Sekarang ni bulan 1. Aku takde sebarang pekerjaan. Cuma menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa gaji. Ala-ala tengah tunggu putera raja menjunjung titah datang meminang la kira. Haha. Belum mula belajar memandu. Bulan 12 yang lepas, aku tanya ayah aku bila nak start belajar kereta. Then he said, "Bulan 12 ni rehat dulu. lapangkan kepala tuh. Takyah keje. Habis amik lesen baru kerja" Hailoh! Bosan tahap giga kuasa lapan. Aku memang menganggur la sekarang. Lagi-lagi sekarang dah musim sekolah, memang rumah kosang ar. Laptop takde. Tak tahu nak buat apa. No idea. Cakap sorang-sorang kang dah jadi kes pulak! Ada ke orang mati kerana terlalu bosan? Haha. Kat umah buat la kerja suri rumah, basuh baju, sapu sampah, lipat baju, sidai baju, vakum rumah dan macam-macam lagi la. Amcam? baik tak aku. Memasak je la tak. Mak aku pegang mandat lagi. Sebenarnya mak aku takut aku kalahkan dia kat dapur. Aku kan masak maggi Juara Taman rumah aku. Alang-alang tuh skodeng-skodeng gak anak teruna orang depan rumah. Haha.. Hensem apa! Rezeki depan mata! Haru kau Naurah!
Actually, sejak berhari-hari lepas, ada banyak benda dalam kepala aku yang aku nak cerita kat sini. Tapi bila bukak blog, sekelip mata hilang. Aiseh.. Sori la aku dah agak membosankan kat sini.
So, nak dijadikan cerita, tadi aku survey la FB senior-senior aku. Yang aku kenal je la. Mereka terlalu ramai! Haha. Well, cemburu giler bila tengok diaorang dah macam terjamin masa depan. Ramai yang buat IB kat Kolej Mara Banting, INTEC, PASUM, Matriks, buat persediaan nak gi Jepun. Ada yang dah fly lagi. Oh man! Aku cuak. Aku takut. Aku risau. But, at the same time aku happy gak tengok senior-senior aku berjaya. Rindu pulak kat diaorang. Aku terfikir pulak pasal kesudahan aku pulak. Aku sangat takut kalau aku tak dapat mana-mana. Paling takut, my SPM result. Ada hari tuh aku sampai terbawak dalam mimpi pasal ni. So, I really don't know what to do. Just keep praying for the best. AMIN.
No comments:
Post a Comment