Semalam, aku pergi Muar dengan parents aku. Ada wedding. Rumah dia betul-betul depan SAMURA. Aku malas nak ikut sebenarnya, tapi aku saje je ikut, rindu nak hirup udara Muar. Sekolah dah makin handsome. Aku terpikat. Nak sekolah balik! Haha.. Back to the story, tengah dok sibuk senyum dengan orang(bajet ramah ar!), usha-usha makanan, sekali aku toleh belakang, mahu terbuntang mata aku! Aku tak percaya apa yang aku lihat. Macam kenal je mamat ni. My junior, 'Radix' kat belakang aku! Hailoh! Aku pandang dia pelik. Dia pandang aku balik. Haha.. Aku dapat rasakan dia cam yang aku senior dia. Dan aku memang tahu dia junior aku. Then, aku buat tak tahu je la. Segan nak tegur. Kang kalau mak dia nampak kang, tak pasal-pasal mak dia ingat ada minah usha anak teruna dia. Haru aku nanti! Rasa nak seret jalan kat muka je.
Kemudian, aku toleh depan semula. Hailoh lagi sekali! Cikgu Awanis kat depan! Cikgu Kimia tapi tak ajar kelas akupun. Aku pun salam la(Chehh baik gak aku ni. Jangan pandang sebelah mata!-bak kata Anita Sarawak). Haha.. Cikgu pun macam cam aku jer. Aku pun tak tahu macam mana dia cam aku sebagai student SAMURA. Haha.. Agaknya, kat semua budak SAMURA ada tulis 'Saya budak SAMURA' kat dahi masing-masing menggunakan dakwat yang hanya boleh dilihat cikgu kot. Haha..
Lepas tuh, masa makan, ada orang tepuk aku kat belakang. Hailoh kedua kali! Atikah Razali merangkap anak cikgu SAMURA tegur aku. Gelak-gelak, borak-borak dengan dia sekejap.. Lama tak jumpa. Rindu-rinduan! :) On the way balik, aku dapat rasakan kalau aku dok lama sikit kat situ, tak pasal-pasal boleh jumpa semua staf sekolah termasuk pengetua. Haha.. Tak boleh dibayangkan!
The conclusion is, Muar ni kecik je. Mana-mana kau pusing, kau jumpa jugak orang yang kau kenal. Tak payah cari jauh-jauh!
p/s : Rumah aku bergegar. Mercun empat penjuru beb! Happy Chinese New Year! :)
No comments:
Post a Comment