Saturday, January 30, 2010

Last day..

Assalamualaikum semua..

Semalam merupakan hari terakhir aku belajar kat sekolah.. Sedih sangat. =D untuk minggu depan, 6 orang budak 4 Sains akan keluar.. Ada yang masuk SBP dan ada jugak yang masuk teknik.. Aku bawak kamera, Aisyah pun bawak.. Kitaorang banyak bergambar sampai cikgu pun tak kisah.. Heheheh.. Mekasih cikgu.. =D Pastu, jumpa cikgu-cikgu yang penah ajar aku.. Time kasih banyak.. Halalkan ssegala ilmu yang cikgu beri pada saya.. =D

Lepas rehat, jumpa Cikgu Zaiful.. Dia nak amik gambar budak 8A untuk majalah sekolah.. PAe lagi, kitaorang yang perempuan semua cari bedak.. =D Bila sampai tempat nak amik gambar, cikgu dah tunggu.. Cikgu kata asal lama sangat,? Makeup cikgu! Heheheh.. Terima kasih cikgu sabab sabar dengan kerenah kitaorng.. =D







So, korang, nie je yang mampu aku tulis untuk kali nie.. Banyak sebenarnya aku nak cerita, tapi, nanti aku sambung ok.. Kalau nak lagi banyak gambar, tengok kat Myspace aku ea.. Ok daa..

With love,
Naurah

Saturday, January 23, 2010

Tersepit!

Hai semua..

Petang Khamis lepas, aku pergi la latihan merentas desa dengan latihan kawad.. Aku sampai dalam pukul 3.45.. Bila kol 4.15, huajan turun dengan selebat-lebatnya.. Ape lagi.. Budak semua balik ar.. Aku dengan Ida tunggu je.. Aku kol mak aku, mak aku cakap lambat sikit.. So, aku pergi la kantin dengan Ida.. Bila mak aku sampai, aku balik ar.. Pastu mak aku ajak pegi bandar kejap sebab nak beli makanan.. Bila sampai rumah, aku bawak keluar la barang2..

Malang tidak berbau(dan aku harap aku boleh bau lebih awal lain kali), bila aku nak tutup pintu barang tu sangkut kat pintu kereta.. Bila aku taik barang tuh, tiba-tiba pintu tu terus tertutup sambil jari aku tersepit! =[ Aku tak tahu nak cakap macam mana.. Sakitnya, hanya ALLAH yang tahu.. =X Bila dah masuk rumah, berjurai la air mata aku..(jangan gelakkan aku! =P Pastu aku bagi tahu mak aku.. Haih! Sakitnye.. Aku rasa kebas sangat! Jadi, sampai ke hari nie, aku belum boleh menulis dengan betul sebab jari telunjuk, tangan kanan aku yang kena tu lebam teruk sampai biru..(Ni bukan incredible Hulk! Tapi incredible Blue! =D) Dan bila kat sekolah tadi, baru aku perasan jari tu bengkok sikit.. Wua...! Aku dah sedikit cacat.. =( Kerja sekolah pun aku tak boleh nak sipakan sebab nak pegang pen pun payah.. Tulis pun lambat dan tulisan aku pun jadi senget.. =)

Ape-ape pun, harap-harap sebelum masuk asrama, jari aku dah elok dan tak sakit lagi.. So korang, sampai di sini dulu ye post aku untuk kali nie.. Aku tak boleh tulis panjang-panjang, sebab jari aku sakit lagi.. Ok, tata titi tutu..! =D

By,
Ara the Incredible Blue

Pssstt, asal orang cakap muka aku pucat??

Al-Fatihah..

Assalamualaikum..

Sama-sama la kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Sultan Johor yang telah mangkat.. Kami, warga Johor akan sentiasa merindui beliau.. Semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.. AMIN

Kalau ikutkan esok aku sekolah.. Dalam hati malas sebenarnya.. =) Tapi, ayah aku suruh pergi jugak.. So, aku siapkan la semua kerja sekolah aku.. Tengah buat karangan, tiba-tiba handset ayah aku bunyi.. Rupa-rupanya orang PPD telefon ayah aku.. Aku dengar la yang esok tak sekolah.. Pastu mak aku pulak cakap yang esok tak sekolah.. Satu Johor cuti.. Terkejut jugak bila mak aku cakap Sultan Johor mangkat.. Terus terbengkalai karangan aku.. Sori, cikgu! =) Terus tak jadi nak gosok baju..

Ok lah.. Semoga beliau dicucuri rahmat.. AMIN

By,
Naurah

p/s : Al-Fatihah...

Wednesday, January 20, 2010

Pergaduhan vs. Sumber Inspirasi

Ok lah.. Pelik bukan tajuk blog aku kali ni?? Hahahah.. Hanya aku yang tahu maksudnya.. Aisyah, kau pun mungkin boleh teka kot.. =)

Semalam, masa balik sekolah, aku berbual dengan Hieqmah sebab bas aku dengan bas dia datang lambat.. Masa tuh, ramai budak lelaki berkumpul dekat kawasan parking motor.. Seperti biasa la.. Kadang2 ada pergaduhan.. Tapi biasanya gaduh mulut je.. Alaa.. Biasalah lelaki.. Ego tinggi.. =X Tapi hari tuh lain, agak gaduh mulut dah tak cukup, berlaku la pergaduhan yang agak serius.. Diaorang bertumbuk.. Yups! Pergaduhan kaum.. Antara melayu dengan cina.. Disebabkan sekolah aku berbukit, masuk pagar sekolah je terus naik bukit, dan tempat parking motor dalam dan dekat dengan pagar sekolah, ada lah beberapa budak lelaki yang betumbuk bergolek-golek atas jalan tar.. Aku dengan Hieqmah dah cuak.. Nasib baik la Hieqmah tarik aku.. Kalau tak, diaorang dah rempuh aku dah.. =X Thanks Mah!! =)

Pergaduhan semakin meruncing apabila ada beberapa budak yang sedang bertumbuk sambil bergolek termasuk dalam longkang.. Longkang tu dah la dalam! Batu keras pulak tu..! Dan memang ada beberapa budak melayu berdarah. They are form 5 students.. Memang aku kenal muka je nama tak tahu.. Ada yang berdarah kat hidung dan dahi.. Sangat menakutkan.. Lepas tuh, cikgu datang.. Ape lagi.. Masing2 bla lah.. Kawan aku cakap dyorang sambung gaduh kat luar.. Err...! Sangat menakutkan! =X

Tak lama lepas tu, yeah! Aku nampak muka seseorang yang aku nak sangat tengok sepanjang hari.. Alhamdulillah.. Dia tak terlibat.. =D

By,
Ara

Psst.. I sense something ..! =D

Monday, January 18, 2010

SBP vs. Teknik

Hello semua.. Hahahah.. Aku tak tahu kenapa aku happy sangat.. Aku happy sangat sebab aku ada geng untuk masuk SM Sains Muar nanti.. Dan orang tuh adalah bestfriend aku dengan budak kelas aku.. Yeah! =) Yups! Hieqmah dengan Adib pun masuk SM Sains Muar sama dengan aku.. Hahahah.. Bestnye.. Ada geng..! Tak la terkotak katik aku kat sana..(Err betul ke?) =D

Sabtu lepas, dapat surat dari SBP.. Huih! Banyaknye kena keluar duit..! =( Baju kena cotton, kasut kena kasut hitam, bertumit dan tanpa tali and blablablabla.. Huih! =X

Hahahah.. Tadi aku check permohonan ke teknik.. Aku dapat SM Teknik JB untuk jurusan Kejuruteraan Awam.. Memang aku pilih.. Yang paling aku pelik, bila aku tengok je, aku ketawa sorang-sorang.. =X Peliknye aku nie.. Asik ketawa tetiba je.. =P Pastu ayah aku tengok. Ayah aku tanya nak masuk mana, SBP or Teknik? Aku cakap la, "Mestila SBP! Family kita kan famiy Sains.! =)" Heheheh.. =) Lagipun aku dah buat keputusan, aku taknak masuk teknik.. Aku sekadar mohon je sebab bila check sekurang-kurangnye nama aku penah tercatat kat internet.. Lagi satu, nanti dia bagi surat, boleh buat kenangan.. Sebab bila lagi la aku nak dapat surat.. Asik surat mak aku dengan ayah aku je.. Bila aku dapat surat nanti, aku framekan.. =D Hahahah..(giler la aku nih) Kalau tak dapat mana2 tapi teknik dapat, aku akan stay kat Kasap.. Sebab otak aku memang boleh masuk Sains je.. =) So, keputusan muktamad..! Aku akan masuk SM Sains Muar! =D

Tadi aku check kan untuk Hafiz Tuah jugak.. Dia suruh checkkan SBP dengan Teknik.. SBP dia tak dapat.. And aku dah hantarkan rayuan unyuk dia.. Teknik pulak dia dapat Teknik Jasin untuk Kejuruteraan Mekanikal.. Aku tak tahu dia nak pegi ke tak.. Harap2 kau dapat SBP untuk second intake.. Ape2 pun, wishing you all the best yer Hafiz! =)

So, guys, siapa2 yang tak dapat SBP, don't give up.. Buat la rayuan and then tunggu untuk second intake.. Ape2 pun, jangan lupa buat solat hajat dengan solat tahajjud, ok...! =D Jangan sesekali lupa Tuhan.. Kalau tak dapat jugak, mungkin rezeki korang bukan dekat SBP.. Mungkin dekat sekolah korang yang lama jugak.. Ape sahaja yang ALLAH lakukan, pasti ada hikmahnye, bukan?? Jangan sesekali mempertikaikan keputusan-NYA So, percaya la pada ALLAH.. Dia tahu ape yang terbaik untuk hambanya..

With love,
Ara the Kasapians

p/s : Tawaran ke MRSM nak check macam mana??

Friday, January 15, 2010

SM Sains Muar..! =D

Alhamdulillah...! Aku baru je check semakan tawaran ke SBP..! Dan aku dapat tawaran ke SM Sains Muar.. =D Alhamdulillah.. Aku bersyukur sangat.. Walaupun kalau ikutkan hati, aku nak masuk MOZAC, tapi takpe lah.. Asalkan ada tawaran.. Lagipun SM Sains Muar pun boleh tahan.. =) Aku sekarang tengah tunggu tawaran ke MRSM.. Harap2 dapat.. Sebab bila masuk MRSM, kalau dapat keputusan baik, senang nak sambung belajar kat oversea.. Insya-Allah! So, aku upload sikit gambar 'My Future School' kalau tak dapat MRSM..





Aku gembira sangat. Memang ini la yang aku impikan.. =D Aku bersyukur sangat sebab ALLAH makbulkan doa aku selama ini.. Tapi harap2 dapat masuk MRSM.. Especially MRSM Tun Ghaffar Baba.. Sebab dia antara MRSM yang top di Malaysia.. Ku mohon YA ALLAH! Tapi dalam masa yang sama, aku sedih jugak.. Kalau aku masuk sini atau MRSM, aku mungkin terpaksa tinggalkan kawan2 aku kat Kasap, cikgu2 yang tersayang.. Dan yang paling aku sayang sekali, aku sayang nak melepaskan gelaran KASAPIANS dari hidup aku.. =( Tapi, hidup mesti diteruskan bukan?? Pertemuan dan perpisahan kan memang adat manusia?? Aku terima dengan redha sebab ni semua untuk masa depan aku.. Aku harap, kawan2 aku pun dapat meneruskan kecemerlangan dalam hidup walaupun masing2 sudah terpisah.. AMIN

So, kalau aku tak dapat MRSM, aku akan masuk sini.. Muar dengan Segamat bukanya jauh sangat.. Paling lama pun, mungkin 1 jam perjalanan.. Jadi, 2 februari ni, aku akan daftar kat sekolah sini.. Bila dah daftar, aku bukan lagi KASAPIANS, tapi aku akan jadi warga SAMURA.. =)

So, sampai sini dulu post aku untuk kali ni.. Aku harap, kalau aku masuk sana, aku ada geng dari sekalah Kasap.. Mudah-mudahan.. AMIN =)

With love,
Ara the Kasapians

p/s : MRSM please...!

Wednesday, January 13, 2010

Kami Atlet dalam Akademik

Hai semua.. Jumaat yang lepas, aku dengan budak2 sekolah aku yang dapat 8A dalam PMR tahun 2009(except Syazana) telah pergi ke Hotel VIP untuk mengambil hadiah yang disumbangkan oleh DUN Buloh Kasap(aku rasa la). Memang bestla.. Sekolah kitaorag sekolah yang paling ramai dapat 8A iaitu 10 orang.. Heheheh.. Bangga pulak.. =X

Majlis start pukul 3 tapi aku dah sampai dai 2.50 lagi.. Heheheh.. Rajin giler.. =) Pastu Adib datang, then aku tak ingat.. Yang aku ingat paling last sekali sampai Mimi.. Aku dengan tanpa segan silunye ambil kerusi dari meja yang diduduki oleh budak2 SMK Palong Timur.. Buat je la muka tak malu.. Kalau diaorang pandang, cakap je la, 'Ape pandang2? Aku tahu la aku lawa.. Kalau ye pun aku lawa, pandang la tempat lain.. Buat aku bangga pulak!' Heheheh.. Perasan siot..! =P So, kitaorang 9 orang duduk satu meja.. Adik Mimi pun ada sebab dia dapat 5A dalam UPSR.. Bila majlis start, biasalah baca doa.. Yang paling aku tak sangka, kena nyanyi lagu Negaraku dengan lagu Bangsa Johor. Aku tergelak siot.. Patriotik betul.. Hahahah.. Mimi pulak cakap, 'Naurah, asal kau diri tegak je?? Semangat giler!" Nak buat macam mana Mimi, Depan ADUN takkan tak diri tegak.. Heheheheh..=D

Lepas tu Ucapan.. Ya ALLAH!! Lama gila di berucap.. Dah la tengah lapar giler masatu.. 'Aduhai pakcik, asal berucap lama-lama.. Perut dah bermelodi dah nie..!' Kitaorang dengar sikit je.. Kitaorang berbual la sambil orang tu berucap.. Main henset, kamera.. Hahahah.. Buat tak layan je orang tu cakap ape. =) Pastu, penyampaian hadiah.. Nama adik Mimi yang first.. Dia main naik je ikut mana.. Dia kata segan giler jadi orang pertama.. =) Lepas UPSR, budak PMR pulak.. Nama aku nombor 2. nombor 1 Mimi.. Hadiah yang kitaorang dapat berupa, sijil simpanan premium BSN bernilai RM 100(UPSR RM 70), tabung BSN(macam cubix seh.. Lawa betul!) dan pingat berwarna emas. Pingat ni berat betul.. Pastu sudah tercatat nama masing2.. Bangga siot..! Heheheh.. =D Pastu makan..

Paling best bergambar.. Banyak kali bergambar.. Ramai photographer pulak tu.. Geram je tengok kamera DSLR yang dyorang pegang.. Haih..! Jeles seh..! =( Ada satu masa tuh, kitaorang bergambar sesama kitaorang je guna kamera aku.. Pastu ada sorang abang photographer menawarkan diri untuk amik gambar kitaorang.. Kitaorang ape lagi.. Cakap ok je la.. Mimi dah berangan nak masuk surat khabar or masuk tv.. Hahahah.. Sengal Mimi..! =D
Sini ada gambar kitaorang kat sana..


Aku dengan Mimi.. Kami kembar lain mak lain ayah.. =D


Mimi dengan adik dia, Muhaimin aka 'bibir seksi'(gelaran yang diberi oleh Mimi)


Yeah! Kami atlet yang cemerlang dalam akademik..!=D


Kami kasapians...! Bergambar bersama Pengetua(The chinese lady)


Bergambar dengan semua yang hadir termasuk budak UPSR.. Gambar nie paling lama nak amik sebab banyak kamera.. Betul2 membuatkan mata aku berair sebab pedih dan dalam masa yang sama tak tahu nak fokus kat kamera mana satu. =)

Lepas tu, dalam pukul 5, majlis berakhir.. Makan pun tak habis sebab sibuk bergambar.. Nasib baik adik Mimi tolong habiskan makanan aku.. Heheheh.. makanan dia sungguh sedap..! Maklmlah makanan hotel.. =D Aku dengan Mimi paling last keluar dewan sebab nak bergambar.. Pastu, aku balik tumpang kereta Mimi.. Thanks Mie! Sampai rumah, penatnye.. Dengan perut kenyang.. Setan pun bergayut atas mata.. Haih..! =)

Ok lah aku nak pergi klinik.. Ok, tata... =)

