Sunday, September 11, 2011

Pujangga 'dia'

Kata-kata dia,
"Life's not about what you have done, life's about what you have not done."
telah mendorong aku untuk terus berusaha dan belajar daripada kesilapan dan membuktikan kobolehan dan kemampuan diri aku kepada orang lain yang meraguinya.

p/s : Online di CC depan sekolah, sumpah tak tahan bau rokok...!

Monday, September 5, 2011

F.U.C.K.

Isnin, 5 September 2011
Lagi 2 bulan nak SPM

Cintailah ilmu dan rajinlah membaca.

Dalam beberapa jam lagi, aku akan kembali ke SAMURA yang 'terchenta' untuk aku teruskan perjuangan aku sebagai fivers.

No more facebook, less blogging. Sudah tiba masa untuk tinggalkan segala perkara yang melekakan itu buat sementara. SPM bakal tiba dalam masa beberapa minggu.

Naik cuti ni gerenti dapat full results TRIAL SBP hari tuh. Aku rasa memang hancur tahap tak ingat. Tak apa la. Benda dah lepas. Jangan buang masa toleh ke belakang. Belajar dari kesilapan. Naik cuti ni, akan ada TRIAL Negeri. Kali ni aku rasa skop yang dapat mesti tak sehebat skop masa Trial SBP. Sebab cikgu campur-campur trial negeri lain-lain. Habislah.. "Naurah, sampai bila nak bergantung dekat skop, SPM nanti takde skop la!"

Haha.. >_<

Naurah, tahun ni kau pulun la sehabis mungkin. Biarlah kau tido dengan buku sampai buku tuh renyuk habis, makan la dengan buku sampai buku tu kotor, bawak la buku tuh gi mana-mana sampai buku tuh dah tak cantik. Biarlah mulut-mulut orang yang kata kau nerd ke, poyo ke, bajet rajin ke, yang penting usaha kau ikhlas. Keputusan SPM dengan hala tuju masa depan kau buka dekat tangan diaorang. Kat tangan kau sendiri. You set your future. Insya-ALLAH.  Doakan kejayaan aku. I'll try my best.

p/s : Fokus Untuk Capai Kejayaan.(FUCK), aku mencarut benda baik.. Hee~

Sejenak

Sejenak perkara ini timbul di fikiran si gadis 17 tahun.

Sungguh. Masa tu boleh membawa seribu satu perubahan bermacam gaya..

Sebab kehidupan ni tak adanya pernah sunyi dari segala macam benda susah senang, serba-serbi cukup nak bagi hidup ni penuh warna-warni.

Dan tak ada yang predictable dalam hidup ni.

Hari-hari riang-ria zaman sekolah makin berkurang kini bilah bilangannya. Jangan difikirkan sekarang benda berat yang bakal bertandang. Hard times come easy.

Dipetik dari Tunas-Hlovate



Nota : Sungguh, Hlovate, walau siapa pun dia, berjaya merubah prinsip hidup aku, terus aku lebih mengenali diri aku, wawasan aku dan tujuan aku hidup di muka bumi ini sebagai khalifah Allah. Kini, aku lebih menghargai zaman sekolah aku yang bakal berakhir tak lama lagi.


Mood : Hlovate-holic.  >_<


p/s : Aisyah cakap aku corny sekarang. Betul ke??

Salahkah sebuah penghijrahan??



Aku ada seorang kawan. Tak perlu la aku nyatakan siapa orangnya. Seorang kawan, sudah cukup. Sejak dia masuk samura, aku nampak perubahan dia. Daripada yang baik kepada sesuatu yang lebih baik. Kami pernah duduk bersama, bersembang. Dia pernah nyatakan pada aku, bila dia dengan abang ipar dia, dia tak pakai tudung. Tapi sejak masuk samura, dia mula sedar betul-betul arif akan hukum aurat itu, dia mula segan dengan abang ipar dia, dan dia mula bertudung. Alhamdulillah. Dia cakap kat aku,  sejak tuh dia disindir dengan ahli keluarga dia.. Sampai pernah dia menangis sebab tuh. Dia tanya aku, "Salah ke aku berubah?" Melalui pemerhatian aku, dia memang banyak berubah. Aku bangga dengan perubahan dia. Dia lebih menjaga diri dia kini. Dia pernah menangis sebab dia rasa dia jahil agama sebelum ni.

Tetapi, perlukah dia disindir?? Salahkah penghijrahan dia?? Lebih baik berubah walaupun sedikit daripada tak berubah langsung. Itu lebih baik. Bukan kah keluarga dia harus menyokong tindakan dia??

Kepada kawan aku itu, 

"Though it will cost you blood and tears for a start, I'm glad on your behalf." -Versus-Hlovate-

Bersyukur dengan what you are now, and nonetheless before. -Versus-Hlovate-

Wahai teman, abaikan kata-kata mereka yang tak mengerti penghijrahan itu. Move on dan jangan toleh ke belakang lagi. We're always two steps behind you.

p/s : Tercari-cari Contengan Jalanan karya Hlovate