Hello readers.. Have you watch Dark Shadows?? HAHA.. Aku recommend korang pergi tengok. Opps! !18 tahun ke atas ye! The actual plan was nak pergi tengok wayang dengan Aisyah and Syafiq, and Syafiq supposed to be our driver that wednesday! Ok, wednesday tiket murah! Unfortunately si Syafiq ni ada kerja yang mak dia suruh settlekan, so we switched the plan. Aku dengan Aisyah je yang pergi. Yang si Aisyah ni pulak beria nak tengok Abang Johnny Depp dia. HAHA. Aku pun no hal la. Masa beli tiket, akak yang kat counter tuh siot je. Dia ingat kitaorang under 18. HAHA.. Nak tunjuk I/C ke kak? Aku dengan Aisyah memang dah officially 18. WOO!!~
Nampak huruf J tuh? HAHA Tuh tandanya sit kitaorg memang stock depan-depan la kerana dikuasai perasaan bajet!
The best part is beli masuk panggung tuh sit kitaorang memang depan giler. Masa pilih masing-masing bajet taknak duduk dekat dengan orang lain. Dah la weekdays, orang tak ramai. Last-last tukar tempat. And bila cerita dah start, kitaorang pun layan lah. Last-last, sit yang kitaorg duduk tuh orang lain punya. Correction. Sit yang Aisyah duduk je. BHAHA. Bengang je weh. Gila kentang punya maluuu.. Nak tak nak beralih la sikit. HAHA.. Dalam hati, "Ish! Ada jugak yang masuk lambat."
Abang Barnabas Collins! kahkah
So, overall cerita tuh memang best. Love story yang agak unik sikit. Ala-ala twilight, tapi dewasa+matang punya version. AND....... Johnny Depp nampak muda giler! Charming weh walaupun jadi vampire. KAHKAH Dan dia sangat la kelakar dalam cerita ni. Especially dialog dia. Dia cakap sangat kelakar dengan dialek dia, pastu kutuk-kutuk tanpa perasaan. BHAHAHA.. Tak boleh bla.. Ending dia sedih gak la. Aisyah macam nak nangis.. HAHA. Mana pergi wemmppiittzzz kau, hah??!
Abah, mak, thank you so much for the DSLR! I love you like heaven! Muahh! HAHA.
*hugs*
So, here is my Canon EOS 1100D!
Abaikan gambar yg kabur. Cermin tuh kotor. HAHA
"Dalam setiap gambar, ada lagu."
Aku cari yang warna merah yang macam Yuna pakai tuh tapi takde. HAHA. Takpe, ada rubber band pink kat lens pun jadi la. Uncle yang jual tuh cakap, rubberband tuh guna masa nak ubah fokus lens tuh tuh. Dia kata supaya lens tahan lama. Thanks uncle!
How's my life? Everything is happening smooothly. I'm a SPM-leaver, so mesti orang sibuk tanya tentang tawaran-tawaran sambung belajar and scholarship-thingy. First-and foremost, Alhamdulillah, tawaran datang mencurah-curah selepas aku tak dapat petronas tuh. Aku dapat tempat untuk temuduga program JAD(post2 lepas ada citer pasal ni), under Yayasan Pelajaran Mara untuk engineering kat Jepun. I also got a place in Matrikulasi Johor under physical science. Baru-baru ni result UPU dah keluar and I got PASUM for physical science foundation. Memang dari awal aku mohon memang aku harapkan PASUM. Alhamdulillah. Dah ada dalam tangan. It is easier because my elder sisters are studying in UPM and the other one is at UITM Puncak Alam. Mak kata senang, kalau nak datang melawat, boleh jumpa sume sekali. Tak beban sangat. Akak aku yang kat UITM Puncak Alam pulak ada kereta. So, senang nak gerak ramai-ramai. Dan satu lagi aku hampir terlupa. Aku dapat pergi interview JPA untuk program khas jerman, perancis, jepun dan Korea tuh. Aku mohon Jepun, tapi sejak kebelakangan ni aku rasa macam nak switch ke jerman. Aku pun tak tahu kenapa. So, jangan tanya aku. HAHA And interview tuh esok kat UITM JB pukul 9.00 pagi. Tapi kena sampai 30 minit awal. So, pagi-pagi buta dah kena keluar rumah(ayah cakap maybe around 4.30 pagi plus subuh tengah jalan) and terpacak kat depan UITM tuh jam 8.30. Pastu masa interview tuh menguap je la.
Interviewer: Awak ni saya nampak dari tadi menguap je apa pasal?
Aku : Saya dengan ayah saya keluar rumah 4.30 pagi untuk interview ni. Tuan juga manusia biasa ada hati dan perasaan. So, kasihanilah saya dan berilah saya tajaan biasiswa JPA nih supaya saya bole fly dan bayar balik penat lelah ayah saya drive pagi tadi.
HAHA.. Tuh namanya cari nahas. Tak pasal-pasal kena halau keluar. HAHA. So, hari ni aku terperap dok rumah. Last minute prepare. Actually aku tak tahu nak prepare ape. Nak kata ada pengalaman interview tuh memang ada. Tapi, jauh melencong interview lepas. Masa interview JAD tuh sumpah kelakar. Giliran aku lak awal-awal. Number 2 untuk bilik pertama. Turn aku lepas ada sorang guy tuh. Handsome. waaa! Bilik kedua habis cepat giler. Aku pun tak tahu ape pasal. Aku meraban, merepek, melalut, terjah je apa yang ada dalam kepala. Awal je speak english masa introduce.. Bajet giler! Suara pun terketar-ketar. Last-last, aku jawab semua dalam BM. HAHA Sumpah tergeliat lidah. Dah la malu giler masuk bilik interview tak bawak fail. Nervous punya pasal. MALU2! FAIL2! HAHA. Masa time aku tuh aku dapat sesi petang sekali dengan sak. Woo.. Syok ada geng. Exam dia sumpah susah. English dia aku tak paham. Vocab dia high level punyer. Aku pun taram je la. Dadu tak bawak. Formula sume aku dah lupa, so, pandai-pandai la aku taram. Aku ingat lagi time sesi aku sikit giler. Only 3 jejaka dan 6 gadis. So setiap jejaka dapat dua gadis. APAKAH?? HAHA orang tu kata ramai tak datang. Aiseh, trima kasih bagi kitaorg peluang yang lebih besar.
ADA BERANI??
Actually interview ni mula-mula je nervous. Pastu lama-lama kita pun dah mula senang dengan interviewer tuh. Depends la kalau dia memang jenis yang ramah tamah. Tapi jangan risau, biasanya mcam tuh la. Nanti bila dah biasa, kau macam borak-borak je ngan orang tuh. Tapi bukan la kedai mamak punya stail borak. Borak dengan peniuh disiplin dan skema. Skema?? Haha.. yup! So untuk JPA nih, aku search internet je la untuk tahu stail interview dia. Siap ada yang bagi soalan spot sekali untuk isu-isu umum dan semasa. Budak-budak ni expect pasal isi PTPTN, how to show.patriotism masa kat overseas, kenapa budak tajaan taknak balik Malaysia berkhidmat untuk negara. Bersih?? Haha aku rasa dia tak tanya pasal politik. Kang mahu terbalik kerusi meja kat dalam bilik tuh. HAHA.
Aku mohon doakan la yang terbaik untuk aku. Aku memang nak fly weh. Teringain nak masuk salam perantauan. Tapi tuh semua terletak pada kuasa ALLAH. Insya-Allah, sementara tunggu result JPA nanti, aku akan masuk PASUM dulu. Kalau dapat JPA dan aku berminat dengan tawaran dia, aku pergi. Kalau tak, aku stay PASUM. Lagipun ramai geng kat PASUM. JAD pulak kena fikirkan dulu. Parents punya cadangan takleh tolak tepi. Hehe~
Isnin lepas akak aku cuti practical. Aku pun ajak ar dia gi tengok Avengers. EHEM. Segamat dah ada wayang. Dah maju weh. Boleh jadi calon ibu negara. Ganti KL. KL dah sesak sangat dah. So back to the story, akak aku la tukang drive. Aku takleh lagi. Saje mengambil kesempatan. Hari kerja, wayang kosong. Bape ketul orang je ada. Itupun ramai pasangan yang tengah hangat bercinta. TAPI. Sumpah citer tuh best weh. Gila punya best. Aku ngan akak aku seronok gelak kuat-kuat. Aku paling suka Tony Stark ah. Coolio giler. Genius. Lawak. Bilionaire. $$(kacink kacink) Tapi dalam ramai-ramai uhh, Capt. America paling hot la.. HAHA Style kuno sikit, ala ala skema sikit. hoho Errr.. Hulk agak menakutkan weh.. Tapi, berbaloi ar 11 hinggit aku. Tak rugi la. By the way, sume cakap Battleship best. Malangnya aku terlepas. Takpe, tunggu masuk tv. :)
The tickets. Akak aku belanja. Popcorn dengan lunch aku belanja. Fair enough .
Part best bila Hulk hentam+hempas Loki kat menara Stark. "Dewa lembik" HAHA. LAWAK.
