Wednesday, January 13, 2010

Sakit=Sick

Hello semua.. Opps.. Assalamualaikum semua.. Heheheh.. Err... Ketika ini, aku sedang menghadap komputer sambil mengelap hingus di hidung, terbatuk-batuk dan tidak boleh bersuara.. Ye.. Aku tengah sakit.. Dan hari ini aku tak datang sekolah disebabkan kesakitan ku ini+semalam tak datang latihan merentas desa.. =) Semalam kat sekolah, selsema aku teruk sangat sampai aku jalan melayang-layang(kalah Syikin), kepala berat macam banyak dosa dan aku bawa 2 sapu tangan dan 1 tisu dan kesemua itu basah dek hingus aku.. Kalu perah, dapat __ gelas.. =) Aku ingat nak telefon mak aku masa rehat, tapi telefon kat sekolah tu buat hal pulak.. Dia taknak duit tapi nak kad.. Amboi, dah kaya sangat ke sampai taknak duit aku??! =) So, lepas tu ingat nak guna telefon pejabat, tapi rasa segan+malas pulak.. Jadi aku bertahan la sampai balik.

Masa kelas add math lepas rehat, aku duduk dengan Aisyah dengan Syikin.. And at the end of the class, dua2 dah selsema macam aku tapi tak seteruk aku.. Sori guys..! Korang dah jangkit aku.. =( Jadi sepanjang kat sekolah, aku memang tak bleh fokus ape yang aku belajar.. So, I got only 40% ape yang cikgu aku cakap kat depan.. Bila balik, mak aku jemput.. Kemudian aku bagi tahu mak aku aku tak nak datang latihan petang tu. Aku memang tak larat giler.. Dan mak aku cakap ok.. =D

So, sehingga sekarang, aku masih selsema+batuk+ sakit tekak+demam.. Teruk bukan..?? Last night, my parents suruh aku pergi klinik hari ni dengan akak aku.. Mungkin sebab aku dah lama tak sakit macam nie, tu yang sekali sakit terus teruk.. Hm.. Nak buat macam mana.. Lastly, pesanan buat Hieqmah yang sedang menikmati cuti kerana chicken pox, selamat bercuti dan semoga cepat sembuh.. =D Daa...

With a bit love,
Ara Hingus

p/s : Semoga Ara cepat sembuh.. AMIN

No comments: