Sunday, January 29, 2012

Doa untuk perempuan


I got this doa from my sister. Aku bluetooth dari phone dia. Doa ni kinda untuk perempuan. Masa aku mula-mula baca, sedih gak. Menyesal.

Orang kata, kalau nak dapat jodoh yang baik, kena doa almost 10 years earlier. HAHA.. Tapi jodoh tuh kat tangan Tuhan. Kita cuma boleh berdoa je la. He knows the best for us. Kalau ikut selera kita, kalau boleh semua nak yang perfect. Handsome, cantik, kaya, beriman, and so and so. "Mr. Perfect and Miss Perfect" la konon. Dalam mimpi je la. Mana ada manusia yang perfect kat dunia ni. Plus, look is only skin deep weh. Yang penting bahagia. Kalau hang dapat suami handsome, tapi pastu frust menonggeng tengok suami kena usha dengan pempuan lain masa pergi holiday takpe ke? HAHA Pasal kahwin-kahwin ni aku tak tahu banyak. Aku sendiri belum kahwin! Kalau dulu masa kecik main kahwin-kahwin ada la gak. HAHA. Aku kahwin dengan siapa ek dulu?? Ahh.. Abaikan! :)

Allah dah janji dan Dia Maha Adil.

'Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik'

 Amalkan la wahai wanita di luar sana. :)

Monday, January 23, 2012

Cannot run away

Semalam, aku pergi Muar dengan parents aku. Ada wedding. Rumah dia betul-betul depan SAMURA. Aku malas nak ikut sebenarnya, tapi aku saje je ikut, rindu nak hirup udara Muar. Sekolah dah makin handsome. Aku terpikat. Nak sekolah balik! Haha.. Back to the story, tengah dok sibuk senyum dengan orang(bajet ramah ar!), usha-usha makanan, sekali aku toleh belakang, mahu terbuntang mata aku! Aku tak percaya apa yang aku lihat. Macam kenal je mamat ni. My junior, 'Radix' kat belakang aku! Hailoh! Aku pandang dia pelik. Dia pandang aku balik. Haha.. Aku dapat rasakan dia cam yang aku senior dia. Dan aku memang tahu dia junior aku. Then, aku buat tak tahu je la. Segan nak tegur. Kang kalau mak dia nampak kang, tak pasal-pasal mak dia ingat ada minah usha anak teruna dia. Haru aku nanti! Rasa nak seret jalan kat muka je.

Kemudian, aku toleh depan semula. Hailoh lagi sekali! Cikgu Awanis kat depan! Cikgu Kimia tapi tak ajar kelas akupun. Aku pun salam la(Chehh baik gak aku ni. Jangan pandang sebelah mata!-bak kata Anita Sarawak). Haha.. Cikgu pun macam cam aku jer. Aku pun tak tahu macam mana dia cam aku sebagai student SAMURA. Haha.. Agaknya, kat semua budak SAMURA ada tulis 'Saya budak SAMURA' kat dahi masing-masing menggunakan dakwat yang hanya boleh dilihat cikgu kot. Haha..

Lepas tuh, masa makan, ada orang tepuk aku kat belakang. Hailoh kedua kali! Atikah Razali merangkap anak cikgu SAMURA tegur aku. Gelak-gelak, borak-borak dengan dia sekejap.. Lama tak jumpa. Rindu-rinduan! :) On the way balik, aku dapat rasakan kalau aku dok lama sikit kat situ, tak pasal-pasal boleh jumpa semua staf sekolah termasuk pengetua. Haha.. Tak boleh dibayangkan!

The conclusion is, Muar ni kecik je. Mana-mana kau pusing, kau jumpa jugak orang yang kau kenal. Tak payah cari jauh-jauh!

p/s : Rumah aku bergegar. Mercun empat penjuru beb! Happy Chinese New Year! :)

Friday, January 20, 2012

My Mathematics Teacher

Masa aku darjah empat, aku baru pindah sekolah baru. Lagi dekat dengan sekolah mak aku. Aku memang lost giler time tuh. Kosong! Tak tahu apa-apa pasal sekolah tuh walaupun akak aku dulu sekolah situ. Aku ingat lagi, hari pertama aku masuk situ, aku dah kena denda diri kat luar kelas. Hailoh! I was like, "I'm a new student. I have no idea about this school, especially the rules! Takkan takde pengecualian." Tapi itulah realiti. Reality bites.

Cuba teka apa kesalahan aku? Mesti korang tak percaya. Kesalahan aku adalah sama dengan denda yang dikenakan. Yes, aku diri kat luar kelas, amik angin pagi, at the same time cuba sesuaikan diri. Dan ya, itu suatu jenayah. Masa tuh macam,"Arghhh! Hari pertama. Bad day!" Dan timbul rasa benci kat cikgu tuh. Jangan ikut perangai aku. Teruk. Tapi, sekarang aku rasa bersalah gak. Haha.

Haha :)

One day, cikgu Matematik tuh masuk. And then, dia cakap, "Ada student baru kan. Mana dia? Kenalkan diri." After aku dengan penuh takzim memperkenalkan diri. Dia terus soal aku sifir. Bukan sifir 2 of sifir 6. Sifir yang super random. Dia main pilih je. Alhamdulillah, semput gak aku jawab. Masa tuh rasa macam nak peluk mak dengan ayah aku sebab paksa aku hafal sifir dulu! Aku cuma tak boleh jawab soalan terakhir dia. "12 kali 13?" Aku pun, "Errrr..." Aku pun kira dalam kepala. Aku dah la paling lemah congak! And then, ada orang selamatkan aku. Malangnya bukan 'knight and shining amour', a girl named Hidayah, budak paling pandai dalam kelas, dan super terer congak, bisik kat aku jawapan dia. Haha.. SELAMAT!

Masa aku darjah lima pulak, aku belajar Matematik dengan cikgu yang sama. Sebelum tuh, I want to make a confession. Tapi janji jangan gelak. Korang gelak, aku backhand karang!

Aku pelat huruf 'R'

My favourite letter

Yes, aku mengaku dengan sepenuh hati, separuh jiwa, sesuku badan dan tiga per empat otak yang aku pelat huruf 'R' sampai sekarang. Haish! Who's with me, put up your hand! Aku tak backhand tapi aku peluk korang sebab kita senasib dan boleh buat group kat FB. "Kami pelat huruf R. Kami istimewa." Haha.. Boleh bla la.. Merapu habis! Ok, back to the story. One beautiful and windy morning, cikgu tuh suruh aku jawab. Disebabkan benda yang aku jawa tuh ada perkataan yang melibatkan huruf 'R', terbongkarlah rahsia yang aku jaga dengan rapi.selama 11 tahun! And then bemulalah segalanya. Sambil dia gelak, "Naurah pelat 'R' ea? Cuba sebut 'darab'". Masa tuh macam, "What the fish??! Fish kat rumah aku pun tak pernah tegur. Ini sudah lebih!" Aku tak sebut pun. Aku rasa macam nak fire je cikgu tuh! Tapi sebab aku hormat dia sebagai guru. Nak cari berkat weyh! Rasa nak menangis pun ada. Tapi aku tahan. Hilang macho nanti. Sejak kes hari tuh, aku macam tak boleh la dengan cikgu tuh. Tapi, berkat dia, aku dapat gak A dalam UPSR. Terima kasih cikgu. Jasamu dan sindiranmu ku kenang!

Tapi memang betul orang cakap, kalau kita selalu buat orang marah dan rasa annoyed dengan kita, kita akan ingat di. And yeah, itu terbukti benar belaka. Aku masih ingat cikgu tuh, dengan misai dia yang tebal. Haha. Jangan cakap kau 'angau' pulak, Naurah. Haru nanti!

p/s : Saya mintak maaf cikgu!!

Tuesday, January 17, 2012

Desperately Cheap

Siang tadi aku ke bandar bersama kakak aku. Aku memerhati sekeliling. Dah lama aku tak ke bandar. Banyak jugak perubahan. Tapi masih ada benda yang sama. Talking about my hometown, aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kawasan luar bandar yang sedang membangun. Ahh, ini sudah lari jauh dari tajuk.

Tiba-tiba aku terasa ingin melontarkan pendapat aku yang setelah sekian lama bermain di minda. Bagi aku, perempuan pada zaman ini 'desperately cheap'. Terlalu murah untuk seorang lelaki. Dalam kata lain, terlalu mudah dimiliki oleh seorang lelaki. Jatuh pada tangan lelaki hanya dengan sekali offer. That sucks!! Aku tak tahu kenapa. Masa aku sekolah dulu, masing-masing tukar pasangan macam tukar baju.

Aku membesar di kawasan luar bandar selama 17 tahun. Aku sudah cukup kenal sekekliling. Bagi aku, most of them berfikiran yang cukup sempit. Berfikir hanya untuk hari ini, dan tidak berfikir untuk hari esok, seterusnya masa depan.  Cukuplah mata aku lihat segalanya. Si gadis duduk di atas ribaan lelaki di kawasan sekolah masa hari Maulidur Rasul. Si gadis datang ke sekolah dalam keadaan mengandung untuk menduduki SPM. Si gadis berhenti sekolah kerana ditangkap basah dan mengandung. It's very clear that mereka cuma fikirkan keseronokan sahaja. Hidup ni untuk kahwin semata-mata ke? Untuk buat 'benda tuh' je ke? Mak bapak diaorang pun lebih kurang sama. Biarkan anak gadis keluar dengan pakwe malam-malam sampai balik esok pun tak kesah. Bila dah kembung perut tuh, baru kelam-kabut cari pak sanggup. Pemikiran mereka singkat, sempit. No attiude. Aku tak perlu nak pergi bandar KL or JB untuk bagi contoh. Cukup la apa yang berlaku kat sekeliling aku. Aku cukup bertuah dapat lari seketika dari situasi untuk 2 tahun masa aku masuk SAMURA. And yeah, aku bersyukur. Tersangat la bersyukur yang aku belum lagi rosak dan ubah pendirian aku. Allah masih sayangkan aku.

Mengapakah gadis zaman ini kebanyakannya terlalu murah di mata kaum lelaki? Apakah tidak berbaloi perjuangan Rasulullah suatu ketika dahulu dalam menaikkan kedudukan dan maruah seorang perempuan? Jika baginda tidak berbuat sedemikian, tidak mustahil bayi perempuan masih ditanam, kaum wanita masih ditindas dan pastinya kita tidak wujud di dunia ini.

Post kali ni mungkin kelihatan aku berat sebelah dan melebihkan kaum lelaki. Maaf, bukan niat aku nak membela kaum Adam dan menghina kaum Hawa. Tidak sama sekali. Cuma, aku tidak memahami lelaki. Aku tidak ada adik-beradik lelaki. Dan aku sayangkan kaum aku sendiri.
Maaf jika bahasa aku agak kasar.

Sekian.

Sunday, January 15, 2012

Harder than SPM

Last night, aku isi borang permohonan UPU untuk Asasi. Bila time dia suruh pilih bidang dengan tempat tuh, alahai! Pening kepala aku. Langsung tak boleh nak berfikir. Aku rasa lagi susah dari jawab soalan SPM. Aku ingat soalan SPM dah cukup memeningkan kepala. Rupanya ada lagi yang lagi hebat. Terribly blank! Bila aku cakap 'terribly blank', tuh maksudnya memang blank tahap kuasa tiga belas! Thank God my sister was here at home. Aku isi la dengan dia. She helped me a lot. And I saw Alina was online on FB. Aku pun spill la kerisauan aku kat dia. Thanks Alina. Sayang kau la gini!

"Susah la isi benda ni. Buat pening kepala je!"aku merungut.
"Tahu pun awak susah. Awak ingat senang je ke?! Kena banyak pikir nih."akak aku jawab.
"Nanti habis asasi or matriks kena isi lagi. Pening lagi sekali!"aku membalas.
"Pening yang berganda-ganda!"kata akak aku menyokong.
"Haish! Pertaruhan masa depan! Redah je la!"aku jawab balik.

Akhirnya, setelah 3 jam, aku berjaya jugak habiskan isi benda tuh. Huh! Semput semacam je! Lepas tuh, aku lepak ngan akak aku tengok video 'Mat Luthfi' tuh. Haha.. Gelak sama-sama. Hilang tension. Pukul 2 pagi baru tidur. Nasib baik tak termimpi 'Mat Luthfi' tuh. Entah aura apa entah yang ada pada Mat Luthfi tuh sampai akak aku spellbound giler ngan dia. Anyway, tak dinafikan dia memang lawak. Haha.

Sekian.

Thursday, January 12, 2012

Classic



Cair weh tengok hero tu senyum

 So, it is 3.30 am and I just watched this movie. '500 Days of Summer'. Haha. Aku ingat cerita ni tak best. Tapi bila tengok hero dia pelakon 'Inception' tuh, terus melekat. Haha.. Cerita dia best giler. Lain daripada yang lain. Tak macam cerita cinta yang lain. One word, 'SWEET'. Walaupun bukan la happy ending, tapi aku suka ending dia. Truly, must watched movie. Very classic!

Joseph Gordon-Levitt <3

Wednesday, January 11, 2012

Lifeless

Sekarang ni bulan 1. Aku takde sebarang pekerjaan. Cuma menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa gaji. Ala-ala tengah tunggu putera raja menjunjung titah datang meminang la kira. Haha. Belum mula belajar memandu. Bulan 12 yang lepas, aku tanya ayah aku bila nak start belajar kereta. Then he said, "Bulan 12 ni rehat dulu. lapangkan kepala tuh. Takyah keje. Habis amik lesen baru kerja" Hailoh! Bosan tahap giga kuasa lapan. Aku memang menganggur la sekarang. Lagi-lagi sekarang dah musim sekolah, memang rumah kosang ar. Laptop takde. Tak tahu nak buat apa. No idea. Cakap sorang-sorang kang dah jadi kes pulak! Ada ke orang mati kerana terlalu bosan? Haha. Kat umah buat la kerja suri rumah, basuh baju, sapu sampah, lipat baju, sidai baju, vakum rumah dan macam-macam lagi la. Amcam? baik tak aku. Memasak je la tak. Mak aku pegang mandat lagi. Sebenarnya mak aku takut aku kalahkan dia kat dapur. Aku kan masak maggi Juara Taman rumah aku. Alang-alang tuh skodeng-skodeng gak anak teruna orang depan rumah. Haha.. Hensem apa! Rezeki depan mata! Haru kau Naurah!

Actually, sejak berhari-hari lepas, ada banyak benda dalam kepala aku yang aku nak cerita kat sini. Tapi bila bukak blog, sekelip mata hilang. Aiseh.. Sori la aku dah agak membosankan kat sini.

So, nak dijadikan cerita, tadi aku survey la FB senior-senior aku. Yang aku kenal je la. Mereka terlalu ramai! Haha. Well, cemburu giler bila tengok diaorang dah macam terjamin masa depan. Ramai yang buat IB kat Kolej Mara Banting, INTEC, PASUM, Matriks, buat persediaan nak gi Jepun. Ada yang dah fly lagi. Oh man! Aku cuak. Aku takut. Aku risau. But, at the same time aku happy gak tengok senior-senior aku berjaya. Rindu pulak kat diaorang. Aku terfikir pulak pasal kesudahan aku pulak. Aku sangat takut kalau aku tak dapat mana-mana. Paling takut, my SPM result. Ada hari tuh aku sampai terbawak dalam mimpi pasal ni. So, I really don't know what to do. Just keep praying for the best. AMIN.

Wednesday, January 4, 2012

Kembali Ke Sekolah...!

HELLOOO!

It was wednesday, 4th January 2012. So, I saw my sister ironed her school uniform just now. And I suddenly realized that school session for 2012 had started..! :D Wow.. Apasal kau berabuk cakap mat saleh ni Naurah?? Ehem ehem. Berlatih untuk interview. Haha.. Banyak la aku punya interview. Lambat lagi la.. Tapi takk salah kan prepare awal-awal.. Haha.. Sediakan payung sebelum hujan. Erk.. Kena ke peribahasa tuh? Ahh, kalau salah malu Cikgu Azlinawati ada anak didik macam aku. 2 tahun tak cukup cikgu! Haha.. Aku dah melalut..

So, sekolah dah dibuka. SAMURA mesti dah kembali meriah dengan kehadiran Batch 29. Ahh.. Talking about SAMURA, I miss it so much. Aku rindu koop yang sentiasa menjadi sahabat baik perut-perut kami, rindu padang(ahh, I miss the adrenaline rush. Rasa dah gemuk ah...!), rindu dorm, rindu kelas, rindu kantin, rindu dewan(tempat melangsai hutang tidur masa assembly), rindu dataran(tempat kumpul masa SPM!), and the most important is the people there. My dormates my classmates, my 'Budiman-mates', dan apa-apa lagi yang -mates la.. Haha.. Malam tadi mesti meriah giler kat SAMURA. Mesti masing-masing bawak makanan, gempur makanan ramai-ramai, lantik monitor dengan assistant monitor. Haha. Big time! I miss the moment! Tadi aku online kat Facebook, dan kesempatan tuh aku gunakan untuk bagi mandat kat the very the one-my adik katil-SYIKA.

So, first impression aku tentang dia, dia sangat la passionate(betul ke aku eja?). Masa firs exam dia kat SAMURA, ranking dia dah belas-belas. Mana tak ternganga mulut aku. Aku first exam pun berpuluh-puluh dekat seratus. Nak dapat belas-belas pun masa form 5. Itupun sekali je. Haha. Aku pun tak expect masa tuh. Tapi kebetulan time tuh dia tak dapat naik pentas, Nama atas dia dapat naik pentas. So, dia sangat frustrated. And then one day aku deal dengan dia. Kita naik sama-sama masa aku TRIAL dan dia THIRD exam. Tapi, tak dapat. Aku dapat naik tapi dia tak dapat. Dan dia jumpa aku dalam keadaan nak menangis. Aku bagi la kata-kata semangat.(aku tak pakar dalam kaunseling nih)

So, SYIKA, pastikan first exam ni buat betul-betul. Kalau boleh naik pentas! Actually naik pentas tuh tak penting pun. My mom said,"Awak naik pentas sekarang tak penting, yang penting SPM tuh result gempak, baru naik pentas".

Jadi, Cik Nur Hana Fahana binti Mohd. Jamil, Good luck and all the best. Maa kaka amik result, akak jumpa awak. Nak amik barang yang tertinggal. Study hard and smart.

By,
SYIMO