Sunday, February 6, 2011

Welcome BATCH 29!!!

Naurah binti Jamil
Budiman 4
5 Cekal
Batch 28
Esok, junior masuk! Mulalah kehidupan aku sebagai seorang senior. Nak jadi senior baik ke senior jahat??

Masih difikirkan.
p/s : Sesiapa yang dapat tawaran ke SM Sains Muar, SELAMAT DATANG!!

Kahwin

Assalamualaikum semua..

Jumaat - Balik dari SAMURA
Sabtu-Khamis -Pergi Puncak Alam
Jumaat-Sabtu -Pergi JB
Ahad - Balik SAMURA

Adoii.. Penat boleh ak?? Tak rasa macam cuti pun. Kerja sekolah jangan cerita ar.. Berlambak lagi belum siap. Hish.. Dugaan...

Ok. Lupakan!
Semalam, aku baru balik dari JB. Sepupu aku kawin.. Sedih woo.. Dah lah dia yang paling rapat dengan aku masa aku kecik2 dulu.. Mak aku cakap, dulu masa aku kecik2, asal balik kampung je, mesti nak jumpa dia. Nanti bila jumpa, asik melekat je macam belangkas. Tak nak dengan orang lain. Nak dengan dia je. HAHA. Mak aku cakap, sampai baring sama2 tengok tv. Siap tidur satu bantal lagi dengan dia. HAHA.. Sekarang dah besar. Dah segan. Hee~
Bila aku fikir-fikir balik, kelakar jugak. Dan yang paling pelik, aku tak pernah ingat semua tuh. Yelaa.. Budak2! HAHA. Tapi, bila dah besar, fikir-fikirkan cerita tuh, aku jadi MALU! Haha.. Apa apa pun, aku sayang dia macam abang aku. Yela, aku takde abang. Hahah..

OK! CUKUP! Tiada babak emosional lagi. Haha. seriously, majlis dia sangat la meriah. Lebih kurang macam masa abang dia kahwin. Jemputan jangan cerita la. Ramai sangat. Datuk2, Datin2 pun ada. Haha.. Aku jadi receptionist.. Dengan cousin aku yang lain. Aku sekejap ada, sekejap hilang. Cari makanan. HAHA.. Makan je pelbagai jenis, aku list kan ea. Nanti korg susah baca.
  • mee rubus
  • capathi
  • rojak
  • roti john
  • nasi minyak
Haha.. Banyak kan?? Semua tuh dimasak masa tuh jugak. Dia macam ada gerai-gerai. Best! Makan sedap! Haha.. Sori.. Tak banyak gambar aku amik. Yng gambar budak-budak tuh, sehari sebelum majlis. Seronok giler tengok diaorg main kejar-kejar. Haha.. Aku rindu zaman aku 'muda-muda' dulu.. Heheh..

Ramai giler orang...!

    Cenderahati untuk guests. Banyak kan??
                                                      
    Hafiez dan Nana
                                                                        
Sorry guys. Gambar pengantin takde. Nanti aku cuba dapatkan dari cousin aku. Just wait ok! =)
Ok lah korang. See you in the next post..
Daaa.. =D
    By,
    Naurah binti Jamil

Wednesday, February 2, 2011

Shah Alam

Yohoo! Anybody home?? Haha.. Gurau-gurau saje

31st January
Akak aku bawak aku , mak aku dengan adik aku pergi Shah Alam.. Dia ajak jalan-jalan.. Aku pun setuju aje.. Boring giler duduk rumah tuh.. Takde tv.. At the same tim dia nak biasakan diri bawak kereta.. Huhu.. On the way, aku cakap dengan dia, jauhnya Shah Alam dengan Puncak Alam.. Haha.. Dia kata memang la jauh.. Baru aku tahu kenapa dia perlukan kereta.. Haha..

So, kat sana, dia bawak pergi jalan kat SACC Mall dengan Kompleks PKNS.. WAH! Ok, aku bukan jakun.. Hee~ Sikit la(aku mengaku!) Ok. Kita teruskan.. Aku beli satu baju kurung.. COMEL! Haha.. Baju je yang comel.. Duduk SAMURA baju kurung aku makin kurang. Mesin basuh tuh tak habis-habis menjahanamkan baju kurung aku.. ish ish

Lepas jalan-jalan, akak aku ajak makan dekat Noodle's Town.. Haaa... Bab makanan, jawapan aku mesti SEDAP!

Yum yum!

Yang belah kiri tuh sedaaap sangat!

Tapi serius seh, memang sedap la.. Lain kali aku nak akak aku ajak makan situ lagi.. Hee~ Lagipun akak aku yang belanja.. Yang dibelanja pun suka! Haha

Ok lah, sampai sini dahulu unuk post kali ini.. Esok dah nak balik.. Haha.. Good night everyone!

Loves,
NAURAH

p/s : Soyonara Puncak Alam!

Gi tido!

Woii budak..! 
Ape kau merepek memalam buta hah?? Kau menakutkan aku boleh akk..?!
Sehari tak kacau aku tak boleh ke? 
 DAH. Shuuhh..! Gi tido sana..