Friday, April 13, 2012

Interview terjah

Assalamualaikum kawan-kawan.

Sekarang dah jadi cerita lain pulak. Sebelum ni aku ada kata yang aku almost give up untuk further study overseas sebab JPA dengan MARA merajuk tahun ni. So, petang tadi, aku tengah tido. Tetiba aku dapat call. Aku tak kenal nombor tuh, jadi aku reject je. Dalam hati sumpah seranah sebab kacau aku tido. Then, bunyi lagi, the same number. Aku pun angkat je la.

"Ni Cik Naurah Jamil ke?"
"Eh??(nama penuh) Ahh.. Ye saya."
"Ni dari JAD. Cik ada mohon kan?"
"Ahh.. Ye, saya ada mohon."

EHHH?? JAD?? Konklusinya, aku kena datang ujian bertulis dengan interview Isnin ni kat JB. TAPI. Aku heran. Asal aku punya permohonan diterima. Padahal aku tak hantar pun segala bagai yang di suruh pos tuh. Aku pun bagi tahu la. Tapi di still suruh datang. Pastu dia suruh check status permohonan kat portal dia. 

Sepanjang hari ni la aku dok pikir pasal benda ni. Aku pening. Nervous pun ada. Bercampur aduk dalam hati ni. Tak boleh fokus langsung. Member aku yang dapat pun dah berzaman tahu. Siap dapat message lagi.  Dah start baca buku lagi. Aku ni baru hari nie tahu. Nak buat preparation pun tak sempat. Ujian bertulis tuh, at first aku memang takde idea la dia nak tanya apa. And then aku found satu blog ni pasal JAD YPM interview ni. SHEET. Ujian bertulis dia tanya pasal 20 soalan objektih pasal ENGLISH, ADD MATH, PHYSICS and CHEMISTRY. OUCH!! Otak aku dah berkarat dah ni. Time ni la dia nak tanya segala bagai tuh. Nak tak nak kena revise la weh. Jap. Mana aku ketak semua buku revison?? Haish. Kena cari la ni. 

This is my first interview. Zero experience. Aku redah je tanpa preparation. English tonggang terbalik. So, aku cuma mampu berdoa. Doakan aku ye. Sekian. :)

2 comments:

twinkle twinkle said...

same dgn saya,,mmg xanta pun ape yg die minx,,tibe2 dpt,

NAURAH JAMIL said...

ramai yang mcm tuh.. masa interview, dia tuntut balik.