Friday, May 27, 2011

Mampukah aku??

Semalam aku tak tidur satu malam. Aku baca novel VERSUS karya Hlovate. Frankly speaking, aku memang motivated dengan novel tuh. Tabik springg ar aku berikan sebab berjaya menyedarkan aku. Pukul 5.30 pagi tadi, aku terus gerak pergi mandi dari bilik study. Lepas tuh terus siap, sambung lepak dekat bilik study dengan Alina. Entah kenapa, hati aku tak tenang. Resah gelisah. Aku capai mp3 kawan aku. sumbat kat telinga, bukak radio. Tetiba, keluar lagu Bunkface-Situasi. Wah, dah lama aku tak dengar lagu nie. Aku pun tinggikan volume. Tanpa aku sedar, air mata aku menitik. Lagu nie cukup bermakna kepada aku sebagai SPM'11 Candidate.

Dan bila kau menghilang,
Musnahlah, musnah impian,
Untuk menggapai bintang,
Terangi hidupku,
Ku mahu kau tahu,
Engkaulah destinasiku,
Dalam ingatanku,
Ooohoooh

Aku terfikirkan mak dengan ayah aku yang sangat berharap aku dapat further study overseas. Aku terfikirkan cita-cita aku yang sangat aku impikan. Aeronautical Engineering. Bukan mudah untuk seorang perempuan. Entah apa akan jadi dengan masa depan aku bila SPM aku tak bagus. Sekarang ni ramai orang pandai. Aku tak tahu aku dalam kelompok mana.

Naurah,
Teruslah belajar. Biarlah ia melebihi kemampuan kau asalkan ia membawa kebaikan kepada kau. Sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah bagi kat kau. Bersusah la dahulu, bersenang kemudian. Berilah kejayaan kepada ibu bapa kau. Buktikan pada akak-akak kau yang kau lagi hebat dari mereka. Janganlah kau sesekali berputus asa. SPM itu adalah tiket dan kemudahan untuk kau pada masa hadapan. Kalau orang lain boleh, kau juga pasti boleh. Tak pernah wujud orang bodoh dalam dunia ini. Naurah, janganlah sesekali meragui kemampuan kau. Usaha , usaha dan terus berusaha!

No comments: