Wednesday, February 29, 2012

In love

Playing A thousand Years by Christina Perri

Ok. Aku dengar lagu jiwang. Lagu kat blog pun lagu jiwang. Ni semua bahana tengok cerita Pride and Prejudice hari tuh. JATUH CINTA TERUS!!

Pride and Prejudice 2005
Actually dulu Aisyah had suggested me this movie. Tapi aku masa tuh kurang layan cerita-cerita jiwang karan ni. Tapi sekarang, aku boleh bayangkan Aisyah gelakkan aku. Gelak la! Haha.. Tapi serius, AMAZING love story! Thanks AISYAH! And aku mula terfikir nak beli buku Jane Austen nih. WAIT. Jane Austen punya buku semua buku cinta. Terkenal dengan bahasa cinta yang dahsyat. Aku tengok cerita tuh pun mesti nak ada sutittles malay. Kalau tak ternganga 3 inchi. Can you imagine that? Kalau baca buku tuh mahu tambah 4 inchi lagi ternganga. Koyak mulut. HAHA  Takde teen version ke huh?

Ok. Hari tuh aku pergi bandar dengan akak aku. Cari hadiah untuh parents. And then singgah kedai jam. Saje je nak usha. Baik punya usha hari tuh. Ternganga tengok gambar Neelofa pakai jam U2 kat depan kedai tuh.. Neelofa lawa, jam tuh lagi la HOT kat tangan Neelofa! Kitaorang pun masuk la kedai tuh, usha harga jam yang macam tuh, ada banyak edition kot. Tapi tak nampak pulak jam yang hot tuh. Tanya la orang kedai.

"Err.. Jam yang macam kat gambar depan tuh takde ke?"akak aku tanya.
"Ohh.. Tuh limited edition. Kat sini dah habis dah. Tinggal yang edition biasa ni je."orang kedai tuh balas.



Ohoiii.. Terdiam kitaorg berdua. HAMPA! Bukan hampa pasal benda tuh takde kat kedai tuh. Tapi hampa pasal benda tuh limited edition. Kalau tak mahu kumpul duit dulu, pastu boleh rembat lain kali. Tapi aku lebih terpikat yang kat bawah nie. Sporty sikit.

Sori tak jumpa gambar yang lawa.
Warna hitam ada, pink ada, hijau ada, oren ada, purple ada merah pun ada. Tapi aku jatuh cinta dengan yang warna merah. Harga pun secantik rupa. Kena start kumpul duit dari sekarang. Pastu rembat. Puas hati. :)

p/s : Naurah dalam mood cinta. Nak kata tak sihat, sihat je. Nak kata jatuh tangga, tak pulak. Nak kata tehantuk kepala tak jugak, nak kata jatuh cinta, lagi la tak. So?

p/s/s : Selamat Hari jadi kepada sesiapa yang lahir pada tarikh ini! It is 29th Feb. Tahun lompat bebeh. Anda tersangat, sangat la bertuah..! Smile always..! :)

Tuesday, February 28, 2012

Whoooaaa!

OK. Aku ada satu benda nak citer.

Petang tadi aku tolong mak aku masak kat dapur. Mak aku mitak tolong aku kacau sayur kobis masak lemak. Sedaaappp!

"Dah didih belum?" tanya mak aku.
"Dah", aku jawab.
"Hurm. Kacau je lagi".

Aku pun kacau. Lepas tuh aku baca la ayat Kursi dengan ayat 1000 Dinar. Saje-saje je. Then aku tiup la dekat makanan tuh pelan-pelan supaya mak aku tak nampak. Aku ada dengar, banyak berkat buat macam tuh. And then tak sampai 1 minit,sayur tuh terus membuak sampai keluar daripada mangkuk dia. Aku pun, "Whoaaa!" Tapi tak sempat nak kagum sekejap, mak aku dah tegur.

"Kenapa jadi macam ni? Kenapa tak bagi tahu mak benda ni dah membuak? Blaa bla bla and bla".

Too much kenapa. Entah kenapa tiba-tiba teringat cikgu BM aku selalu cakap, "Kenapa dan mengapa?" At the same time aku terus teringat cerita Harry Potter sebab ada pasal suject Potion. HAHA.. Sempat lagi!

Tetapi, bila difikir-fikirkan balik, ajaib bukan? Kuasa Tuhan, Naurah.

p/s : Tentang cikgu aku selalu cakap Kenapa dan mengapa? tuh, aku penah terfikir apa bezanya? WAIT. Sama je kan. 'Slow'nyer kau, Naurah!

Monday, February 20, 2012

'SuperCousin!'

Sharifah Fazana Syed Adnan, I miss you like heaven!! Aku tak tahu bila boleh jumpa hang lagi. Tu lah, awat hang dok KL, kan jauh...! Haha.. Last jumpa hang masa raya kat kampung. Niat nak lawan mercun dengan rumah depan, tapi tak tersampai hajat sebab hang kena ikut parents raya rumah orang lain. Ana, raya ni kita gegar JB jom..! Semua jenis mercun, bom kita import..! Tauke kan ada!

p/s : Dey, good luck SPM.. Amacam, cuak tak?

Sunday, February 19, 2012

SuperParents!

My SUPERMOM!!
Hari ni hari jadi mak aku yang ke- Tuuutttt.. Haha.. Rahsia meh...! To my supermom, Happy Birthday!! Smile always and may Allah bless you..!!

Kelmarin, hari jadi ayah aku.. 17 Feb.. Haha.. birthday my parents dekat-dekat. Tahun je lain.. Selamat Hari Jadi Abah!!

p/s : I love you both so and so much!

Saturday, February 11, 2012

It comes back!

Nak dijadikan cerita, tahun lepas dekat kelopak mata aku ada some kinda ketumbuhan. At first aku ingat biasa je and akan pulih tak lama lagi. Menyeabkan benda tuh dah dekat 6 bulan tak hilang, aku pergi la jumpa doktor. Then, doktor bagi ubat, then cakap in a week, kalau tak hilang, kena operate. So, memang tak hilang pun. Jadual aku kat asrama pun sangat pack dan busy lebih-lebih lagi as a fivers, so sometimes aku lupa nak letak ubat. Aku pun ulang alik la hospital tuh nak dekat sepuluh kali la jugak. Lama giler nak tunggu operate. Sampai benda tuh makin teruk. Aku amik Trial SPM pun tak boleh nak bukak mata. Sakit giler. Satu pegang pen, satu lagi pegang mata. Resul Trial pun jatuh. FISH. Akhirnya, doktor suruh parents aku datang untuk sign document ape benda ntah. Mak aku ada cakap, masa umur aku 2 tahun pun dah pernah kena operate untuk benda yang sama gak. *Sigh* 

Tepat 15 September 2011, akhirnya parents aku pun amik cuti dan datang Muar dengan adik aku untuk bawak aku pergi operate. And the rest is history.

Plastik giler kau senyum. Padahal sakit tak ingat dunia woo.. 
Semalam aku tengok cermin, mak aihh.. Merah giler mata kanan aku. Sakit dan berair. Akak aku pun dah tegur. Dah 2 hari. Dan semakin hari semakin menyakitkan. So, maybe it cames back. FISH Sejujurnya, aku tak pergi appointment doktor 31 Disebmer lepas sebab aku kat KL dan aku malas. Hmm.. Your fault, Naurah.

*Sigh* Penyakit ni memang sayang sangat kat aku sampai taknak hilang. I'm loved.

p/s : Thanks to my dormate, especially my bedmate merangkap KD yang tak pernah putus letakkan ubat kat mata aku every night sampai kacau waktu belajar dia. And, lepas operate terus balik asrama, parents balik rumah sebab ada hal. Sedih la gak. So, tengah sedih, bosan, sakit, aku baring la kat katil, tidur, tunggu dyorg balik sekolah. Bila aku bukak mata, muka bedmate aku jugak yang pertama aku nampak. Betul-betul atas muka aku dengan muka concern dia. Mau tak terharu beb. Thanks sebab pimpim aku pergi bilik air, pergi ampai amik baju, amikkan makanan kat DM untuk aku.. HAHA.. I owe you big sis. 

Lain giler!

Aku sekarang ni dalam misi nak improve English aku. English aku teruk. Tergagap-gagap bila cakap. Terketar-ketar tangan macam penyakit Parkinsons bila nak tulis. Haha.. Dulu mak aku suruh baca buku English dari kecik tak nak. Hambik kau!! Menyesal tak sudah!

Nak dijadikan cerita, aku pun pergi la kedai buku. Mangaiii! Sejuk, senyap, bau sedap, boleh duduk je kat lantai. Heaven giler doh kedai buku. Pergi pulak sorang-sorang. Yang lain semua gi kedai baju. Aku malas giler nak folllow gi kedai baju. Masuk kedai Popular rasa macam tak nak keluar. HAHA.. Back to the story, mak aku kasi duit. RM50 je. Aku pun pergi la cari. Mann! Penuh giler dengan orang. Budak Uni ngan kolej ar mendominasi. Nak habiskan baucer buku la gamaknya. Aku pun survey dekat setengah jam, Then aku jumpa buku ni.

 
Mangaiii....! Aku baca sinopsis dia je terus terpikat. Dah la tinggal satu copy je. Aku pun terus capai pastu pergi counter. Tapi memang tak tipu la wei, citer dia memang best. Thumbs up! Kira 9 out of 10 la! Then, kat tv dah keluar dah movie ni. Aku beria-ria la tunggu sampai lewat malam. BASHTENG!!(Alina ajar aku perkataan ni) Lain giler! Rasa macam kena tipu je! Kecewa giler weh. Tak boleh nak diungkapkan.

Tapi bila fikir-fikir balik, apa yang akak aku cakap tuh ada betul jugak. Filem duration dia pendek giler. Untuk orang yang tak baca novel dia, mungkin akan suka movie nia. Tapi orang yang baca novel dia memang akan kecewa la. HAHA.. 

Moral of the story la, tak boleh nak expect sangat filem yang berdasarkan novel ni. Especially novel tuh kita baca. Dan jangan salahkan pengarah. Peace! :)

Reading The Power of Six by Pittacus Lore(sambungan)

Saturday, February 4, 2012

Lompat hingga terbang

Yeah.. Aku ni memang suka memerhati orang. I mean, more to gerak geri orang dan physical attitude. Dari situ, aku belajar and at the same time aku tak dapat elak untuk judge orang tuh sesuka hati. Aku tahu, benda tuh tak elok. Macam judge a book by its cover. Haha.. Teruk kan?? But, now I learn that. Thanks to my sis. 
 
Jom lompat sama-sama..!


Don't jump into conclusion too quickly. Take a few steps back, so that you can jump further and higher :) 
-matluthfi-
*Pandang cermin, judge diri sendiri dulu, Naurah