Sunday, May 20, 2012

Dark Shadows..!

"You only live twice"
Hello readers.. Have you watch Dark Shadows?? HAHA.. Aku recommend korang pergi tengok. Opps! !18 tahun ke atas ye! The actual plan was nak pergi tengok wayang dengan Aisyah and Syafiq, and Syafiq supposed to be our driver that wednesday! Ok, wednesday tiket murah! Unfortunately si Syafiq ni ada kerja yang mak dia suruh settlekan, so we switched the plan. Aku dengan Aisyah je yang pergi. Yang si Aisyah ni pulak beria nak tengok Abang Johnny Depp dia. HAHA. Aku pun no hal la. Masa beli tiket, akak yang kat counter tuh siot je. Dia ingat kitaorang under 18. HAHA.. Nak tunjuk I/C ke kak? Aku dengan Aisyah memang dah officially 18. WOO!!~

Nampak huruf J tuh? HAHA Tuh tandanya sit kitaorg memang stock depan-depan la kerana dikuasai perasaan bajet!

The best part is beli masuk panggung tuh sit kitaorang memang depan giler. Masa pilih masing-masing bajet taknak duduk dekat dengan orang lain. Dah la weekdays, orang tak ramai. Last-last tukar tempat. And bila cerita dah start, kitaorang pun layan lah. Last-last, sit yang kitaorg duduk tuh orang lain punya. Correction. Sit yang Aisyah duduk je. BHAHA. Bengang je weh. Gila kentang punya maluuu.. Nak tak nak beralih la sikit. HAHA.. Dalam hati, "Ish! Ada jugak yang masuk lambat."

Abang Barnabas Collins! kahkah
So, overall cerita tuh memang best. Love story yang agak unik sikit. Ala-ala twilight, tapi dewasa+matang punya version. AND....... Johnny Depp nampak muda giler! Charming weh walaupun jadi vampire. KAHKAH Dan dia sangat la kelakar dalam cerita ni. Especially dialog dia. Dia cakap sangat kelakar dengan dialek dia, pastu kutuk-kutuk tanpa perasaan. BHAHAHA.. Tak boleh bla.. Ending dia sedih gak la. Aisyah macam nak nangis.. HAHA. Mana pergi wemmppiittzzz kau, hah??!

p/s : Cerita dia memang 18 tahun ke atas. XD

"We don't have horses. We have a Chevy."

Saturday, May 19, 2012

1100D

28.04.2012

Abah, mak, thank you so much for the DSLR! I love you like heaven! Muahh! HAHA.

*hugs*

So, here is my Canon EOS 1100D!

Abaikan gambar yg kabur. Cermin tuh kotor. HAHA

"Dalam setiap gambar, ada lagu."

Aku cari yang warna merah yang macam Yuna pakai tuh tapi takde. HAHA. Takpe, ada rubber band pink kat lens pun jadi la. Uncle yang jual tuh cakap, rubberband tuh guna masa nak ubah fokus lens tuh tuh. Dia kata supaya lens tahan lama. Thanks uncle!

Tuesday, May 8, 2012

Alhamdulillah.. All is well.

Assalamualaikum and good morning everyone...

How's my life? Everything is happening smooothly. I'm a SPM-leaver, so mesti orang sibuk tanya tentang tawaran-tawaran sambung belajar and scholarship-thingy. First-and foremost, Alhamdulillah, tawaran datang mencurah-curah selepas aku tak dapat petronas tuh. Aku dapat tempat untuk temuduga program JAD(post2 lepas ada citer pasal ni), under Yayasan Pelajaran Mara untuk engineering kat Jepun. I also got a place in Matrikulasi Johor under physical science. Baru-baru ni result UPU dah keluar and I got PASUM for physical science foundation. Memang dari awal aku mohon memang aku harapkan PASUM. Alhamdulillah. Dah ada dalam tangan. It is easier because my elder sisters are studying in UPM and the other one is at UITM Puncak Alam. Mak kata senang, kalau nak datang melawat, boleh jumpa sume sekali. Tak beban sangat. Akak aku yang kat UITM Puncak Alam pulak ada kereta. So, senang nak gerak ramai-ramai. Dan satu lagi aku hampir terlupa. Aku dapat pergi interview JPA untuk program khas jerman, perancis, jepun dan Korea tuh. Aku mohon Jepun, tapi sejak kebelakangan ni aku rasa macam nak switch ke jerman. Aku pun tak tahu kenapa. So, jangan tanya aku. HAHA And interview tuh esok kat UITM JB pukul 9.00 pagi. Tapi kena sampai 30 minit awal. So, pagi-pagi buta dah kena keluar rumah(ayah cakap maybe around 4.30 pagi plus subuh tengah jalan) and terpacak kat depan UITM tuh jam 8.30. Pastu masa interview tuh menguap je la.

Interviewer: Awak ni saya nampak dari tadi menguap je apa pasal?
Aku : Saya dengan ayah saya keluar rumah 4.30 pagi untuk interview ni. Tuan juga manusia biasa ada  hati dan perasaan. So, kasihanilah saya dan berilah saya tajaan biasiswa JPA nih supaya saya bole fly dan bayar balik penat lelah ayah saya drive pagi tadi.

HAHA.. Tuh namanya cari nahas. Tak pasal-pasal kena halau keluar. HAHA. So, hari ni aku terperap dok rumah. Last minute prepare. Actually aku tak tahu nak prepare ape. Nak kata ada pengalaman interview tuh memang ada. Tapi, jauh melencong interview lepas. Masa interview JAD tuh sumpah kelakar. Giliran aku lak awal-awal. Number 2 untuk bilik pertama. Turn aku lepas ada sorang guy tuh. Handsome. waaa! Bilik kedua habis cepat giler. Aku pun tak tahu ape pasal. Aku meraban, merepek, melalut, terjah je apa yang ada dalam kepala. Awal je speak english masa introduce.. Bajet giler! Suara pun terketar-ketar. Last-last, aku jawab semua dalam BM. HAHA Sumpah tergeliat lidah. Dah la malu giler masuk bilik interview tak bawak fail. Nervous punya pasal. MALU2! FAIL2! HAHA. Masa time aku tuh aku dapat sesi petang sekali dengan sak. Woo.. Syok ada geng. Exam dia sumpah susah. English dia aku tak paham. Vocab dia high level punyer. Aku pun taram je la. Dadu tak bawak. Formula sume aku dah lupa, so, pandai-pandai la aku taram. Aku ingat lagi time sesi aku sikit giler. Only 3 jejaka dan 6 gadis. So setiap jejaka dapat dua gadis. APAKAH?? HAHA orang tu kata ramai tak datang. Aiseh, trima kasih bagi kitaorg peluang yang lebih besar.

ADA BERANI??


Actually interview ni mula-mula je nervous. Pastu lama-lama kita pun dah mula senang dengan interviewer tuh. Depends la kalau dia memang jenis yang ramah tamah. Tapi jangan risau, biasanya mcam tuh la. Nanti bila dah biasa, kau macam borak-borak je ngan orang tuh. Tapi bukan la kedai mamak punya stail borak. Borak dengan peniuh disiplin dan skema. Skema?? Haha.. yup! So untuk JPA nih, aku search internet je la untuk tahu stail interview dia. Siap ada yang bagi soalan spot sekali untuk isu-isu umum dan semasa. Budak-budak ni expect pasal isi PTPTN, how to show.patriotism masa kat overseas, kenapa budak tajaan taknak balik Malaysia berkhidmat untuk negara. Bersih?? Haha aku rasa dia tak tanya pasal politik. Kang mahu terbalik kerusi meja kat dalam bilik tuh. HAHA.

Aku mohon doakan la yang terbaik untuk aku. Aku memang nak fly weh. Teringain nak masuk salam perantauan. Tapi tuh semua terletak pada kuasa ALLAH. Insya-Allah, sementara tunggu result JPA nanti, aku akan masuk PASUM dulu. Kalau dapat JPA dan aku berminat dengan tawaran dia, aku pergi. Kalau tak, aku stay PASUM. Lagipun ramai geng kat PASUM. JAD pulak kena fikirkan dulu. Parents punya cadangan takleh tolak tepi. Hehe~

All the best, Naurah!! Have faith in Allah. :)

Chaoww dulu! Kena lembutkan lidah nih. HAHA

Sekian.

Friday, May 4, 2012

AVENGERS!

AVENGERS!!

Isnin lepas akak aku cuti practical. Aku pun ajak ar dia gi tengok Avengers. EHEM. Segamat dah ada wayang. Dah maju weh. Boleh jadi calon ibu negara. Ganti KL. KL dah sesak sangat dah. So back to the story, akak aku la tukang drive. Aku takleh lagi. Saje mengambil kesempatan. Hari kerja, wayang kosong. Bape ketul orang je ada. Itupun ramai pasangan yang tengah hangat bercinta. TAPI. Sumpah citer tuh best weh. Gila punya best. Aku ngan akak aku seronok  gelak kuat-kuat. Aku paling suka Tony Stark ah. Coolio giler. Genius. Lawak. Bilionaire. $$(kacink kacink) Tapi dalam ramai-ramai uhh, Capt. America paling hot la.. HAHA Style kuno sikit, ala ala skema sikit. hoho Errr.. Hulk agak menakutkan weh.. Tapi, berbaloi ar 11 hinggit aku. Tak rugi la. By the way, sume cakap Battleship best. Malangnya aku terlepas. Takpe, tunggu masuk tv. :)

The tickets. Akak aku belanja. Popcorn dengan lunch aku belanja. Fair enough
Part best bila Hulk hentam+hempas Loki kat menara Stark. "Dewa lembik" HAHA. LAWAK.