Tuesday, April 24, 2012

The Precious You

Assalamualaikum kawan-kawan.. Dah lama aku tak jenguk blog. Aku kehilangan inspirasi belakangan ini. Hati sikit merajuk dengan blogger.com nie.. HAHA..

I was facebooking and then I saw a link. A video. Aku pun bukak la. Dannnn... Berjurai gak air mata sambil tengok video tuh. Tak boleh tahan. Zappp! Kena batang hidung sendiri. Video tuh very simple tapi membawa message yang besar. They are talking about Aurat.


Memang betul dia cakap. Kita manusia dah semakin sesat. Dosa tuh macam nothing zaman sekarang ni. Bukak aurat, pegang-pegang, dah macam norma kehidupan. And semakin diterima masyarakat. It was like


"Ish! Kau tengok kapel tuh. Selamba je pegang-pegang tangan kat sini".
"Biasa la tuh. Nama pun kapel. Tengah hangat bercinta".

SHEET. Kepala otak dia biasa. Orang zaman sekarang nih keduniaan sungguh. Sama ada kita sedar atau tak. Ke nak kena accident, kena seksa masa koma, something like that baru nak sedar? Ok. Aku tak nafikan. Aku pun memang macam tuh kadang-kala. 

Ok. Let's talk about 'AURAT' thingy. Hek elleh aurat? See?? Ramai sebenarnya yang ambil mudah pasal aurat nih. GADIS. Hang memang tutup kepala. Rambut sehelai pun tak nampak. TAPI. Kaki hang tuh. 1cm persegi nampak kulit, still aurat. Pakai la stokin. Tak susah. Dan tak mahal. Dari atas sampai ke bawah tutup sempurna. TAPI. Belum cukup sempurna kalau baju tuh ketat. Nampak body shape yang menarik. Pakai la baju yang longgar sikit. Kalau baju ketat kan tak selesa nak gerak. Islam tak menyusahkan. Tudung tuh labuhkan. Baju tuh labuhkan. Sejuk mata memandang. Kadang-kadang aku sebagai perempuan pun malu tengok kaum sendiri 

Semua orang tahu aurat masing-masing. Cuma tak aware. Cuba korang tengah makan-makan, korang angkat tangan panggil waiter, ternampak pergelangan tangan korang. Korang tahu orang lain tengok. korang tahu pergelangan tangan tuh aurat. But still why taknak tutup? Tak style la pakai handsock. Panas. Tak selesa. Ohh.. Selesakan la diri sekarang. Kat akhirat nanti memang hang tak selesa la. Api neraka berlumba-lumba nak baham tangan hang. Buka lah fikiran tuh sikit. Jauhkan pemikiran tuh sikit. Kita tahu benda tuh salah. Dosa. Tapi still nak buat. Sebab? Tak seiring dengan peredaran zaman? Boleh jalan la!

Kalau jalan kat shopping mall, berapa ramai yang pakai tudung? Apatah lagi yang menutup secara sempurna? Boleh dikira dengan jari. Wahai gadis, wanita, apa-apa pun yang dikenali sebagai perempuan. WAKE UP! Kalau kita tak disenangi oleh masyarakat hanya kerana kita menutup aurat dengan sempurna dan ketinggalan zaman, tanya diri kita apa yang kita rugi? Nothing. It just nothing. Takde kawan takpe. ALLAh ada. Setiap masa. Tanpa diragui.

Kuasa perempuan ni sangat dasyat. Orang kata disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita yang menjadi sandaran si lelaki. Lagi satu, hanya dengan seorang perempuan itu tidak menutup aurat, the most rightous man also can go wild. Jaga lah maruah mu. Simpan la hanya untuk orang yang bergelar suami mu sendiri. 

Cukup-cukup la buat saham masuk neraka. Saham nak masuk syurga lagi penting.


Hanya ini yang aku mampu catitkan. Banyak lagi sebenarnya. Cuma aku mohon sangat, please, just spend your 10 minutes on this video. Hati manusia ALLAH yang pegang. Kalau korang rasa nak berubah, Alhamdulillah. Selagi Malaikat Maut belum ada depan mata untuk mengambil nyawa, masih sempat untuk berubah. 

Last but not least, aku memang salute orang yang buat video ni. Buat aku berubah. Terima Kasih. May ALLAH bless you guys.

Wearing hijab is a jihad on it's own. So you don't need to die in war to win HIS paradise. Just dress like a true muslim and muslimah. Cover your aurah, do it for ALLAH and also for your own good. And may Allah grants you paradise under which rivers flow.

Nota tambahan : My favourite words:

"The way she dress, like an empress, impressing ALLAH, oppressing the nafs."

No comments: