Wednesday, December 30, 2009

Ini Cerita Budak 3A Tahun 2009 yang Nerd dan Skema..!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Buat pembaca yang bijaksana,
Ini kisah Murid-murid 3A yang skema,
Tapi dalam diam nakal belaka.

Cikgu Akhalrudin ’daddy cool’ kami,
Orangnya serupa cina dan tinggi sekali,
Dengan Grand Livina ke sana ke mari,
Itulah dia guru kelas kami.

Pak Arab gelaran diberi,
Dari Pasir Gudang dia datang ke mari,
Orangnye comel dan baik hati,
Cari kapur menjadi hobi.

Arsenal menjadi pasukan kegemaran,
Warna merah menjadi pilihan,
Bersama Mimi si gadis rupawan,
Itulah Ain binti Abdul Manan.

Areen dan Azida popular sekali,
”Aku lempang kang,” tagline rasmi,
Sentiasa bersama ke sana ke mari,
”Tak nak kawan dengan kau 2 minit” ayat yang popular sekali.

Hazirul satu-satunya berimaginasi tinggi,
Puteri Sahara puteri idaman,
Duduk di sebelah Faris, si tinggi lampai,
Nampak pendiam tapi mulut boleh tahan.

Chin Siew dan Mei Kee duduk bersama,
Chin Siew si genius, Mei Kee si jelita,
Tan Si Min kecil molek orangnya,
Lin Hui pula si berkaca mata.

Norida dan Fazli bintang kecil kami,
Bila dipadankan marah si Bajuri,
Norida pandai silat, Fazli comel sekali,
Bajuri pula digelar orang asli.

Syafiq dan Hadi pasangan bahagia,
Sekali tengok macam bercinta,
Dua-dua lelaki sejati pada hakikatnya,
Bila dimarah muka selamba.

Ecah, Azie dan Jiha sahabat sejati,
Sentiasa bersama ke sana ke mari,
Pendiam orangnya itulah Zaki,
Dialah pengawas lelaki tunggal kelas kami.

Prabagaran dan Sathish pujangga 3A,
Tapi entah kenapa pendiam orangnya,
Alex pula sahabat baik mereka,
Si lampai ini tidak pernah malu untuk bertanya.

Hafiz Tuah orang paling bertuah,
Duduk bersama Amin ramah orangnya,
Amin kongsi hari jadi dengan Naurah,
Itulah Naurah yang jarang bermuram durja.


Hafiz K aktif dalam sukan,
Sudah menyandang gelaran atlet,
Fakta Sejarah mudah masuk kepala Farhan,
Dua-dua expert Subjek Sains Bab 4.

Aisyah Najwa si western kami,
Bila dia speaking, ternganga mulut kami,
Hieqmah pula cantik sekali,
Sekali senyum, cair lelaki..

Artis Bollywood satu-satunya,
Di dalam kelas rajin sentiasa,
Malrvizhi baik orangnya,
Senyuman sentiasa menghiasi wajahnya

Tubuhnya pasti melayang ditiup angin,
Itulah Syikin digelar ’Tiang’,
Sentiasa bersama Syaz yang rupawan,
Gadis yang kami import dari Puchong.

Keng Hoe si Jawa gelaran diberi,
Dengan gengnya yang sempoi sekali,
Kee Ann si ramah, Wei Keat senyap sekali,
Cheh Siong berkaca mata kacak sekali.

Lajunya bercakap mengalahkan ’bullet train’,
Adib namanya, bijak sekali,
Afiq pula atlet harapan,
Menyampaikan cerita menjadi hobi.
.
Orangnya pendiam, comel sekali,
Sering buat kami ketawa sampai lupa diri,
Tanpanya di sini, sunyi sepi kelas kami,
Itulah Azli raja lawak kelas kami.

Bersengkang mata di malam hari,
Untuk menyiapkan kisah ini,
Andai tersinggung harap dimaafi,
Kisah ini siap pada pukul dua pagi.

Tamat sudah seloka kami,
Kisah kucoret sebagai pengganti,
Harap semua doakan kami,
Result cemerlang PMR dan SPM nanti!


Naurah dan Aisyah
3 Arif

7 Ogos 2009, Jumaat, 2.13 pagi.


p/s : Kisah atau seloka ini sudah disiapkan lama dan sudah dihantar kepada majalah sekolah, tetapi tidak diterbitkan.. Entah kenapa, aku pun tak tahu.. So, seloka ini aku postkan kat blog.. Jadi, bila dah besar, masing2 dah bawa haluan sendiri, semoga seloka ini akan mengingatkan kembali kenangan sebagai seorang PMR candidate.. So, to all 3 Arifians bacht 2009 of SMK Buloh Kasap, thank you for become part of my life... =D

2 comments:

ash mazelan said...

haaaaaa! aku rasa macam nak nagis je baca ni tau. huhu. tapi sumpah rugi x publish dlm majalah. dahlah 3A kelas plg happening. huhu.

Naurah said...

Betul tu.. Paling nakal, paling bising, paling kuat melucah dan paling kecoh kat sekolah.. but, we are the best Form 3 bacht like our teachers said.. =D