Assalamualaikum kawan-kawan.. Dah lama aku tak jenguk blog. Aku kehilangan inspirasi belakangan ini. Hati sikit merajuk dengan blogger.com nie.. HAHA..
I was facebooking and then I saw a link. A video. Aku pun bukak la. Dannnn... Berjurai gak air mata sambil tengok video tuh. Tak boleh tahan. Zappp! Kena batang hidung sendiri. Video tuh very simple tapi membawa message yang besar. They are talking about Aurat.
Memang betul dia cakap. Kita manusia dah semakin sesat. Dosa tuh macam nothing zaman sekarang ni. Bukak aurat, pegang-pegang, dah macam norma kehidupan. And semakin diterima masyarakat. It was like
"Ish! Kau tengok kapel tuh. Selamba je pegang-pegang tangan kat sini".
"Biasa la tuh. Nama pun kapel. Tengah hangat bercinta".
SHEET. Kepala otak dia biasa. Orang zaman sekarang nih keduniaan sungguh. Sama ada kita sedar atau tak. Ke nak kena accident, kena seksa masa koma, something like that baru nak sedar? Ok. Aku tak nafikan. Aku pun memang macam tuh kadang-kala.
Ok. Let's talk about 'AURAT' thingy. Hek elleh aurat? See?? Ramai sebenarnya yang ambil mudah pasal aurat nih. GADIS. Hang memang tutup kepala. Rambut sehelai pun tak nampak. TAPI. Kaki hang tuh. 1cm persegi nampak kulit, still aurat. Pakai la stokin. Tak susah. Dan tak mahal. Dari atas sampai ke bawah tutup sempurna. TAPI. Belum cukup sempurna kalau baju tuh ketat. Nampak body shape yang menarik. Pakai la baju yang longgar sikit. Kalau baju ketat kan tak selesa nak gerak. Islam tak menyusahkan. Tudung tuh labuhkan. Baju tuh labuhkan. Sejuk mata memandang. Kadang-kadang aku sebagai perempuan pun malu tengok kaum sendiri
Semua orang tahu aurat masing-masing. Cuma tak aware. Cuba korang tengah makan-makan, korang angkat tangan panggil waiter, ternampak pergelangan tangan korang. Korang tahu orang lain tengok. korang tahu pergelangan tangan tuh aurat. But still why taknak tutup? Tak style la pakai handsock. Panas. Tak selesa. Ohh.. Selesakan la diri sekarang. Kat akhirat nanti memang hang tak selesa la. Api neraka berlumba-lumba nak baham tangan hang. Buka lah fikiran tuh sikit. Jauhkan pemikiran tuh sikit. Kita tahu benda tuh salah. Dosa. Tapi still nak buat. Sebab? Tak seiring dengan peredaran zaman? Boleh jalan la!
Kalau jalan kat shopping mall, berapa ramai yang pakai tudung? Apatah lagi yang menutup secara sempurna? Boleh dikira dengan jari. Wahai gadis, wanita, apa-apa pun yang dikenali sebagai perempuan. WAKE UP! Kalau kita tak disenangi oleh masyarakat hanya kerana kita menutup aurat dengan sempurna dan ketinggalan zaman, tanya diri kita apa yang kita rugi? Nothing. It just nothing. Takde kawan takpe. ALLAh ada. Setiap masa. Tanpa diragui.
Kuasa perempuan ni sangat dasyat. Orang kata disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita yang menjadi sandaran si lelaki. Lagi satu, hanya dengan seorang perempuan itu tidak menutup aurat, the most rightous man also can go wild. Jaga lah maruah mu. Simpan la hanya untuk orang yang bergelar suami mu sendiri.
Cukup-cukup la buat saham masuk neraka. Saham nak masuk syurga lagi penting.
Hanya ini yang aku mampu catitkan. Banyak lagi sebenarnya. Cuma aku mohon sangat, please, just spend your 10 minutes on this video. Hati manusia ALLAH yang pegang. Kalau korang rasa nak berubah, Alhamdulillah. Selagi Malaikat Maut belum ada depan mata untuk mengambil nyawa, masih sempat untuk berubah.
Last but not least, aku memang salute orang yang buat video ni. Buat aku berubah. Terima Kasih. May ALLAH bless you guys.
Wearing hijab is a jihad on it's own. So you don't need to die in war to win HIS paradise. Just dress like a true muslim and muslimah. Cover your aurah, do it for ALLAH and also for your own good. And may Allah grants you paradise under which rivers flow.
Nota tambahan : My favourite words:
"The way she dress, like an empress, impressing ALLAH, oppressing the nafs."
Sekarang dah jadi cerita lain pulak. Sebelum ni aku ada kata yang aku almost give up untuk further study overseas sebab JPA dengan MARA merajuk tahun ni. So, petang tadi, aku tengah tido. Tetiba aku dapat call. Aku tak kenal nombor tuh, jadi aku reject je. Dalam hati sumpah seranah sebab kacau aku tido. Then, bunyi lagi, the same number. Aku pun angkat je la.
"Ni Cik Naurah Jamil ke?"
"Eh??(nama penuh) Ahh.. Ye saya."
"Ni dari JAD. Cik ada mohon kan?"
"Ahh.. Ye, saya ada mohon."
EHHH?? JAD?? Konklusinya, aku kena datang ujian bertulis dengan interview Isnin ni kat JB. TAPI. Aku heran. Asal aku punya permohonan diterima. Padahal aku tak hantar pun segala bagai yang di suruh pos tuh. Aku pun bagi tahu la. Tapi di still suruh datang. Pastu dia suruh check status permohonan kat portal dia.
Sepanjang hari ni la aku dok pikir pasal benda ni. Aku pening. Nervous pun ada. Bercampur aduk dalam hati ni. Tak boleh fokus langsung. Member aku yang dapat pun dah berzaman tahu. Siap dapat message lagi. Dah start baca buku lagi. Aku ni baru hari nie tahu. Nak buat preparation pun tak sempat. Ujian bertulis tuh, at first aku memang takde idea la dia nak tanya apa. And then aku found satu blog ni pasal JAD YPM interview ni. SHEET. Ujian bertulis dia tanya pasal 20 soalan objektih pasal ENGLISH, ADD MATH, PHYSICS and CHEMISTRY. OUCH!! Otak aku dah berkarat dah ni. Time ni la dia nak tanya segala bagai tuh. Nak tak nak kena revise la weh. Jap. Mana aku ketak semua buku revison?? Haish. Kena cari la ni.
This is my first interview. Zero experience. Aku redah je tanpa preparation. English tonggang terbalik. So, aku cuma mampu berdoa. Doakan aku ye. Sekian. :)
So, nak dijadikan cerita semalam aku ada test jpj. Haish, mula-mula memang cuak ar. Especially part bukit tuh. Masa nak buat bukit tuh memang gila kentang punya nervous sampai aku lupa pakai sit belt. Nasib baik sebelum jalan tuh cikgu aku datang tengok pastu tegur. HAHA.. Alhamdulillah bila dah lepas bukit tuh memang lega giler. Buat parking dengan tiga penjuru pun dah tak risau sangat. Pastu bila time on the road, Fuihh! Abang jpj marah. Eh, bukan abang jpj, tapi pakcik jpj. Huu~ Aku dah la ada masalah silau, pastu drive tengah-tengah hari buta. Dari jauh aku nampak traffic light tuh hijau, pastu number macam banyak lagi. Aku pun steady je la speed. Bila dah dekat sekali tengok dah kuning. SHEET! Aku pun berhenti la mengejut. Lepas garis putih tuh. Kalau aku terus belok kang tak pasal-pasal FAIL terus. Pastu jpj tuh marah. Haish! Masa tuh rasa memang cuak la takut tiba-tiba dia mintak tukar tempat duduk. Aku tahu time tuh jpj dah takde mood, perut dah lapar, hari dah panas, mula la dia. Tapi Alhamdulillah, dia bagi lulus. HAHA.. Mekasih la pakcik jpj. Dapat jugak P.
But, that doesn't mean aku boleh terus drive kereta kat rumah tuh. Mesti dapat kelulusan dari ayah dengan mak aku dulu. Lebih-lebih lagi ayah aku la. Semua kereta tuh girlfriend dia yang nombor tiga lepas mak aku dengan basikal dia. HAHA Takut calar 'kekasih-kekasih' dia nanti. Itu aku tak lulus lagi. Dah lama aku teringin nak bawak swift ayah aku tuh. Naza? Tak berani la gua bawak kereta panjang-panjang nie. Belum masanya lagi.
Plus, semalam, suprisingly aku jumpa si Haziq Isamil ni. Haish sekecil-kecil segamat nia kat sini jugak aku jumpa kau. Oh, fyi dia member aku masa aku seolah rendah. Antara yang aku memang rapat la. Pastu, jumpa Iza Iriani. Kitaorg bertiga memang classmates. Lama giler tak jumpa. Borak-borak gak la dengan Iza, tapi dengan Haziq, gua segan la. Dah besar panjang. Dah bukan budak-budak boleh rapat-rapat. HAHA, Semalam dia chat ngan aku, dia pass. Congrats la ye haziq. And to Iza, jangan takut bukit la. Bukit tak makan orang. Good luck next time ye. Fighting!