Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya!!

1.00 pagi, 1 Syawal


Di kesempatan ini, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai kuku kaki atas segala kesilapan aku kepada semua warga pembaca, ahli keluarga aku, serta rakan-rakan yang mengenali diri ini. Halalkan segala makan minum, ilmu pengetahuan, hutang, harta benda yang korang bagi pada aku ataupun aku ambil secara tidak sengaja. 0-0 ok??  :) Doakan aku dapat banyak duit raya.. Haha.. Dah besar panjang, duit raya makin kurang.. Ciss.. ~ By the way, masih sempat lagi kan untuk aku ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!!

p/s : Malam raya di hotel, sangatlah tak best. Tiba-tiba rindu Samura, malam-malam selalu dengar bunyi meriam buluh.. :)

p/s/s : Encik Sudin dan Encik Fikri, thanks for the flyers...! :D

Lone ranger

Semalam, waktu berbuka puasa kali terakhir di rumah, mak aku sibuk cerita pasal zaman childhood dia. Daripada cerita dia, macam best giler. Panjat pokok, lari dari kelas mengaji, tertukar kasut, tinggal beg kat sekolah, main pondok-pondok, main masak-masak, buat pondok atas pokok, tolong mak buat kuih, kejar ayam dan macam-macam lagi. Ayah aku pulak cerita pasal main meriam buluh, mandi sungai. Sampai pada satu tahap, aku terfikir, aku takde tuh semua. Mungkin betul orang kata, "Zaman dah Berubah". Tapi, entah kenapa aku cemburu. Aku nak rasa semua tuh, cuma tak berpeluang.

My parents got amazing childhood stories to tell their children. What about me??

Aku tak tipu. Ramai orang kata zaman kanak-kanak itu indah. Tapi aku tak terasa keindahannya. Terus terang aku cakap, aku seorang yang lone ranger. Aku susah nak mesra dengan orang. Aku tak peramah. Aku lebih suka duduk memerhati dan berfikir tentang perkara yang berlaku di sekeliling aku. Aku kurang suka bercakap. Mungkin dari genetik ayah aku. Ayah aku pendiam orangnya. Dalam family aku, aku yang paling senyap. Kalau tengah kecoh satu family borak sakan, aku lebih gemar senyap dan dengar. Seriously, "lone ranger" adalah perkataan paling tepat bagi aku. Mungkin sebab tuh la aku kurang kenangan masa kanak-kanak dan remaja. Mungkin ada hikmahnya.

Naurah, bersyukurlah.

Saturday, August 27, 2011

Hari ini

Hari pertama nak buat homework. Bersemangat.

Jam menunjukkan jam 10.30 pagi. Beg sekolah dicapai. Handphone dan headphone dicapai. Laptop dialih ke tepi tanpa rela. Beg sekolah diselongkar, homework sejarah dan buku teks dicapai dan diletakkan di atas meja belajar. Doa dibaca mohon berkat. Handphone dicapai. Gambar 'dia' ditatap sebagai pembakar semangat. Headphone dicapai dan disangkut di kepala. Butang 'PLAY' ditekan. Lagu Istimewa-Indigo memecah gegendang telinga. Diri khusyuk membuat homework sejarah tanpa menoleh ke tempat lain. 30 minit masa berlalu tanpa disedari. Tiba-tiba nama dilaung. Headphone diletakkan dan butang 'PAUSE' ditekan. And yeah.. Mak suruh polish kayu tangga..

Sampai situ sahaja kerja sekolah aku. -THE END-

Friday, August 26, 2011

Saudara Baru :D

This guy is my senior, super duper brilliant, and he suddenly revert to Islam couple of weeks ago.. Congratulations to him and WELCOME TO ISLAM!!

Chau William


HEAVEN..!!


Tok tok tok!! Hello semua..!! Lama tak tulis.. Hahah.. Rasa pelik pulak.. Hee~~

Well.. Aku dah balik dari hari Rabu lagi.. Pengetua aku yang terchenta bagi balik awal.. Haha.. Pengetua pun nak raya cepat.. Hihi.. Ape-ape lah.. So, sambut puasa untuk kat SAMURA dah berakhir.. Hari terakhir buka kat samura syahdu seh.. Bila lagi nak buka kat samura.. Sahur kat samura.. School life almost come to an end.. Sedih giler.. Haha.. Asal kau sappy ni Naurah?? Chill la.. Umur panjang, aku datang samura balik.. Ok?? Haha..

Trial SBP yang membunuh tuh dah pun selesai.. Setelah selama 3 minggu hidup dengan buku, makan dengan buku, tidur dengan buku, tunggu mesin pun bawak buku, pergi tandas pun kalau boleh nak bawak buku, tapi tak nak lah! Haha.. Sampai bedmate aku cakap aku ngigau logic gate.. Hahah.. Tak boleh blah.. Ape-ape pun,  Alhamdulillah.. Semuanye ok sebab hentam tahap tak ingat.. Haha.. Paper Physics dengan Biology, memang nak penggal kepala aku.. Nak bunuh aku pun agak-agak ar.. Result, belum fully dapat.. Ada naik, ada turun.. Aku terima.. Sebab aku tahu aku usaha sikit je.. Aku memng tak ready.. Main aci redah je.. Sumpah beb..! Aku tak belajar. Aku main-main je banyak.. Haha..

