Tuesday, January 17, 2012

Desperately Cheap

Siang tadi aku ke bandar bersama kakak aku. Aku memerhati sekeliling. Dah lama aku tak ke bandar. Banyak jugak perubahan. Tapi masih ada benda yang sama. Talking about my hometown, aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kawasan luar bandar yang sedang membangun. Ahh, ini sudah lari jauh dari tajuk.

Tiba-tiba aku terasa ingin melontarkan pendapat aku yang setelah sekian lama bermain di minda. Bagi aku, perempuan pada zaman ini 'desperately cheap'. Terlalu murah untuk seorang lelaki. Dalam kata lain, terlalu mudah dimiliki oleh seorang lelaki. Jatuh pada tangan lelaki hanya dengan sekali offer. That sucks!! Aku tak tahu kenapa. Masa aku sekolah dulu, masing-masing tukar pasangan macam tukar baju.

Aku membesar di kawasan luar bandar selama 17 tahun. Aku sudah cukup kenal sekekliling. Bagi aku, most of them berfikiran yang cukup sempit. Berfikir hanya untuk hari ini, dan tidak berfikir untuk hari esok, seterusnya masa depan.  Cukuplah mata aku lihat segalanya. Si gadis duduk di atas ribaan lelaki di kawasan sekolah masa hari Maulidur Rasul. Si gadis datang ke sekolah dalam keadaan mengandung untuk menduduki SPM. Si gadis berhenti sekolah kerana ditangkap basah dan mengandung. It's very clear that mereka cuma fikirkan keseronokan sahaja. Hidup ni untuk kahwin semata-mata ke? Untuk buat 'benda tuh' je ke? Mak bapak diaorang pun lebih kurang sama. Biarkan anak gadis keluar dengan pakwe malam-malam sampai balik esok pun tak kesah. Bila dah kembung perut tuh, baru kelam-kabut cari pak sanggup. Pemikiran mereka singkat, sempit. No attiude. Aku tak perlu nak pergi bandar KL or JB untuk bagi contoh. Cukup la apa yang berlaku kat sekeliling aku. Aku cukup bertuah dapat lari seketika dari situasi untuk 2 tahun masa aku masuk SAMURA. And yeah, aku bersyukur. Tersangat la bersyukur yang aku belum lagi rosak dan ubah pendirian aku. Allah masih sayangkan aku.

Mengapakah gadis zaman ini kebanyakannya terlalu murah di mata kaum lelaki? Apakah tidak berbaloi perjuangan Rasulullah suatu ketika dahulu dalam menaikkan kedudukan dan maruah seorang perempuan? Jika baginda tidak berbuat sedemikian, tidak mustahil bayi perempuan masih ditanam, kaum wanita masih ditindas dan pastinya kita tidak wujud di dunia ini.

Post kali ni mungkin kelihatan aku berat sebelah dan melebihkan kaum lelaki. Maaf, bukan niat aku nak membela kaum Adam dan menghina kaum Hawa. Tidak sama sekali. Cuma, aku tidak memahami lelaki. Aku tidak ada adik-beradik lelaki. Dan aku sayangkan kaum aku sendiri.
Maaf jika bahasa aku agak kasar.

Sekian.

2 comments:

Faiq Aiman said...

umat akhir zaman..
generasi kita yang patut ubah!
kan :)

NAURAH JAMIL said...

absolutely right.. :D