Hai semua.. Jumaat yang lepas, aku dengan budak2 sekolah aku yang dapat 8A dalam PMR tahun 2009(except Syazana) telah pergi ke Hotel VIP untuk mengambil hadiah yang disumbangkan oleh DUN Buloh Kasap(aku rasa la). Memang bestla.. Sekolah kitaorag sekolah yang paling ramai dapat 8A iaitu 10 orang.. Heheheh.. Bangga pulak.. =X
Majlis start pukul 3 tapi aku dah sampai dai 2.50 lagi.. Heheheh.. Rajin giler.. =) Pastu Adib datang, then aku tak ingat.. Yang aku ingat paling last sekali sampai Mimi.. Aku dengan tanpa segan silunye ambil kerusi dari meja yang diduduki oleh budak2 SMK Palong Timur.. Buat je la muka tak malu.. Kalau diaorang pandang, cakap je la, 'Ape pandang2? Aku tahu la aku lawa.. Kalau ye pun aku lawa, pandang la tempat lain.. Buat aku bangga pulak!' Heheheh.. Perasan siot..! =P So, kitaorang 9 orang duduk satu meja.. Adik Mimi pun ada sebab dia dapat 5A dalam UPSR.. Bila majlis start, biasalah baca doa.. Yang paling aku tak sangka, kena nyanyi lagu Negaraku dengan lagu Bangsa Johor. Aku tergelak siot.. Patriotik betul.. Hahahah.. Mimi pulak cakap, 'Naurah, asal kau diri tegak je?? Semangat giler!" Nak buat macam mana Mimi, Depan ADUN takkan tak diri tegak.. Heheheheh..=D
Lepas tu Ucapan.. Ya ALLAH!! Lama gila di berucap.. Dah la tengah lapar giler masatu.. 'Aduhai pakcik, asal berucap lama-lama.. Perut dah bermelodi dah nie..!' Kitaorang dengar sikit je.. Kitaorang berbual la sambil orang tu berucap.. Main henset, kamera.. Hahahah.. Buat tak layan je orang tu cakap ape. =) Pastu, penyampaian hadiah.. Nama adik Mimi yang first.. Dia main naik je ikut mana.. Dia kata segan giler jadi orang pertama.. =) Lepas UPSR, budak PMR pulak.. Nama aku nombor 2. nombor 1 Mimi.. Hadiah yang kitaorang dapat berupa, sijil simpanan premium BSN bernilai RM 100(UPSR RM 70), tabung BSN(macam cubix seh.. Lawa betul!) dan pingat berwarna emas. Pingat ni berat betul.. Pastu sudah tercatat nama masing2.. Bangga siot..! Heheheh.. =D Pastu makan..
Paling best bergambar.. Banyak kali bergambar.. Ramai photographer pulak tu.. Geram je tengok kamera DSLR yang dyorang pegang.. Haih..! Jeles seh..! =( Ada satu masa tuh, kitaorang bergambar sesama kitaorang je guna kamera aku.. Pastu ada sorang abang photographer menawarkan diri untuk amik gambar kitaorang.. Kitaorang ape lagi.. Cakap ok je la.. Mimi dah berangan nak masuk surat khabar or masuk tv.. Hahahah.. Sengal Mimi..! =D
Sini ada gambar kitaorang kat sana..
Aku dengan Mimi.. Kami kembar lain mak lain ayah.. =D
Mimi dengan adik dia, Muhaimin aka 'bibir seksi'(gelaran yang diberi oleh Mimi)
Yeah! Kami atlet yang cemerlang dalam akademik..!=D
Kami kasapians...! Bergambar bersama Pengetua(The chinese lady)
Bergambar dengan semua yang hadir termasuk budak UPSR.. Gambar nie paling lama nak amik sebab banyak kamera.. Betul2 membuatkan mata aku berair sebab pedih dan dalam masa yang sama tak tahu nak fokus kat kamera mana satu. =)
Lepas tu, dalam pukul 5, majlis berakhir.. Makan pun tak habis sebab sibuk bergambar.. Nasib baik adik Mimi tolong habiskan makanan aku.. Heheheh.. makanan dia sungguh sedap..! Maklmlah makanan hotel.. =D Aku dengan Mimi paling last keluar dewan sebab nak bergambar.. Pastu, aku balik tumpang kereta Mimi.. Thanks Mie! Sampai rumah, penatnye.. Dengan perut kenyang.. Setan pun bergayut atas mata.. Haih..! =)
Ok lah aku nak pergi klinik.. Ok, tata... =)
With love,
Ara Borah
No comments:
Post a Comment