Wednesday, March 30, 2011

Aku nak BALIK!!

Aku nak BALIK!! Sumpah aku tak tipu.

p/s : Result first exam dah keluar. Dup dap dup dap

Sunday, March 20, 2011

Aku pergi

Aku melihat jam. Sudah menunjukkan pukul 1 petang. Ahh. Sudah tiba masa untuk aku berkemas dan pulang ke SAMURA dan berjuang untuk SPM ku pada hujung tahun ini. Sebentar lagi, ayah aku akan menghntarku pulang ke SAMURA dengan menaiki kereta barunya. Ahh! Aku benci bau kereta baru. Baunya akan memeningkan aku dan mendorong aku untuk menggeluarkan isi perutku. Ditambah dengan perjalanan ke Muar yang melalui jalan yang bengkang-bengkok. Kali ini, aku pasrah. Swift, maafkan aku kalau aku muntah di dalam perut mu. Dan kepada abah, maafkan aku kalau aku muntah di dalam kereta barumu.

Selamat tinggal blog, selamat tinggal facebook.

Kepada semua SPM candidate 2011, selamat berjuang, kawan. Kepada form fivers pelajar SBP, Trial bulan Mei ini. Terlalu awal bukan?? Ahh! Kita hanya menurut.

Selamat berjuang semua.

Ikhlas,
Naurah

Cabaran

Semalam, dari JB terus pergi Muar. Ayah aku nak amik kereta. Dia kata kereta tuh dah siap. Bertolak awal pagi dari JB, tibalah Muar dalam pukul 11. Bila sampai sahaja di kedai Suzuki, salesman tuh kata, kereta tengah dekat kedai tinted. Kami tunggu. Segalanya selesai tepat pada jam 1 petang.

Akhirnya, ayah aku memandu pulang kereta Suzuki Swift metalik hitam dengan nombor plat JMU **** menuju ke Segamat. Ahh.. Porch rumah sudah penuh. Yang tiada cuma kereta Myvi hitam kami yang dibawa oleh akak aku ke KL.

Dalam hati aku berkata,

"Abah, kereta dah 4 biji, takkan kamera satu biji pun tak boleh"

Aku memberontak dalam hati. Dalam diam. Namun, aku tetap bersyukur dengan rezeki Tuhan.

Dekat sini, aku nak bagi satu cabaran kepada semua.

Kepada sesiapa yang berjaya memujuk ayah aku untuk membeli kamera, aku akan bagi dia flying kiss.
Tetapi kepada sesiapa yang tidak berjaya, aku akan bagi satu flying kick keluaran terhebat aku untuk mereka.


Aku lebih hebat dari dia. Siapa mahu rasa??

Amacam?? Ada berani terima cabaran aku?? (Sambil angkat sebelah kening ala-ala The Rock)

Pujuk, jangan tak pujuk!

No more SASER



Menurut Pengetua sekolah aku, pada 8 Mac 2011 yang lalu, SM Sains Seremban dah tukar nama. Nama baru diaorang ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir. Nampaknya, lepas ni dah tak boleh panggil SASER lagi. Apa singkatan diaorang yang baru ek?? Aku tak tahu. Maaf aku bukan budak SASER.

Dulu, bila orang sebut SASER je, mesti ada oarng lain menyampuk,

" SASER(SASA) sangat ke diaorang tuh??"

Haha.. Jadi, sekarang ni memang dah tak sasa la?? Haha.. No komen. Sekali lagi aku cakap, aku bukan budak SASER.(kali ini dengan nada macho)

Zaman dah berubah..

Monday, March 14, 2011

Show your love!

Assalamualaikum semua..

Kat sini, aku nak bagi satu equation.. Ala ala 'Love Equation' gitu. Haha...

2e = 1+(5v+u)(2e+1)-5v-2e(u+1)

Equation ni korang boleh la bagi kepada orang yang tersayang. Bagi dekat orang tu, dan suruh dia selesaikan.

Terima kasih kepada Pisang dan Koko yang bagi aku equation nie.. Classmates la katakan.. Hahah..

Equation adalah hak cipta budak berdua ni . Diaorang buat sendiri rasanya.. Hahah.. =D


Koko
Pisang

Berterima kasih la pada diaorang nie. Diaorang dah buat satu equation untuk korang meluahkan rasa sayang korang.. Bagus kan?? Romantik jugak diaorang ni. Kadang-kadang nampak macam takde peraaan.. Haha..

Ok lah, daaa...

With love,
Naurah

p/s : Kepada Koko dan Pisang, aku teringat tahun lepas masa korang belanja KFC satu kelas. Thanks sangat-sangat!! Kenyang aku petang tuh.. Tahun nie tak nak belanja lagi ke?? Haha. Sayang korang!

Sunday, March 13, 2011

I'm back!

Halluuu.....!

Haha.. Rasa pelik pulak menaip kat komputer ni. Entah kenapa tetiba rasa macam kekok giler nak tulis bolg.. Hahah.. Dah lama tak pegang laptop.. Rinduu! Hee~~

Jadi, dengan ini, saya ingi memberitahu semua orang yang, 'SAYA SUDAH KEMBALI!' Haha.. Kecoh betul. macam dia sorang balik.

Semalam, mak dengan abah ajak jalan-jalan kat Muar.. RAsa pelik betul. Sebelum ni tak pernah ajak jalan kat Muar. Ish ish. Pelik bin ajaib. Anak siapa tuh?? Haha.. Aku pun terfikirkan apa yang mak dengan ayah aku rahsiakan. Tiba kat Muar, rupa-rupanya ayah aku cari kedai kereta Suzuki.. Nah! Ayah aku nak beli kereta lagi?? Aduh! Rumah dah tak muat.. Haha.. Takpe la. Rezeki murah agaknya. Ayah aku ni, kereta dia nak beli, kamera taknak beli.. Haha

Saya :Abah, nak kamera boleh??
Abah :Nanti lah..

Till now, I'm just waiting. The day will come. Maybe

So, sampai sini dulu.. Busy with facebook.. Huhu..
Daaa....

By,
-Naurah-

p/s : Ada orang puji dia comel. Ish ish. Jelesnye.. :(