Friday, February 12, 2010

HOME

Hello guys..

Yup! I'm home.. Ayah aku jemput kat asrama tadi.. Heheheh.. =) Aku tersangat la rindu kawan-kawan lama, kucing aku, internet, handphone(actually tak bape sangat).

So, 2 minggu kat SAMURA, memang best, penat, seronok dan tak cukup tidur.. Minggu orientasi memang best.. Aktiviti sangat la best walaupun jadual sangat la padat.. Cuma ada sikit je part yang tak best.. =) Aku rumah Budiman(Hijau), Dorm Budiman 4, Kelas 4 Cekal, Aliran Sains Tulen, Bacht 28.. Frankly speaking, aku lebih rapat dengan kawan satu dorm daipada kawan satu kelas.. Mulai minggu lepas, dah tak kekok lagi dengan akak-akak senior, budak sekelas and budak lain.. Tahun nie first bacht takde kes buli or regging(aku sangat la terkejut)! =D

Kat sana, semangat rumah sangat la kuat.. First time aku tengok.. Tahun lepas rumah Budiman dapat no 2, kalah dengan rumah Bestari(Biru).. No. 3, rumah Sarjana(Merah) diikuti rumah Pujangga(Kuning) di tempat keempat.. Takpe la.. Tapi kitaorang menang 2anugerah tahun lepas, Anugerah Akademik Cemerlang dengan Anugerah Sahsiah Cemerlang.. Heheheh.. Bangga siot! =D

Aku ada satu benda nak cakap kat korang.. Aku rasa, duduk asrama, aku banyak makan ar.. Mak aku cakap pun aku dah naik sikit.. Heheheh.. So, tahun depan, korang akan nampak Naurah yang lain, saiz lebih besar, leher pun dah tak nampak.. Hahahah.. =D Lagipun naik sikit kan, belum naik banyak.. Heheheh.. Seriously aku cakap, duduk asrama aku tak boleh behenti makan.. Makanan kat sana semua sedap-sedap dan semuanya kat sekeliling aku..! OMG! =X Mula-mula memang aku tak lalu makan sebab lain sikit rasa dia.. Bila masuk hari ketiga, aku bantai semua.. Heheheh.. =) Nak buat macam mana, makanan kat DM sedap, makanan kat kantin dengan koop pun sedap.. Haih! SAMURA memang nak buat warga sekolah sihat betul.. Kenapa tak masukkan dalam Visi Sekolah aje? "Visi SAMURA : Melahirkan pelajar yang sihat dan cukup makan" Ouh Naurah! Stop eating! =P Sori , aku tak pandai diet dan aku tak suka diet.. =P Thank God kadar metabolisma dalam badan aku tinggi.. Heheheh.. Alhamdulillah =D

Plus, aku rasa kulit aku makin gelap kat sana sebab riadah asik duduk tengah panas aje.. Kejap main bola baling, kejap nak pegi archery! Huih! Cuti kena jaga.. Repair habis-habisan! Heheheheh.. =D (biasa la perempuan..! =))

Kat sana aku banyak belajar tentang kepentingan hubungan kita dengan kawan-kawan dengan orang di sekeliling kita, kepentingan pengurusan masa dan kepentingan menjaga markah rumah sukan dan merit sendiri.. Besides, aku dapat pengalaman rebut seterika, mesin basuh dengan tempat basuh baju.. Heheheh.. Bila fikir-fikir balik, seronok jugak..! =D Sekarang tengah perhatikan masa yang orang tak ramai guna mesun basuh degan seterika.. Heheheh.. =D Penting tuh!

Warga Budi 4 :
* Kak Masyitah
* Kak Tino
* Kak Zureen
* Kak Paan
* Kak Violin
* Kak Toti
* Kak Rudolf
* Syimo
* Lenka
* Ostia
* Virus
* Bubbles
* Yuma
* Tosha
(Tak cukup 2 orang. Sekarang tengah tunggu second intake.)

Ok lah korang.. Aku takde mood sebenarnya nak tulis.. Nanti aku edit je la ea.. Sori guys.. Aku penat sikit.. =(

Ok, daa..

By,
Syimo

p/s : Congrats to Syafiq sebab dapat MRSM Melaka.. Memang betul orang cakap, kadang-kadang orang yang dapat rezeki lambat, rezeki dia lebih baik daripada orang yang dapat rezeki awal.. Take care, Syafiq..! =D

p/s : Kitaorang panggil budak aliran teknikal dengan panggilan 'BUDAK TECHNO'. I really like it! =D

No comments: