Sunday, February 21, 2010

Daa...



Goodbye for now.. I'll be back.. =D

Bubye.. =)

Di saat ini, di hadapan laptop akak aku, aku sedang berpeluh memandangkan baru siap gosok tudung.. Aku malas nak gosok kat asrama.. OK! No more ayat skema2! =) So guys, aku balik asrama esok.. Huhuhu.. Rasa sekejap sangat cuti.. Tak boleh lama lagi ke?? =P

Esok ayah aku nak hantar aku pagi. Siapa je yang ada kat asrama pagi-pagi?? Nampaknya keseorangan la aku nanti.. =( Dari siang sampai ke malam, aku packing barang.. Bila dah nak siap, aku perasan something.. Asal barang aku bawak balik asrama lebih banyak dari barang aku bawak balik rumah?? Oh tidak! Nampaknya locker dorm aku akan sesak la kali nie! =P Makanan tak boleh tinggal! Jam loceng(baru beli) mesti dibawa.. Sebab selama ni aku bergantung kat jam loceng kawan sebelah katil.. Itupun kadang-kadang dia tak dengar(aku pun).. =) Sweater, baju kurung, buku rujukan and blablablabla.. =)

Kelmarin menyibuk kat rumah Aisyah. Ouh, kesian dia..! Memandangkan sekolah dia all girls, mamat kat iklan pun dia kata di punya.. Hahahah.. =D Siap boleh suruh aku kenalkan mamat sekolah aku lagi.. Wah! Duduk SESERI je terus gatal ea.. ? Hahahah.. =D Takpe la Syah.. Aku paham sesangat! =D Benda yang paling aku jeles tentang SESERI ialah, dyorang RIADAH BEBAS!! Pergh! Jeles giler! =P Aku dah la wajib riadah! Keluar asrama..! Adoi! Patutla diaorang ada masa basuh dengan gosok baju! Aku terpaksa la ponteng makan malam semata-mata nak gosok baju.. Haih! =) Nasib badan..

So guys, tata... =D

Ditulis oleh,
Naurah

Wednesday, February 17, 2010

Kalkulator

Agak-agak ada tak kalkulator design macam nie? Kalau ada aku nak beli! =D



Kalkulator ini ialah rekaan Amin yang hanya terdapat di SMK Buloh Kasap, Segamat, di kelas 4 Sains.. So, Limited Edition! Hanya satu di Malaysia! Poor thing! Amin tak sempat nak design-kan untuk kalkulator aku.. Heheheh.. =D

-

So, hello again..

Aku baru teringat aku kena buat folio sivik.. Dush! Sivik pun kena buat folio ke?? Pastu kena buat presentation guna power point pulak tuh! Adoi! Malasnya.. Nasib baik kena hantar lepas cuti bulan 3.. Nasib baik jugak teammates semua dorm dekat2. Boleh guna komputer dekat Aspuri je.. =)

Actually aku tengah fikir nak bawak ke tak nak kamera gi asrama. Agak2 ayah aku bagi tak?? Aku takleh hidup la kalau takde kamera.. Dah la mak aku tak bagi bawak walkman, dengan radio. Alamat bagai katak bawah tempurung la aku kat sana.. =(

Kelmarin, aku dengan family pergi Melaka.. Ape lagi kalau bukan pergi Jusco. Aku tak banyak beli barang cuma alat tulis yang penting je.. Thank God locker dekat dorm besar.. Jadi boleh sumbat semua.. Heheheh.. Paling banyak sumbat ialahhh MAKANAN!! Hahahah.. Naurah memang nak sangat jadi gemuk.. Heheheheh.. =D Guys, ingatkan aku kalau aku makan banyak sangat.. Heheheh.. =P Balik pada topik, aku rasa frust sangat bila lalu MOZAC dengan MRSMTGB.. Hey, Naurah! Itu cerita lama la! Yup! Someone has to remind me... =) (Bila lalu MRSMTGB, ayah aku cakap, "Takdapat la masuk sini." Sedih seh..) Selama ni aku tak pernah amik tahu pun tentang SM Sains Muar. Tapi sekarang aku dah jadi warga "Sekolah Muar Royalty Academy" and I proud of it.. =D

