How's my life? Everything is happening smooothly. I'm a SPM-leaver, so mesti orang sibuk tanya tentang tawaran-tawaran sambung belajar and scholarship-thingy. First-and foremost, Alhamdulillah, tawaran datang mencurah-curah selepas aku tak dapat petronas tuh. Aku dapat tempat untuk temuduga program JAD(post2 lepas ada citer pasal ni), under Yayasan Pelajaran Mara untuk engineering kat Jepun. I also got a place in Matrikulasi Johor under physical science. Baru-baru ni result UPU dah keluar and I got PASUM for physical science foundation. Memang dari awal aku mohon memang aku harapkan PASUM. Alhamdulillah. Dah ada dalam tangan. It is easier because my elder sisters are studying in UPM and the other one is at UITM Puncak Alam. Mak kata senang, kalau nak datang melawat, boleh jumpa sume sekali. Tak beban sangat. Akak aku yang kat UITM Puncak Alam pulak ada kereta. So, senang nak gerak ramai-ramai. Dan satu lagi aku hampir terlupa. Aku dapat pergi interview JPA untuk program khas jerman, perancis, jepun dan Korea tuh. Aku mohon Jepun, tapi sejak kebelakangan ni aku rasa macam nak switch ke jerman. Aku pun tak tahu kenapa. So, jangan tanya aku. HAHA And interview tuh esok kat UITM JB pukul 9.00 pagi. Tapi kena sampai 30 minit awal. So, pagi-pagi buta dah kena keluar rumah(ayah cakap maybe around 4.30 pagi plus subuh tengah jalan) and terpacak kat depan UITM tuh jam 8.30. Pastu masa interview tuh menguap je la.
Interviewer: Awak ni saya nampak dari tadi menguap je apa pasal?
Aku : Saya dengan ayah saya keluar rumah 4.30 pagi untuk interview ni. Tuan juga manusia biasa ada hati dan perasaan. So, kasihanilah saya dan berilah saya tajaan biasiswa JPA nih supaya saya bole fly dan bayar balik penat lelah ayah saya drive pagi tadi.
ADA BERANI?? |
Actually interview ni mula-mula je nervous. Pastu lama-lama kita pun dah mula senang dengan interviewer tuh. Depends la kalau dia memang jenis yang ramah tamah. Tapi jangan risau, biasanya mcam tuh la. Nanti bila dah biasa, kau macam borak-borak je ngan orang tuh. Tapi bukan la kedai mamak punya stail borak. Borak dengan peniuh disiplin dan skema. Skema?? Haha.. yup! So untuk JPA nih, aku search internet je la untuk tahu stail interview dia. Siap ada yang bagi soalan spot sekali untuk isu-isu umum dan semasa. Budak-budak ni expect pasal isi PTPTN, how to show.patriotism masa kat overseas, kenapa budak tajaan taknak balik Malaysia berkhidmat untuk negara. Bersih?? Haha aku rasa dia tak tanya pasal politik. Kang mahu terbalik kerusi meja kat dalam bilik tuh. HAHA.
Aku mohon doakan la yang terbaik untuk aku. Aku memang nak fly weh. Teringain nak masuk salam perantauan. Tapi tuh semua terletak pada kuasa ALLAH. Insya-Allah, sementara tunggu result JPA nanti, aku akan masuk PASUM dulu. Kalau dapat JPA dan aku berminat dengan tawaran dia, aku pergi. Kalau tak, aku stay PASUM. Lagipun ramai geng kat PASUM. JAD pulak kena fikirkan dulu. Parents punya cadangan takleh tolak tepi. Hehe~
All the best, Naurah!! Have faith in Allah. :)
Chaoww dulu! Kena lembutkan lidah nih. HAHA
Sekian.
1 comment:
Hai Naurah. Nak tny, masa mula2 dulu, mcm mana awk apply program khas JPA tu ya? thanks! :)
Post a Comment