Wednesday, December 14, 2011

Adam dan Hawanya

Di sini aku mahu kongsikan sesuatu. Sesuatu yang cukup menyedarkan aku akan kekuasaan Tuhan Yang Esa. Aku dapat ni dari kawan aku yang dia dapat dari kawannya yang turut juga kawan aku(jangan kasi pening). :] Hayatilah.

Kenapa Hawa diciptakan semasa moyang kita, Adam, tidur? Supaya Adam tidak merasa sakit apabila tulang rusuk diambil kerana sifat Adam adalah membenci sesuatu yang menyakitinya. Andai Hawa dicipta dengan menimbulkan kesakitan kepada Adam, maka Hawa akan dibenci. Adam melahirkan Hawa ketika tidur. Namun Hawa diberi tugas untuk melahirkan ketika dalam keadaan terjaga supaya dia sakit. Hawa akan menyayangi sesuatu yang didapati melalui kesakitan. Jelaslah Adam dan Hawa saling berlawanan kerana setiap yang berlawanan akan saling menarik. Indahnya hukum Yang Maha Bijaksana.

Credit to Rot dan Rufam.

No comments: