DATANG!! 

Delegasi Indonesia dan Brunei juga SALAMAT DATANG ke SAMURA!

Gua, penat, sibuk, tak cukup tidur.. Dalam tidur pun boleh ngigau Lenz's Law dengan Faraday's Law.

Trial dah dekat. Tak sampai sebulan. Ciss!

suatu ketika

Suatu petang. Takde riadah..  Ahh Seronoknya. Buat taik mata atas katil..

Aku merebahkan diri atas katil di dorm aku yang indah lagi permai.

Aku capai novel aku yang member aku kasi pinjam

Hlovate-aA+bB

Tetiba, lagu itu berkumandang.

Ya, lagu itu. Lagu yang sudah lama aku lupakan. Aku terhenti dari membaca.

Entah kenapa, aku sebak. Peristiwa 3 tahun lepas masih aku ingat. Masih segar. Seolah olah baru berlaku minggu lepas..

"Kenal tak mana-mana no. IC nie?"


"Haii.. Dari negeri mana??"


"Haii.. Eh, malam pun pakai kasit ke?? Kitaorg tak payah. Cikgu tak strict.. Haha"


"Nama siapa??'


"Aikk, Naurah je? Takde Nur, Siti, Nurul ke??"


"Form bape?"


"Laa.. Form 2 ke.. Ingatkan form 4 tadi."


"Eh, awak amik la dulu. Kotaorg tak kesah"


3 days is enough.. aku masih teringat lambaian terakhir dia di Sepang Circuit.

Sumpah.. Aku rindu..


'How long will I be waiting'

Rindu saat itu

'To be with you again'

Rindu dia. Rindu senyuman dia

Rindu pandangan mata dia yang redup.

'You're the light that makes my darkness dissapear'

Orang kata aku bodoh. Biarlah.

Tanpa aku sedar, aku menangis seorang diri. Teresak dalam diam.

Haha.. Sweet pain, huh?

Playing When you look me in the eyes-Jonas Brother

Sunday, June 5, 2011

Balik hari nie

Post kali ni pendek jer.. Gua pun tengah tergesa-gesa nie.. Gua balik kol 4..

Ok lah. Gua dah nak balik dah nie.. Gua cuti seminggu je beb. Jaga diri semua.. SBP yang balik hari nie, JOM GERAK!!

SASER dengan SESERI cuti dua minggu..  Warrggghh! INI TIDAK ADIL!! (Ala-ala macam dalam cerita 3 Abdul)  =)

Kepada SBP yang balik lambat dan juniors, sambunglah cuti anda! (kurang ikhlas. Jangan ikut!)

Gua balik dulu, jangan rindu gua.. Ecehh! Haha.. Daaa~~

p/s : Oh Aisyah Mazelan, gelakkan aku ea?? Mentang-mentang la SESERI balik lambat, kau kenakan aku!! =P

p/s/s : Muhd Fikri, gua tuntut janji lu. haha ~~

Saturday, June 4, 2011

People do change


Entahlah.. Aku tak ahu kenapa. Tiba-tiba, hati aku tak senang. Aku online facebook. Thank God. Aisyah online.. Aku lepaskan semuanya kat dia. And yeah, she do heard me.

It was extremely complicated. And it hurts me so badly.

Allah give me the strength.

Please let it back to normal. I really missed it.

p/s : Aisyah Najwa, thank you for listening and your time. I really appreciate it. And to Amirul Rasyid, I really had a nice chat with you.. Thank you for the tips and the info. Wishing you a good luck in your Sijil Paling Mudah.. Haha.. =D

Playing Jangan Lafazkan-KRU

*Tear drops on my lappy


Wednesday, June 1, 2011

Mimpi dan Jodoh

Gua pernah dengar, kalau kita mimpi seseorang nie, dia bukan jodoh kita.. Aikk?? Betul ke??

Dulu, masa gua tingkatan bape entah, gua pernah mimpi Farid Kamil. Dia datang rumah gua.. Haih, nampaknya Farid Kamil bukan jodoh gua..

"Farid Kamil, maaflah, kita tak dicipta untuk bersama.."

Apa??! Kita takde jodoh?!

Tapi, setakat ni gua belum penah mimpi Zahiril Adzim. Hee~ Ada harapan!

Ni pakwe gua.. =)


Hmmm... Masih ada peluang..

Tak salah bermimpi, bukan??

*Playing Babak Pertama-Drama

Friday, May 27, 2011

Mampukah aku??

Semalam aku tak tidur satu malam. Aku baca novel VERSUS karya Hlovate. Frankly speaking, aku memang motivated dengan novel tuh. Tabik springg ar aku berikan sebab berjaya menyedarkan aku. Pukul 5.30 pagi tadi, aku terus gerak pergi mandi dari bilik study. Lepas tuh terus siap, sambung lepak dekat bilik study dengan Alina. Entah kenapa, hati aku tak tenang. Resah gelisah. Aku capai mp3 kawan aku. sumbat kat telinga, bukak radio. Tetiba, keluar lagu Bunkface-Situasi. Wah, dah lama aku tak dengar lagu nie. Aku pun tinggikan volume. Tanpa aku sedar, air mata aku menitik. Lagu nie cukup bermakna kepada aku sebagai SPM'11 Candidate.

Dan bila kau menghilang,
Musnahlah, musnah impian,
Untuk menggapai bintang,
Terangi hidupku,
Ku mahu kau tahu,
Engkaulah destinasiku,
Dalam ingatanku,
Ooohoooh

Aku terfikirkan mak dengan ayah aku yang sangat berharap aku dapat further study overseas. Aku terfikirkan cita-cita aku yang sangat aku impikan. Aeronautical Engineering. Bukan mudah untuk seorang perempuan. Entah apa akan jadi dengan masa depan aku bila SPM aku tak bagus. Sekarang ni ramai orang pandai. Aku tak tahu aku dalam kelompok mana.

Naurah,
Teruslah belajar. Biarlah ia melebihi kemampuan kau asalkan ia membawa kebaikan kepada kau. Sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah bagi kat kau. Bersusah la dahulu, bersenang kemudian. Berilah kejayaan kepada ibu bapa kau. Buktikan pada akak-akak kau yang kau lagi hebat dari mereka. Janganlah kau sesekali berputus asa. SPM itu adalah tiket dan kemudahan untuk kau pada masa hadapan. Kalau orang lain boleh, kau juga pasti boleh. Tak pernah wujud orang bodoh dalam dunia ini. Naurah, janganlah sesekali meragui kemampuan kau. Usaha , usaha dan terus berusaha!

Aku kini PULANG

Entah kenapa, aku rasa dah terlalu lama aku tinggalkan blog aku. Maafkan aku kawan. Aku busy giler punya giler. Masa tuh balik pun sekejap je, guna untuk study Mid Year exam.

Naik cuti, terus exam. Sumpah aku cakap. Aku sangat tension. Boleh dikatakan setiap malam aku stay up. Sebab aku tak prepare ape-ape untuk exam. Aku terlalu leka. Weekend adalah hari yang aku tunggu-tunggu. Masa tu la aku gunakan untuk rehatkan kepala otaka ku. Bila penat-penat belajar, cucuk mp3, sumbat earphone dalam telinga, dengar lagu rancak-rancak. Aku tension. Aku tak tipu. Minggu last, paper chemistry dengan biology, malam exam tuh semua aku stay up sampaipukul empat. Gila bukan? Tapi itulah aku. Aku jenis tak boleh belajar siang. Kalau malam, aku memang cepat tangkap. Macam kelawar, siang tidur, malam bekerja. Masa jawab paper chemistry tuh, adalah pening-pening sikit sebab tak cukup tidur. Malam tuh, aku stay up lagi sampai pukul empat, study bio. Bio pening seh! Esoknya, aku demam. Hingus meleleh tak berhenti. Sumpah. Aku tension jawab bio.Tambah lagi bila ape yang aku baca ada yang aku tak ingat. Arghh...! Tuhan je yang tahu. After exam, aku rasa bebas. Aku rasa beban dalam kepala aku berkurang. Ini baru Mid Year aka First Trial, belum lagi SPM.

Lepas paperr last iaitu bio, aku terus demam selama 3 hari. Sekarang ni tinggal sisa-sisa je. Aku rasa sangat terbeban, tension, hidup aku memang tak terurus. Aku rasa macam nak balik je time tuh. Alhamdulillah. Aku dah sampai rumah.

p/s : Terima kasih kepada pelajar-pelajar SBP lain yang bermurahhati bagi skop.. Thankiess yaww! =)

Saturday, April 30, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

Date : 22 Mac 2011
Time : 3 p.m. to 3 a.m.
Venue : Istana Budaya Kuala Lumpur
Dress Code : Baju Batik SAMURA
VIP Participants : Oka, Naurah, Alina, Hanie, Fathiah =D











Kat sana, serius banyak giler budak sekolah lain. Boleh dikatakan ada 5 buah sekolah lain. Hebat kan?? Hanie pulak jumpa member lama dia.. Hihi.. Kacak jugak. Haha..

Plus, aku beli T-shirt, poster dan beg. Cukup la. Fulus tak banyak ar time tuh.. =) Oh, aku terlupa, kat dalam dewan tuh aku duduk sebelah Oka.. Kesimpulannya, Oka Bengong!!

Yang pastinya, sampai SAMURA pukul 3.00 pagi.. Sampai depan Aspuri, tengok pagar kunci.. Cuak giler.. Nak tidur mana weh.. Jerit-jerit kejut BGP.. Lepas 10 minit, Sak bangun, keluar bukakkan pintu pagar.. Pastu, Alina cakap, "Thanks Sak. Awie kirim salam". Haha. Masuk dorm, terus tidur.. Kroiihh

For more pictures, just click Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

With love,
Naurah Jamil

p/s : Kepada Hazim Hanif, congrats for getting straight As in your SPM!!



Ada skop tak??

Kepada Aisyah Najwa, Afi Zakwan dan Rubilla Roslan,

Korang takde skop ke?? Bagi la aku skop sejarah wei!!

Hebat!


Just watched this movie.. Aku ingatkan tak best, rupanya best giler!! Thumbs up!! =D

Oh, lupa nak bagi tahu, aku dah balik..

Friday, April 22, 2011

Finally

Ahhh.. Akhirnya minggu depan aku balik.. Tunggu tau!! =D

p/s : Ahad ni naik pentas. Mak pun datang.. Heee~ OUTING (dah sebulan lebih tak outing)

Wednesday, March 30, 2011

Aku nak BALIK!!

Aku nak BALIK!! Sumpah aku tak tipu.

p/s : Result first exam dah keluar. Dup dap dup dap

Sunday, March 20, 2011

Aku pergi

Aku melihat jam. Sudah menunjukkan pukul 1 petang. Ahh. Sudah tiba masa untuk aku berkemas dan pulang ke SAMURA dan berjuang untuk SPM ku pada hujung tahun ini. Sebentar lagi, ayah aku akan menghntarku pulang ke SAMURA dengan menaiki kereta barunya. Ahh! Aku benci bau kereta baru. Baunya akan memeningkan aku dan mendorong aku untuk menggeluarkan isi perutku. Ditambah dengan perjalanan ke Muar yang melalui jalan yang bengkang-bengkok. Kali ini, aku pasrah. Swift, maafkan aku kalau aku muntah di dalam perut mu. Dan kepada abah, maafkan aku kalau aku muntah di dalam kereta barumu.

Selamat tinggal blog, selamat tinggal facebook.

Kepada semua SPM candidate 2011, selamat berjuang, kawan. Kepada form fivers pelajar SBP, Trial bulan Mei ini. Terlalu awal bukan?? Ahh! Kita hanya menurut.

Selamat berjuang semua.

Ikhlas,
Naurah

Cabaran

Semalam, dari JB terus pergi Muar. Ayah aku nak amik kereta. Dia kata kereta tuh dah siap. Bertolak awal pagi dari JB, tibalah Muar dalam pukul 11. Bila sampai sahaja di kedai Suzuki, salesman tuh kata, kereta tengah dekat kedai tinted. Kami tunggu. Segalanya selesai tepat pada jam 1 petang.

Akhirnya, ayah aku memandu pulang kereta Suzuki Swift metalik hitam dengan nombor plat JMU **** menuju ke Segamat. Ahh.. Porch rumah sudah penuh. Yang tiada cuma kereta Myvi hitam kami yang dibawa oleh akak aku ke KL.

Dalam hati aku berkata,

"Abah, kereta dah 4 biji, takkan kamera satu biji pun tak boleh"

Aku memberontak dalam hati. Dalam diam. Namun, aku tetap bersyukur dengan rezeki Tuhan.

Dekat sini, aku nak bagi satu cabaran kepada semua.

Kepada sesiapa yang berjaya memujuk ayah aku untuk membeli kamera, aku akan bagi dia flying kiss.
Tetapi kepada sesiapa yang tidak berjaya, aku akan bagi satu flying kick keluaran terhebat aku untuk mereka.


Aku lebih hebat dari dia. Siapa mahu rasa??

Amacam?? Ada berani terima cabaran aku?? (Sambil angkat sebelah kening ala-ala The Rock)

Pujuk, jangan tak pujuk!

No more SASER



Menurut Pengetua sekolah aku, pada 8 Mac 2011 yang lalu, SM Sains Seremban dah tukar nama. Nama baru diaorang ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir. Nampaknya, lepas ni dah tak boleh panggil SASER lagi. Apa singkatan diaorang yang baru ek?? Aku tak tahu. Maaf aku bukan budak SASER.

Dulu, bila orang sebut SASER je, mesti ada oarng lain menyampuk,

" SASER(SASA) sangat ke diaorang tuh??"

Haha.. Jadi, sekarang ni memang dah tak sasa la?? Haha.. No komen. Sekali lagi aku cakap, aku bukan budak SASER.(kali ini dengan nada macho)

Zaman dah berubah..

Monday, March 14, 2011

Show your love!

Assalamualaikum semua..

Kat sini, aku nak bagi satu equation.. Ala ala 'Love Equation' gitu. Haha...

2e = 1+(5v+u)(2e+1)-5v-2e(u+1)

Equation ni korang boleh la bagi kepada orang yang tersayang. Bagi dekat orang tu, dan suruh dia selesaikan.

Terima kasih kepada Pisang dan Koko yang bagi aku equation nie.. Classmates la katakan.. Hahah..

Equation adalah hak cipta budak berdua ni . Diaorang buat sendiri rasanya.. Hahah.. =D


Koko
Pisang

Berterima kasih la pada diaorang nie. Diaorang dah buat satu equation untuk korang meluahkan rasa sayang korang.. Bagus kan?? Romantik jugak diaorang ni. Kadang-kadang nampak macam takde peraaan.. Haha..

Ok lah, daaa...

With love,
Naurah

p/s : Kepada Koko dan Pisang, aku teringat tahun lepas masa korang belanja KFC satu kelas. Thanks sangat-sangat!! Kenyang aku petang tuh.. Tahun nie tak nak belanja lagi ke?? Haha. Sayang korang!

Sunday, March 13, 2011

I'm back!

Halluuu.....!

Haha.. Rasa pelik pulak menaip kat komputer ni. Entah kenapa tetiba rasa macam kekok giler nak tulis bolg.. Hahah.. Dah lama tak pegang laptop.. Rinduu! Hee~~

Jadi, dengan ini, saya ingi memberitahu semua orang yang, 'SAYA SUDAH KEMBALI!' Haha.. Kecoh betul. macam dia sorang balik.

Semalam, mak dengan abah ajak jalan-jalan kat Muar.. RAsa pelik betul. Sebelum ni tak pernah ajak jalan kat Muar. Ish ish. Pelik bin ajaib. Anak siapa tuh?? Haha.. Aku pun terfikirkan apa yang mak dengan ayah aku rahsiakan. Tiba kat Muar, rupa-rupanya ayah aku cari kedai kereta Suzuki.. Nah! Ayah aku nak beli kereta lagi?? Aduh! Rumah dah tak muat.. Haha.. Takpe la. Rezeki murah agaknya. Ayah aku ni, kereta dia nak beli, kamera taknak beli.. Haha

Saya :Abah, nak kamera boleh??
Abah :Nanti lah..

Till now, I'm just waiting. The day will come. Maybe

So, sampai sini dulu.. Busy with facebook.. Huhu..
Daaa....

By,
-Naurah-

p/s : Ada orang puji dia comel. Ish ish. Jelesnye.. :(

Sunday, February 6, 2011

Welcome BATCH 29!!!

Naurah binti Jamil
Budiman 4
5 Cekal
Batch 28
Esok, junior masuk! Mulalah kehidupan aku sebagai seorang senior. Nak jadi senior baik ke senior jahat??

Masih difikirkan.
p/s : Sesiapa yang dapat tawaran ke SM Sains Muar, SELAMAT DATANG!!

Kahwin

Assalamualaikum semua..

Jumaat - Balik dari SAMURA
Sabtu-Khamis -Pergi Puncak Alam
Jumaat-Sabtu -Pergi JB
Ahad - Balik SAMURA

Adoii.. Penat boleh ak?? Tak rasa macam cuti pun. Kerja sekolah jangan cerita ar.. Berlambak lagi belum siap. Hish.. Dugaan...

Ok. Lupakan!
Semalam, aku baru balik dari JB. Sepupu aku kawin.. Sedih woo.. Dah lah dia yang paling rapat dengan aku masa aku kecik2 dulu.. Mak aku cakap, dulu masa aku kecik2, asal balik kampung je, mesti nak jumpa dia. Nanti bila jumpa, asik melekat je macam belangkas. Tak nak dengan orang lain. Nak dengan dia je. HAHA. Mak aku cakap, sampai baring sama2 tengok tv. Siap tidur satu bantal lagi dengan dia. HAHA.. Sekarang dah besar. Dah segan. Hee~
Bila aku fikir-fikir balik, kelakar jugak. Dan yang paling pelik, aku tak pernah ingat semua tuh. Yelaa.. Budak2! HAHA. Tapi, bila dah besar, fikir-fikirkan cerita tuh, aku jadi MALU! Haha.. Apa apa pun, aku sayang dia macam abang aku. Yela, aku takde abang. Hahah..

OK! CUKUP! Tiada babak emosional lagi. Haha. seriously, majlis dia sangat la meriah. Lebih kurang macam masa abang dia kahwin. Jemputan jangan cerita la. Ramai sangat. Datuk2, Datin2 pun ada. Haha.. Aku jadi receptionist.. Dengan cousin aku yang lain. Aku sekejap ada, sekejap hilang. Cari makanan. HAHA.. Makan je pelbagai jenis, aku list kan ea. Nanti korg susah baca.
  • mee rubus
  • capathi
  • rojak
  • roti john
  • nasi minyak
Haha.. Banyak kan?? Semua tuh dimasak masa tuh jugak. Dia macam ada gerai-gerai. Best! Makan sedap! Haha.. Sori.. Tak banyak gambar aku amik. Yng gambar budak-budak tuh, sehari sebelum majlis. Seronok giler tengok diaorg main kejar-kejar. Haha.. Aku rindu zaman aku 'muda-muda' dulu.. Heheh..

Ramai giler orang...!

    Cenderahati untuk guests. Banyak kan??
                                                      
    Hafiez dan Nana
                                                                        
Sorry guys. Gambar pengantin takde. Nanti aku cuba dapatkan dari cousin aku. Just wait ok! =)
Ok lah korang. See you in the next post..
Daaa.. =D
    By,
    Naurah binti Jamil

Wednesday, February 2, 2011

Shah Alam

Yohoo! Anybody home?? Haha.. Gurau-gurau saje

31st January
Akak aku bawak aku , mak aku dengan adik aku pergi Shah Alam.. Dia ajak jalan-jalan.. Aku pun setuju aje.. Boring giler duduk rumah tuh.. Takde tv.. At the same tim dia nak biasakan diri bawak kereta.. Huhu.. On the way, aku cakap dengan dia, jauhnya Shah Alam dengan Puncak Alam.. Haha.. Dia kata memang la jauh.. Baru aku tahu kenapa dia perlukan kereta.. Haha..

So, kat sana, dia bawak pergi jalan kat SACC Mall dengan Kompleks PKNS.. WAH! Ok, aku bukan jakun.. Hee~ Sikit la(aku mengaku!) Ok. Kita teruskan.. Aku beli satu baju kurung.. COMEL! Haha.. Baju je yang comel.. Duduk SAMURA baju kurung aku makin kurang. Mesin basuh tuh tak habis-habis menjahanamkan baju kurung aku.. ish ish

Lepas jalan-jalan, akak aku ajak makan dekat Noodle's Town.. Haaa... Bab makanan, jawapan aku mesti SEDAP!

Yum yum!

Yang belah kiri tuh sedaaap sangat!

Tapi serius seh, memang sedap la.. Lain kali aku nak akak aku ajak makan situ lagi.. Hee~ Lagipun akak aku yang belanja.. Yang dibelanja pun suka! Haha

Ok lah, sampai sini dahulu unuk post kali ini.. Esok dah nak balik.. Haha.. Good night everyone!

Loves,
NAURAH

p/s : Soyonara Puncak Alam!

Gi tido!

Woii budak..! 
Ape kau merepek memalam buta hah?? Kau menakutkan aku boleh akk..?!
Sehari tak kacau aku tak boleh ke? 
 DAH. Shuuhh..! Gi tido sana..

Sunday, January 30, 2011

They are my LIFE!

They are my SAYANGSSS




'Lunacy is the best policy'

Teman Gossipku!

Dengan ini saya memperkenalkan, Teman Gossipku..!


Eh, eh..! Kenapa tetiba saya rindu nak berbual dengan awak??

To Hajar : Weh! Bila nak lepak dorm aku lagi?? Lain kali ajak Diba sekali tau..!

*sigh. Abaikan

Puncak Alam

Assalamualaikum semua...

It was a long day.. Perjalanan dari Segamat ke Puncak Alam.. Huh! Penat tuh.. Bawak dua kereta. Satu mak aku drive, lagi satu ayah aku drive. Ayah aku nak bagi akak aku guna kereta sebab dia dah duduk rumah sewa.. Jauh sikit dengan U dia.. Selalu sampai kelas lambat.. So, ayah aku bagi la dia pinjam. On the way tadi, makan lunch dekat Perhentian Dengkil.. Guess what??! Kami makan Sate Kajang!! Huhuuuu.. Sedap giler..! Sekali cuba, pasti nak tambah lagi..! Haha.. =D



Sekarang ni pun tengah kat rumah sewa akak aku.. Rabu nie baru balik.. Lama giler kat sini. So, kena angkut kerja sekolah yang banyak tuh! Haha.. If you say yes for Straight As in SPM, you have to say yes to homework.. Haha

Ok lah.. Chow dulu.. Nak tido.. Good night..!

Sincerely from,
Naurah Jamil

p/s : Kenapa hanphone aku senyap je??