Sunday, March 20, 2011

Cabaran

Semalam, dari JB terus pergi Muar. Ayah aku nak amik kereta. Dia kata kereta tuh dah siap. Bertolak awal pagi dari JB, tibalah Muar dalam pukul 11. Bila sampai sahaja di kedai Suzuki, salesman tuh kata, kereta tengah dekat kedai tinted. Kami tunggu. Segalanya selesai tepat pada jam 1 petang.

Akhirnya, ayah aku memandu pulang kereta Suzuki Swift metalik hitam dengan nombor plat JMU **** menuju ke Segamat. Ahh.. Porch rumah sudah penuh. Yang tiada cuma kereta Myvi hitam kami yang dibawa oleh akak aku ke KL.

Dalam hati aku berkata,

"Abah, kereta dah 4 biji, takkan kamera satu biji pun tak boleh"

Aku memberontak dalam hati. Dalam diam. Namun, aku tetap bersyukur dengan rezeki Tuhan.

Dekat sini, aku nak bagi satu cabaran kepada semua.

Kepada sesiapa yang berjaya memujuk ayah aku untuk membeli kamera, aku akan bagi dia flying kiss.
Tetapi kepada sesiapa yang tidak berjaya, aku akan bagi satu flying kick keluaran terhebat aku untuk mereka.


Aku lebih hebat dari dia. Siapa mahu rasa??

Amacam?? Ada berani terima cabaran aku?? (Sambil angkat sebelah kening ala-ala The Rock)

Pujuk, jangan tak pujuk!

No comments: