Sunday, July 3, 2011

daaaaa

Gua online dekat cc. Budak-budak keliling aku dah mengeluarkan kata-kata kesat sambil main game. Gua tak suka suasana nie.  Lagipun gua dah lama kat sini. dekat 2 jam.
Aku rasa abang yang jaga cc ni pun dah bosan,


"Bila budak ni nak balik?"

Haha.. Alu nak balik la nie. Mata alu pun dah sakit tengok keyboard nie. Satu huruf pun aku tak nampak. Sakit mata doh! Silap-silap boleh buta. Heee~

Gua balik dulu la wei.. Aku outing individu. Kang dekat pondok jaga ada Abang Man tengah cekak pinggang pandang gua. Tak pasal-pasal kad outing kena tarik.. Mintak simpang!

Gua balik dulu.. Mahu teruskan perjuangan untuk SPM..

Daaa...

p/s: Readers, sentiasa ingatkan aku supaya jangan give up, ok??

Huarghh!

Hidup di SAMURA semakon sibuk.
Sampai kadang -kadang rasa nak bernafas pun tercungap-cungap.

Minggu depan ada event antarabangsa..

SBP yang bakal datang SELAMAT DATANG!! 

Delegasi Indonesia dan Brunei juga SALAMAT DATANG ke SAMURA!

Gua, penat, sibuk, tak cukup tidur.. Dalam tidur pun boleh ngigau Lenz's Law dengan Faraday's Law.

Trial dah dekat. Tak sampai sebulan. Ciss!

suatu ketika

Suatu petang. Takde riadah..  Ahh Seronoknya. Buat taik mata atas katil..

Aku merebahkan diri atas katil di dorm aku yang indah lagi permai.

Aku capai novel aku yang member aku kasi pinjam

Hlovate-aA+bB

Tetiba, lagu itu berkumandang.

Ya, lagu itu. Lagu yang sudah lama aku lupakan. Aku terhenti dari membaca.

Entah kenapa, aku sebak. Peristiwa 3 tahun lepas masih aku ingat. Masih segar. Seolah olah baru berlaku minggu lepas..

"Kenal tak mana-mana no. IC nie?"


"Haii.. Dari negeri mana??"


"Haii.. Eh, malam pun pakai kasit ke?? Kitaorg tak payah. Cikgu tak strict.. Haha"


"Nama siapa??'


"Aikk, Naurah je? Takde Nur, Siti, Nurul ke??"


"Form bape?"


"Laa.. Form 2 ke.. Ingatkan form 4 tadi."


"Eh, awak amik la dulu. Kotaorg tak kesah"


3 days is enough.. aku masih teringat lambaian terakhir dia di Sepang Circuit.

Sumpah.. Aku rindu..


'How long will I be waiting'

Rindu saat itu

'To be with you again'

Rindu dia. Rindu senyuman dia

Rindu pandangan mata dia yang redup.

'You're the light that makes my darkness dissapear'

Orang kata aku bodoh. Biarlah.

Tanpa aku sedar, aku menangis seorang diri. Teresak dalam diam.

Haha.. Sweet pain, huh?

Playing When you look me in the eyes-Jonas Brother