Semalam borak dengan mak aku, mak aku suruh ubah cara belajar.. Mak aku dah tak bagi aku stay-up.. At first aku membantah sebab suasana malam yang sunyi dan berangin kat samura sangat la kondusif untuk aku belajar.. Last-last dengan hujah mak aku yang memang power nak mati, aku berjaya dipengaruhi.. Akhirnya aku akur.. Ye lah mak, lepas Naurah dah tak stay-up.. Mak kata, "Yang paling penting kualiti ilmu yang masuk dalam kepala, bukan kuantiti jam awak belajar". :D Aiman Rosli pun tak stay-up aper.. Hehehe..

Aiman Rosli kata :
  • 100% attention in class
  • Respect teachers and others
  • Teach people
So, mulai sekarang, aku takkan stay-up dan aku akan ikut apa Aiman Rosli cakap.. Hihihi..~

SPM lagi 2 bulan.. Kembang-kempis hidung aku nak bernafas.. Sesak dada ni rasa.. Fuhhhh... Tipula kalau cakap aku tak seram.. Seram beb! SPM adalah something yang no matter what yang kau kena berjaya hadapinya.. It was something like a ticket for a better future. Bila aku tengok mak ayah aku, aku tahu diaorang nak aku tentukan hala tuju hidup aku sendiri. Diaorang cuma jadi pembantu tunjuk jalan je.. Aku tahu parents aku nak yang terbaik untuk aku dan aku akan buat yang terbaik untuk diaorang. Diaorang nak aku jadi orang yang dia boleh banggakan suatu hari nanti.. Mom, Dad, I'll make you proud. I promise!

Belajar memang penat. Especially kat sekolah asrama.. Orang kata, "LIFELESS". Tapi bagi aku, lantak lah diaorang nak kata lifeless ke, nerd ke, asalkan aku bahagia. Isu couple, memang aku dah serik dan aku malas nak fikir pasal benda remeh macam tuh untuk masa sekarang.. Buat semak kepala je. Banyak lagi benda nak difikirkan.. 

Bila Alumni SAMURA datang, aku rasa bersemangat la jugak.. Bila aku tengok diaorang berjaya, aku nak jugak jadi macam diaorang. Berjaya.. One word that tells everything. Zaman SPM diaorang dah berlalu. Tipulah kalau diaorang tak pulun masa nak SPM.. Usaha dan Tawakal.. Insya-Allah, Allah makbulkan permintaan kita.

Playing Satu Tekad-UNIC

Sunday, August 14, 2011

Kacau Bilau

Add maths : Stupid Mistake
Physics : I lost and doing stupid mistakes

Chemistry and Biology to go.. No more stupid mistake.. AMIN

STRAIGT A's FOR TRIAL...! AMIN

Aku dah penat nak tidur dengan buku.. Cepat lah habis..
Raya ni aku balik lebih awal.. Keistimewaan sekolah.. HAHA.. Tunggu, ok??

p/s : Aku nak gi bazar ni.. Choww!

With smiles,
SYIMO

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan!!

Jam 3.20 pagi, 1 Ogos 2011

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 


By,
Naurah binti Jamil

One word, 'SERABUT'

Dah dekat sejam aku hadap laptop nie, satu perkataan pun tak keluar... 2 bulan tanpa blog, aku hilang punca.. Haha.. Aku sedar, blog semakkin sunyi dan berhabuk.. Fuhhhh!!

Sepanjang 2 bulan di SAMURA, banyak benda yang berlaku. Aku jatuh longkang, makan banyak-banyak, masuk acara 4x400m, dan macam-macam lagi la.. Haha.. Hidup kat asrama sangat best. Aku tak tipu beb..

Sejak kebelakangan nie, hidup aku sangat sibuk. Trial dah dekat. Kelas dari pagi sampai malam.. Nak tengok tv pun tak sempat.. Serabut. Nak bernafas pun tercungap-cungap. Homework, bertimbun mengalahkan KLCC. Atas meja bersepah dengan buku. Masa ni la bila buat presentation, dari sepatutnya spatula jadi scapula. Fakta kimia, bio, fizik dah macam bercampur aduk. Ni dapat peluang balik rumah, bersyukur beb. Ada student sampai menagis kat kelas sebab tension and pressure sangat..
Suasana yang baru buat aku.. Form 4 takde la sampai menangis.

Pernah sekali tuh, mak aku datang melawat, aku menegis dekat mak aku. Aku pressure. Aku tension sangat. Mak aku cakap, jadikan pressure dan tension tuh sebagai semangat untuk buat forward thrust dalam akademik. Memang betul. Bukan aku sorang je tension. Aku rasa semua Form 5 student batch aku tension giler. Masa baca buku bio, ingat sejarah. Nak buat add math, teringat dekat fizik.. Haish..! Fikiran aku semak! Jeles jugak tengok form 4, chill and relax je hidup. Tak serabut macam kitaorng.. Haha.. Itulah kitaorang tahun lepas. Enjoy habis..

Trial mingggu depan.. Doakan yang terbaik untuk aku.. Insya-Allah, everything will be just fine..