With love,
Ara Borah

Sakit=Sick

Hello semua.. Opps.. Assalamualaikum semua.. Heheheh.. Err... Ketika ini, aku sedang menghadap komputer sambil mengelap hingus di hidung, terbatuk-batuk dan tidak boleh bersuara.. Ye.. Aku tengah sakit.. Dan hari ini aku tak datang sekolah disebabkan kesakitan ku ini+semalam tak datang latihan merentas desa.. =) Semalam kat sekolah, selsema aku teruk sangat sampai aku jalan melayang-layang(kalah Syikin), kepala berat macam banyak dosa dan aku bawa 2 sapu tangan dan 1 tisu dan kesemua itu basah dek hingus aku.. Kalu perah, dapat __ gelas.. =) Aku ingat nak telefon mak aku masa rehat, tapi telefon kat sekolah tu buat hal pulak.. Dia taknak duit tapi nak kad.. Amboi, dah kaya sangat ke sampai taknak duit aku??! =) So, lepas tu ingat nak guna telefon pejabat, tapi rasa segan+malas pulak.. Jadi aku bertahan la sampai balik.

Masa kelas add math lepas rehat, aku duduk dengan Aisyah dengan Syikin.. And at the end of the class, dua2 dah selsema macam aku tapi tak seteruk aku.. Sori guys..! Korang dah jangkit aku.. =( Jadi sepanjang kat sekolah, aku memang tak bleh fokus ape yang aku belajar.. So, I got only 40% ape yang cikgu aku cakap kat depan.. Bila balik, mak aku jemput.. Kemudian aku bagi tahu mak aku aku tak nak datang latihan petang tu. Aku memang tak larat giler.. Dan mak aku cakap ok.. =D

So, sehingga sekarang, aku masih selsema+batuk+ sakit tekak+demam.. Teruk bukan..?? Last night, my parents suruh aku pergi klinik hari ni dengan akak aku.. Mungkin sebab aku dah lama tak sakit macam nie, tu yang sekali sakit terus teruk.. Hm.. Nak buat macam mana.. Lastly, pesanan buat Hieqmah yang sedang menikmati cuti kerana chicken pox, selamat bercuti dan semoga cepat sembuh.. =D Daa...

With a bit love,
Ara Hingus

p/s : Semoga Ara cepat sembuh.. AMIN

Saturday, January 9, 2010

Terima la maafku ini.. =(

Hari nie 9 Januari 2010 dan aku baru update blog untuk tahun nie.. So, this is my first post for this year. Yup! Lambat sangat..! =( Actually aku tersangat la busy.. Dari sebelum naik sekolah and selepas naik sekolah, nak pegang laptop pun tak sempat.. Pegang time nak kemaskini permohonan teknik jer.. So guys, I'm really sorry...

Being a form 4+4 Science student, quite fun actually.. Because we got crazy pupils in that class, we laugh all the time.. We love to make jokes and noise.. Yup! We are the most happening class in school.. =D And at the same time quite hard.. =X Hari pertama dengan kedua sekolah, Terus terang aku cakap dengan takde orientasinye, takde buku teksnye.. So, cikgu ajar kat depan, memang ternganga la mulut aku.. Antara paham tak paham.. Lagi satu, budak kelas 4A tak habis2 cakap, "Yela kau, dah masuk kelas sains, sombong ea..!" Aku paling tak suka orang cakap macam tuh.. Mana ada sombong.. Dah memang kelas 4 sains dengan kelas 4A jauh.. Tak sama blok.. Lagi satu, sape suruh kau tak belajar betul2 tahun lepas?? Hah! Nasib baik aku tak cakap kat dyorang.. Kang cari gaduh pulak..! So, hari first dah dapat karangan, kerja berlambak sampai tidur lewat.. Haih! Penat sungguh jadi budak sains nie.. Ape2 pun, bersusah-susah dahulu, bersenang-senag kemudian. Am I right..?? =D

Oklah.. Aku busy sebelum naik sekolah sebab aku datang rumah pakcik aku sebab dia baru pindah.. So, tolong2 la.. Memang penat.. Aku ada amik gambar sikit.. =) Pakcik aku pindah Felda Selancar 6 dari felda ape ntah kat Kuantan.. Dia ada anak satu, tapi barang rumah dia, Fulamak..! Rumah aku pun kalah kot.. Heheheh.. =D Banyak sangat.. Rumah pulak tak besar sangat..






Ok guys, aku stop di sini dulu yer.. Kerja add maths sedang menanti.. So, bubye..

Ditipu oleh,
Ara Borah

Pssst, err aku lupa nak cakap something.. Harap belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru..! Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya..