Friday, August 26, 2011

HEAVEN..!!


Tok tok tok!! Hello semua..!! Lama tak tulis.. Hahah.. Rasa pelik pulak.. Hee~~

Well.. Aku dah balik dari hari Rabu lagi.. Pengetua aku yang terchenta bagi balik awal.. Haha.. Pengetua pun nak raya cepat.. Hihi.. Ape-ape lah.. So, sambut puasa untuk kat SAMURA dah berakhir.. Hari terakhir buka kat samura syahdu seh.. Bila lagi nak buka kat samura.. Sahur kat samura.. School life almost come to an end.. Sedih giler.. Haha.. Asal kau sappy ni Naurah?? Chill la.. Umur panjang, aku datang samura balik.. Ok?? Haha..

Trial SBP yang membunuh tuh dah pun selesai.. Setelah selama 3 minggu hidup dengan buku, makan dengan buku, tidur dengan buku, tunggu mesin pun bawak buku, pergi tandas pun kalau boleh nak bawak buku, tapi tak nak lah! Haha.. Sampai bedmate aku cakap aku ngigau logic gate.. Hahah.. Tak boleh blah.. Ape-ape pun,  Alhamdulillah.. Semuanye ok sebab hentam tahap tak ingat.. Haha.. Paper Physics dengan Biology, memang nak penggal kepala aku.. Nak bunuh aku pun agak-agak ar.. Result, belum fully dapat.. Ada naik, ada turun.. Aku terima.. Sebab aku tahu aku usaha sikit je.. Aku memng tak ready.. Main aci redah je.. Sumpah beb..! Aku tak belajar. Aku main-main je banyak.. Haha..

Semalam borak dengan mak aku, mak aku suruh ubah cara belajar.. Mak aku dah tak bagi aku stay-up.. At first aku membantah sebab suasana malam yang sunyi dan berangin kat samura sangat la kondusif untuk aku belajar.. Last-last dengan hujah mak aku yang memang power nak mati, aku berjaya dipengaruhi.. Akhirnya aku akur.. Ye lah mak, lepas Naurah dah tak stay-up.. Mak kata, "Yang paling penting kualiti ilmu yang masuk dalam kepala, bukan kuantiti jam awak belajar". :D Aiman Rosli pun tak stay-up aper.. Hehehe..

Aiman Rosli kata :
  • 100% attention in class
  • Respect teachers and others
  • Teach people
So, mulai sekarang, aku takkan stay-up dan aku akan ikut apa Aiman Rosli cakap.. Hihihi..~

SPM lagi 2 bulan.. Kembang-kempis hidung aku nak bernafas.. Sesak dada ni rasa.. Fuhhhh... Tipula kalau cakap aku tak seram.. Seram beb! SPM adalah something yang no matter what yang kau kena berjaya hadapinya.. It was something like a ticket for a better future. Bila aku tengok mak ayah aku, aku tahu diaorang nak aku tentukan hala tuju hidup aku sendiri. Diaorang cuma jadi pembantu tunjuk jalan je.. Aku tahu parents aku nak yang terbaik untuk aku dan aku akan buat yang terbaik untuk diaorang. Diaorang nak aku jadi orang yang dia boleh banggakan suatu hari nanti.. Mom, Dad, I'll make you proud. I promise!

Belajar memang penat. Especially kat sekolah asrama.. Orang kata, "LIFELESS". Tapi bagi aku, lantak lah diaorang nak kata lifeless ke, nerd ke, asalkan aku bahagia. Isu couple, memang aku dah serik dan aku malas nak fikir pasal benda remeh macam tuh untuk masa sekarang.. Buat semak kepala je. Banyak lagi benda nak difikirkan.. 

Bila Alumni SAMURA datang, aku rasa bersemangat la jugak.. Bila aku tengok diaorang berjaya, aku nak jugak jadi macam diaorang. Berjaya.. One word that tells everything. Zaman SPM diaorang dah berlalu. Tipulah kalau diaorang tak pulun masa nak SPM.. Usaha dan Tawakal.. Insya-Allah, Allah makbulkan permintaan kita.

Playing Satu Tekad-UNIC