To Aisyah, kau tak cukup makan ke kat SESERI.. Kau kata makanan kat sana tawar ea? Heheheh.. Inilah masanya kau nak diet.. =) Kalau kau masuk SBP sama dengan aku, trust me! Kau tak boleh diet.. Dekat tempat aku makanan sekeliling kita.. Sedap-sedap belaka! Heheheh.. Bersyukur la Syah.. =D

WAIT!! Aku baru teringat aku tertinggal kunci locker dorm dekat dorm. Erk??! Ada orang curi tak?? Selamat tak locker aku?? Dalam locker aku ada diari tau. Agak-agak ada orang baca tak?? Please don't! =X Aku check luggage aku, cuma ada kunci locker kelas je.. OMG! Kalau hilang macam mana?? Adoi Naurah! Kau ni CUAI la!! Itulah semangat nak balik, semua tertinggal!! Adui..! =( Harap-harap tak hilang..

Ok guys, aku nak menghayati betul-betul lirik lagu Two is Better Than One.. Aku tak faham sebenarnya ape yang dua lebih baik daripada satu.. Kahwin dua lebih baik daripada satu?? Oh man! No way!

Daa...

Written by a troublemaker,
SYIMO

p/s : To Syafiq, good luck in MRSM Kem Terendak.. Chaiyok! =D

p/s : To my beloved daddy, Happy 50th Birthday! =D

Friday, February 12, 2010

HOME

Hello guys..

Yup! I'm home.. Ayah aku jemput kat asrama tadi.. Heheheh.. =) Aku tersangat la rindu kawan-kawan lama, kucing aku, internet, handphone(actually tak bape sangat).

So, 2 minggu kat SAMURA, memang best, penat, seronok dan tak cukup tidur.. Minggu orientasi memang best.. Aktiviti sangat la best walaupun jadual sangat la padat.. Cuma ada sikit je part yang tak best.. =) Aku rumah Budiman(Hijau), Dorm Budiman 4, Kelas 4 Cekal, Aliran Sains Tulen, Bacht 28.. Frankly speaking, aku lebih rapat dengan kawan satu dorm daipada kawan satu kelas.. Mulai minggu lepas, dah tak kekok lagi dengan akak-akak senior, budak sekelas and budak lain.. Tahun nie first bacht takde kes buli or regging(aku sangat la terkejut)! =D

Kat sana, semangat rumah sangat la kuat.. First time aku tengok.. Tahun lepas rumah Budiman dapat no 2, kalah dengan rumah Bestari(Biru).. No. 3, rumah Sarjana(Merah) diikuti rumah Pujangga(Kuning) di tempat keempat.. Takpe la.. Tapi kitaorang menang 2anugerah tahun lepas, Anugerah Akademik Cemerlang dengan Anugerah Sahsiah Cemerlang.. Heheheh.. Bangga siot! =D

Aku ada satu benda nak cakap kat korang.. Aku rasa, duduk asrama, aku banyak makan ar.. Mak aku cakap pun aku dah naik sikit.. Heheheh.. So, tahun depan, korang akan nampak Naurah yang lain, saiz lebih besar, leher pun dah tak nampak.. Hahahah.. =D Lagipun naik sikit kan, belum naik banyak.. Heheheh.. Seriously aku cakap, duduk asrama aku tak boleh behenti makan.. Makanan kat sana semua sedap-sedap dan semuanya kat sekeliling aku..! OMG! =X Mula-mula memang aku tak lalu makan sebab lain sikit rasa dia.. Bila masuk hari ketiga, aku bantai semua.. Heheheh.. =) Nak buat macam mana, makanan kat DM sedap, makanan kat kantin dengan koop pun sedap.. Haih! SAMURA memang nak buat warga sekolah sihat betul.. Kenapa tak masukkan dalam Visi Sekolah aje? "Visi SAMURA : Melahirkan pelajar yang sihat dan cukup makan" Ouh Naurah! Stop eating! =P Sori , aku tak pandai diet dan aku tak suka diet.. =P Thank God kadar metabolisma dalam badan aku tinggi.. Heheheh.. Alhamdulillah =D

Plus, aku rasa kulit aku makin gelap kat sana sebab riadah asik duduk tengah panas aje.. Kejap main bola baling, kejap nak pegi archery! Huih! Cuti kena jaga.. Repair habis-habisan! Heheheheh.. =D (biasa la perempuan..! =))

Kat sana aku banyak belajar tentang kepentingan hubungan kita dengan kawan-kawan dengan orang di sekeliling kita, kepentingan pengurusan masa dan kepentingan menjaga markah rumah sukan dan merit sendiri.. Besides, aku dapat pengalaman rebut seterika, mesin basuh dengan tempat basuh baju.. Heheheh.. Bila fikir-fikir balik, seronok jugak..! =D Sekarang tengah perhatikan masa yang orang tak ramai guna mesun basuh degan seterika.. Heheheh.. =D Penting tuh!

Warga Budi 4 :
* Kak Masyitah
* Kak Tino
* Kak Zureen
* Kak Paan
* Kak Violin
* Kak Toti
* Kak Rudolf
* Syimo
* Lenka
* Ostia
* Virus
* Bubbles
* Yuma
* Tosha
(Tak cukup 2 orang. Sekarang tengah tunggu second intake.)

Ok lah korang.. Aku takde mood sebenarnya nak tulis.. Nanti aku edit je la ea.. Sori guys.. Aku penat sikit.. =(

Ok, daa..

By,
Syimo

p/s : Congrats to Syafiq sebab dapat MRSM Melaka.. Memang betul orang cakap, kadang-kadang orang yang dapat rezeki lambat, rezeki dia lebih baik daripada orang yang dapat rezeki awal.. Take care, Syafiq..! =D

p/s : Kitaorang panggil budak aliran teknikal dengan panggilan 'BUDAK TECHNO'. I really like it! =D

Monday, February 1, 2010

Bubye Kasap...

Proud being a KASAPIAN =D

Hello bloggers..

Hari nie hari last aku kat online.. Aku akan mendaftar di SAMURA esok.. Barang dah packing.. Banyak giler..! Dah la esok cuma mak aku dengan ayah aku je yang hantar.. Sape nak angkut barang?? Ada troli tak?? Heheheh.. Banyak songeh la aku nie.. =P Seminggu sebelum berhenti Sekolah Kasap, Aku rasa macam rapat dengan semua orang.. Tegur dan senyum kepada sesiapa aje yang aku jumpa walaupun tak kenal, dari senior ke junior.. Makin rapat dengan orang yang aku rapat.. Macam Din, Epul, Azhar, Asyiq, adik Din, Zaki dan budak-budak yang lain.. Rindu nak kawad dengan budak-budak Kadet Polis.. Hey korang, jangan kalah dengan KRS lagi tau! Buat malu je tahun lepas kalah dengan Puteri Islam.. Rasa macam nak seret muka je kat jalan.. Malu punya pasal! =D Hahahah.. Sori korang aku tak dapat join korang kawad tahun nie.. Do the best, ok! =D

Pagi tadi datang sekolah jap.. Nak mintak sign Cikgu Koko dan nak amik buku dari teacher.. Jumpa Hieqmah jap.. Dia pun datang sebab nak amik buku dengan sign.. Mah, jumpa esok ye.. =) Jumpa Jieha dengan Azie kat kantin.. Dyorang bila dah nampak makanan mana nak nampak aku.. Harap badan je kecik.. Tapi perut besar..! =D Heheheheh.. Jumpa Syafiq, pulangkan buku dia.. And dia cakap Mimi dah pindah Seri Kenangan.. What??! Asal dia tak bagi tahu aku.. =( Pastu terserempak dengan adik Din. Dia ajak aku datang latihan kawad petang nie untuk saja-saja je.. Sori ar, really sorry.. Aku busy giler.. Banyak barang nak diuruskan.. Pastu suruh dia sampaikan pesan kat abang dia.. Sori Din, aku pulangkan baju kedit lain kali ea.. Aku lupa bawak la.. Dah naik teksi baru ingat.. Heheheh.. Jangan marah ea.. Nanti cepat tua! =)

Guys, hari nie hari last aku online.. Aku akan balik pada Cuti Tahun Baru Cina, maybe.. Tapi tak tahu bila... Harap-harap dapat sesuaikan diri kat sana.. Nasib baik ada Hieqmah.. Kalau kena buli dengan senior, aku backup dia, dia backup aku.. Hahahah.. Kitaorang dah deal dah.. Heheheh.. =D

Aisyah, jaga diri baik-baik kat SESERI.. Kalau kena buli, telefon bomba.. Nanti dioaorang pancut air kat pembuli kau, baru diaorang tak buli kau lagi.. Heheheh.. =)

Daa...

With mercy,
Naurah