Tuesday, April 24, 2012

The Precious You

Assalamualaikum kawan-kawan.. Dah lama aku tak jenguk blog. Aku kehilangan inspirasi belakangan ini. Hati sikit merajuk dengan blogger.com nie.. HAHA..

I was facebooking and then I saw a link. A video. Aku pun bukak la. Dannnn... Berjurai gak air mata sambil tengok video tuh. Tak boleh tahan. Zappp! Kena batang hidung sendiri. Video tuh very simple tapi membawa message yang besar. They are talking about Aurat.


Memang betul dia cakap. Kita manusia dah semakin sesat. Dosa tuh macam nothing zaman sekarang ni. Bukak aurat, pegang-pegang, dah macam norma kehidupan. And semakin diterima masyarakat. It was like


"Ish! Kau tengok kapel tuh. Selamba je pegang-pegang tangan kat sini".
"Biasa la tuh. Nama pun kapel. Tengah hangat bercinta".

SHEET. Kepala otak dia biasa. Orang zaman sekarang nih keduniaan sungguh. Sama ada kita sedar atau tak. Ke nak kena accident, kena seksa masa koma, something like that baru nak sedar? Ok. Aku tak nafikan. Aku pun memang macam tuh kadang-kala. 

Ok. Let's talk about 'AURAT' thingy. Hek elleh aurat? See?? Ramai sebenarnya yang ambil mudah pasal aurat nih. GADIS. Hang memang tutup kepala. Rambut sehelai pun tak nampak. TAPI. Kaki hang tuh. 1cm persegi nampak kulit, still aurat. Pakai la stokin. Tak susah. Dan tak mahal. Dari atas sampai ke bawah tutup sempurna. TAPI. Belum cukup sempurna kalau baju tuh ketat. Nampak body shape yang menarik. Pakai la baju yang longgar sikit. Kalau baju ketat kan tak selesa nak gerak. Islam tak menyusahkan. Tudung tuh labuhkan. Baju tuh labuhkan. Sejuk mata memandang. Kadang-kadang aku sebagai perempuan pun malu tengok kaum sendiri 

Semua orang tahu aurat masing-masing. Cuma tak aware. Cuba korang tengah makan-makan, korang angkat tangan panggil waiter, ternampak pergelangan tangan korang. Korang tahu orang lain tengok. korang tahu pergelangan tangan tuh aurat. But still why taknak tutup? Tak style la pakai handsock. Panas. Tak selesa. Ohh.. Selesakan la diri sekarang. Kat akhirat nanti memang hang tak selesa la. Api neraka berlumba-lumba nak baham tangan hang. Buka lah fikiran tuh sikit. Jauhkan pemikiran tuh sikit. Kita tahu benda tuh salah. Dosa. Tapi still nak buat. Sebab? Tak seiring dengan peredaran zaman? Boleh jalan la!

Kalau jalan kat shopping mall, berapa ramai yang pakai tudung? Apatah lagi yang menutup secara sempurna? Boleh dikira dengan jari. Wahai gadis, wanita, apa-apa pun yang dikenali sebagai perempuan. WAKE UP! Kalau kita tak disenangi oleh masyarakat hanya kerana kita menutup aurat dengan sempurna dan ketinggalan zaman, tanya diri kita apa yang kita rugi? Nothing. It just nothing. Takde kawan takpe. ALLAh ada. Setiap masa. Tanpa diragui.

Kuasa perempuan ni sangat dasyat. Orang kata disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita yang menjadi sandaran si lelaki. Lagi satu, hanya dengan seorang perempuan itu tidak menutup aurat, the most rightous man also can go wild. Jaga lah maruah mu. Simpan la hanya untuk orang yang bergelar suami mu sendiri. 

Cukup-cukup la buat saham masuk neraka. Saham nak masuk syurga lagi penting.


Hanya ini yang aku mampu catitkan. Banyak lagi sebenarnya. Cuma aku mohon sangat, please, just spend your 10 minutes on this video. Hati manusia ALLAH yang pegang. Kalau korang rasa nak berubah, Alhamdulillah. Selagi Malaikat Maut belum ada depan mata untuk mengambil nyawa, masih sempat untuk berubah. 

Last but not least, aku memang salute orang yang buat video ni. Buat aku berubah. Terima Kasih. May ALLAH bless you guys.

Wearing hijab is a jihad on it's own. So you don't need to die in war to win HIS paradise. Just dress like a true muslim and muslimah. Cover your aurah, do it for ALLAH and also for your own good. And may Allah grants you paradise under which rivers flow.

Nota tambahan : My favourite words:

"The way she dress, like an empress, impressing ALLAH, oppressing the nafs."

Friday, April 13, 2012

Interview terjah

Assalamualaikum kawan-kawan.

Sekarang dah jadi cerita lain pulak. Sebelum ni aku ada kata yang aku almost give up untuk further study overseas sebab JPA dengan MARA merajuk tahun ni. So, petang tadi, aku tengah tido. Tetiba aku dapat call. Aku tak kenal nombor tuh, jadi aku reject je. Dalam hati sumpah seranah sebab kacau aku tido. Then, bunyi lagi, the same number. Aku pun angkat je la.

"Ni Cik Naurah Jamil ke?"
"Eh??(nama penuh) Ahh.. Ye saya."
"Ni dari JAD. Cik ada mohon kan?"
"Ahh.. Ye, saya ada mohon."

EHHH?? JAD?? Konklusinya, aku kena datang ujian bertulis dengan interview Isnin ni kat JB. TAPI. Aku heran. Asal aku punya permohonan diterima. Padahal aku tak hantar pun segala bagai yang di suruh pos tuh. Aku pun bagi tahu la. Tapi di still suruh datang. Pastu dia suruh check status permohonan kat portal dia. 

Sepanjang hari ni la aku dok pikir pasal benda ni. Aku pening. Nervous pun ada. Bercampur aduk dalam hati ni. Tak boleh fokus langsung. Member aku yang dapat pun dah berzaman tahu. Siap dapat message lagi.  Dah start baca buku lagi. Aku ni baru hari nie tahu. Nak buat preparation pun tak sempat. Ujian bertulis tuh, at first aku memang takde idea la dia nak tanya apa. And then aku found satu blog ni pasal JAD YPM interview ni. SHEET. Ujian bertulis dia tanya pasal 20 soalan objektih pasal ENGLISH, ADD MATH, PHYSICS and CHEMISTRY. OUCH!! Otak aku dah berkarat dah ni. Time ni la dia nak tanya segala bagai tuh. Nak tak nak kena revise la weh. Jap. Mana aku ketak semua buku revison?? Haish. Kena cari la ni. 

This is my first interview. Zero experience. Aku redah je tanpa preparation. English tonggang terbalik. So, aku cuma mampu berdoa. Doakan aku ye. Sekian. :)

Thursday, April 12, 2012

Jangan give up

Terus terang, aku rasa macam dah give up je untuk further study overseas. Tahun ni, JPA dengan MARA tak menyebelahi kita.

*Rasa dianaktirikan.

Oh, petronas pun aku tak dapat.. HAHA.. Takpe la takde rezeki.

:)

Aku jeles tengok kawan aku 2 orang kat UTP. HAHA.. Aku rasa berkarat..

p/s : Asasi pun jadi la!

Tuesday, April 10, 2012

The P is mine now.

Assalamualaikum and haluu to all readers..

So, nak dijadikan cerita semalam aku ada test jpj. Haish, mula-mula memang cuak ar. Especially part bukit tuh. Masa nak buat bukit tuh memang gila kentang punya nervous sampai aku lupa pakai sit belt. Nasib baik sebelum jalan tuh cikgu aku datang tengok pastu tegur. HAHA.. Alhamdulillah bila dah lepas bukit tuh memang lega giler. Buat parking dengan tiga penjuru pun dah tak risau sangat. Pastu bila time on the road, Fuihh! Abang jpj marah. Eh, bukan abang jpj, tapi pakcik jpj. Huu~ Aku dah la ada masalah silau, pastu drive tengah-tengah hari buta. Dari jauh aku nampak traffic light tuh hijau, pastu number macam banyak lagi. Aku pun steady je la speed. Bila dah dekat sekali tengok dah kuning. SHEET! Aku pun  berhenti la mengejut. Lepas garis putih tuh. Kalau aku terus belok kang tak pasal-pasal FAIL terus. Pastu jpj tuh marah. Haish! Masa tuh rasa memang cuak la takut tiba-tiba dia mintak tukar tempat duduk. Aku tahu time tuh jpj dah takde mood, perut dah lapar, hari dah panas, mula la dia. Tapi Alhamdulillah, dia bagi lulus. HAHA.. Mekasih la pakcik jpj. Dapat jugak P.

But, that doesn't mean aku boleh terus drive kereta kat rumah tuh. Mesti dapat kelulusan dari ayah dengan mak aku dulu. Lebih-lebih lagi ayah aku la. Semua kereta tuh girlfriend dia yang nombor tiga lepas mak aku dengan basikal dia. HAHA Takut calar 'kekasih-kekasih' dia nanti. Itu aku tak lulus lagi. Dah lama aku teringin  nak bawak swift ayah aku tuh. Naza? Tak berani la gua bawak kereta panjang-panjang nie. Belum masanya lagi.

Plus, semalam, suprisingly aku jumpa si Haziq Isamil ni. Haish sekecil-kecil segamat nia kat sini jugak aku jumpa kau. Oh, fyi dia member aku masa aku seolah rendah. Antara yang aku memang rapat la. Pastu, jumpa Iza Iriani. Kitaorg bertiga memang classmates. Lama giler tak jumpa. Borak-borak gak la dengan Iza, tapi dengan Haziq, gua segan la. Dah besar panjang. Dah bukan budak-budak boleh rapat-rapat. HAHA, Semalam dia chat ngan aku, dia pass. Congrats la ye haziq. And to Iza, jangan takut bukit la. Bukit tak makan orang. Good luck next time ye. Fighting!

p/s : Aku dah dapat P. Jom drift pulak! :)