Friday, May 27, 2011

Aku kini PULANG

Entah kenapa, aku rasa dah terlalu lama aku tinggalkan blog aku. Maafkan aku kawan. Aku busy giler punya giler. Masa tuh balik pun sekejap je, guna untuk study Mid Year exam.

Naik cuti, terus exam. Sumpah aku cakap. Aku sangat tension. Boleh dikatakan setiap malam aku stay up. Sebab aku tak prepare ape-ape untuk exam. Aku terlalu leka. Weekend adalah hari yang aku tunggu-tunggu. Masa tu la aku gunakan untuk rehatkan kepala otaka ku. Bila penat-penat belajar, cucuk mp3, sumbat earphone dalam telinga, dengar lagu rancak-rancak. Aku tension. Aku tak tipu. Minggu last, paper chemistry dengan biology, malam exam tuh semua aku stay up sampaipukul empat. Gila bukan? Tapi itulah aku. Aku jenis tak boleh belajar siang. Kalau malam, aku memang cepat tangkap. Macam kelawar, siang tidur, malam bekerja. Masa jawab paper chemistry tuh, adalah pening-pening sikit sebab tak cukup tidur. Malam tuh, aku stay up lagi sampai pukul empat, study bio. Bio pening seh! Esoknya, aku demam. Hingus meleleh tak berhenti. Sumpah. Aku tension jawab bio.Tambah lagi bila ape yang aku baca ada yang aku tak ingat. Arghh...! Tuhan je yang tahu. After exam, aku rasa bebas. Aku rasa beban dalam kepala aku berkurang. Ini baru Mid Year aka First Trial, belum lagi SPM.

Lepas paperr last iaitu bio, aku terus demam selama 3 hari. Sekarang ni tinggal sisa-sisa je. Aku rasa sangat terbeban, tension, hidup aku memang tak terurus. Aku rasa macam nak balik je time tuh. Alhamdulillah. Aku dah sampai rumah.

p/s : Terima kasih kepada pelajar-pelajar SBP lain yang bermurahhati bagi skop.. Thankiess yaww! =)

No comments: