Friday, March 9, 2012

Anything can happen

Assalamualaikum semua dan have a good day.(Ehem2)

3 bulan duduk rumah, tak sekolah, ditambah dengan menganggaur, diperisakan lagi dengan member yang dok jauh, disedapkan lagi dengan rutin yang bosan, aku bosan weyhh! Hari-hari rutin yang sama, tengok dinding yang sama, tengok cicak yang sama kat dinding, layan budak SBP94 yang geliga kat FB, Haduihh! Penat! Setiap cicak yang ada kat rumah aku pun ada dah boleh kenal sekor-sekor.Ok, in a simple sentence, 

AKU DAH TAK LARAT DAH NAK DUDUK RUMAH!!

Puas dah tengok tv, puas dah online, puas dah tengok video. Aku dah bosan dengan kebosanan yang sedia ada. Macam mana tuh? Bosan square. Semua novel kat rumah aku dah baca, komik, pastu kat internet pun dah takde idea nak search apa. Semua cerita kat tv pun aku layan je. Cerita hindustan, cerita melayu, cerita inggeris, cerita cina dannn cerita korea! Aku tak percaya at first aku tengok cerita korea. Aku tahu sekarang tengah fenomena k-pop. Tapi aku mintak maaf la peminat k-pop kat luar sana, aku ni jenis bukan yang layan lentok dengan korea ni. Lagu ke, movie ke, drama ke, memang bukan taste aku la. Ok, jangan baling pisau kat aku. 

Kalau dulu main je lagu korea kat radio, aku terus tukar channel. Tapi sekarang aku dah imune sikit. Ni sebab si budak kecik 'VIRUS' aka Maizatul Aisyah yang dok dengar mp3 sampai melalak lagu korea kat sebelah katil aku hari-hari. Outing je beli majalah korea. Nak buat camne, layan je la.  Sebut la segala nama ke, group ke, aku memang tak tahu. Tapi sejak kebelakangan ni, cerita korea pun aku layan. Sampai tersipu-sipu tengok bab-bab romantik, gelak sampai pukul-pukul lantai sebab lawak giler, senyum sorang-sorang bila hero dia senyum. Siap boleh tunggu untuk episod esok, hadap tak bangun-bangun macam punggung dah kena gam dengan gam gajah. Haru la hidup aku! Ni baru 3 bulan, kalau setahun, memang takleh hidup ar.

Plus aku baru tahu yang Greyson Chance tu wujud. Siap perform lagi kat Malaysia dengan Najwa Latif kat AIM. Ok. Aku rasa macam orang terakhir yang tahu ni. HAHA.. Gasak la! And lagu dia pun best gak. He is just 15, tapi suara manly giler. Ehem-ehem, pesaing hebat Justin Bieber atau lebih popular dengan panggilan Justin Bibir? HAHA

Playing Waiting Outside the Lines by Greyson Chance  :)

2 comments:

Adilah Binti Rostam said...

Biasak ah, samalah kita. Duduk rumah jadi orang gaji part time. :/

NAURAH JAMIL said...

HAHA.. Senasib la nie :D